1

1.6K 182 16
                                    

BAB 1

JAM di pergelangan tangan dilirik.  Selepas itu tangan kembali memeluk fail berkulit keras yang dibawa rapat ke dada. 

Lambatnya. 

"Putri!" 

Dia mendesis geram. Tajam matanya menjeling tanda betapa marahnya dia sekarang ini.  Melihat si wanita yang bergaya bak hijabista instafamous yang berjalan lenggang lenggok mak enoi itu menambahkan rasa keinginan dia untuk mencekik-cekik sahaja anak orang itu. 

"Alah masamnya muka dia. Sorry lah." pintanya. Ketawa.  Menambahkan lagi sebal di hati Putri.  

"Cik Nadeen, macam mana saya tak masam. Berdiri dekat sini hampir dua puluh minit.  Berpeluh-peluh. Confirm lah masam!" balasnya selamba sedangkan yang di depannya itu adalah penyelia untuknya sepanjang tempoh praktikalnya di sebuah syarikat rekaan dalaman dahulu. Habis sahaja praktikal dia terus bekerja di syarikat yang sama.  Kini mereka adalah senior dan junior tetapi dibuat seperti kawan-kawan sahaja.  Dah memang itu pun permintaan Cik Nadeen sendiri. 

"Alahai. Yang pergi tunggu saya dekat sini kenapa? Kan panas ni. Kenapa tak tekan loceng,  masuk jumpa customer dulu?" soalnya. Tudung bawal yang tersarung kemas di kepala dibetulkan kerana habis senget ditiup angin.  

"Tak nak. Takut." 

Cik Nadeen ketawa.  Bahu Putri ditepuk manja. 

"Dah hampir lima bulan kerja,  takut apa lagi?" Cik Nadeen mula melangkah ke arah pintu pagar rumah pelanggan mereka kali ini. Datang hanya untuk melihat kawasan yang mahu diubahsuai terlebih dahulu sebelum sebut harga dapat dikeluarkan.  Putri ikut mengekor.  Panjang lehernya cuba mengintai di sebalik pintu pagar yang tinggi itu.  

"Trauma saya, Cik Nadeen. Cukuplah saya kena kejar dengan anjing customer yang sebelum ni. Seriau!" balas Putri bersungguh.  Digerak-gerakkan tubuhnya menandakan betapa seriaunya dia setiap kali teringat.  

Cik Nadeen ketawa.  Terbayang depan matanya bila dia yang terlewat sedikit hari itu dan sedang memandu, dia terlihat Putri yang bersungguh berlari di tepi kawasan perumahan.  Sadis sungguh keadaannya masa itu.  Apa punya nasib.  Dia yang bertahun-tahun dalam bidang ni pun tak pernah kena macam tu.  

"Alah jangan risau. Kali ni customer kita melayu.  Tak ada anjing."

Ding! Dong! 

Ada ke tak,  Putri tetap tak mahu berseorangan masuk ke rumah orang.  Takut.  Kalau bukan takut akan haiwan,  dengan manusia yang serupa haiwan lagilah menakutkan.  Lebih baik berhati-hati sahaja.  

Perlahan-lahan pintu pagar dibuka.  Putri memerhati.  Pintu pagar pun dah besar,  rumah lagilah gedabak besarnya.  Kaya betul orang Malaysia sekarang ni eh?  Hebat.  Apa jenis kerja yang mereka ni buat agaknya.  

"Awak bawak katalog kan, Putri?" soal Cik Nadeen sambil mereka beriringan melangkah masuk.  Putri mengangguk dan beg di sisi tubuhnya ditepuk-tepuk menandakan ada.  

"Okey. Bismillah. Harapnya kali ni pun kita dapat projek ni." bisik Cik Nadeen dan serentak mereka sama-sama tersenyum saat tuan empunya rumah dilihat sudahpun berdiri di muka pintu.  

"Assalammualaikum, Puan Nadia?" Sapa Cik Nadeen mesra seraya menghulurkan tangannya untuk berjabat.  Wanita yang pada penglihatan mereka berusia awal 50-an itu tersenyum seraya mengangguk.  

"Saya, Nadeen. Ini junior saya merangkap partner saya,  Putri." 

Putri senyum sehabis manis.  Sama seperti Nadeen , mereka saling bertukar salam.  

"Masuklah. Maaf rumah masih bersepah.  Belum siap memunggah barang-barang lama ni." ujarnya ramah.  

"Tak apa.  Faham.  Itulah fungsinya kami ni kan, puan?" Nadeen tertawa sopan. 

Loving you, Tuah ( Sedang Di Edit. ) Where stories live. Discover now