14

926 130 14
                                    

BAB 14

PUTRI menoleh ke sisi wajahnya.  Bahunya terasa berat bila ada kepala yang menumpang selamba di bahunya. Turun naik dadanya, berombak deras. Gementar. Matanya kemudian turun memandang bawah. Di bahagian pinggangnya, terlingkar kemas sepasang tangan sasa berurat kasar. 

Tersedar dari kekejungannya, kelam-kabut Putri cuba merungkai lingkaran di pinggangnya.  Bahunya juga digerakkan agar kepala manusia di belakangnya berganjak menjauhinya.  

"Lepas!" Terketar-ketar suara Putri dalam rasa marah dan takut.  "Lepas. Lepas!" 

Semakin kuat pula tubuhnya dipeluk. Langsung tak berganjak walau seinci.  

"Sayang, please. Sekejap aje."

Sayang? Gila. 

Putri tahu siapa di belakangnya. Suara dan bauan dari tubuh itu sudah pun Putri hafal. Semakin membuatkan Putri gelisah apabila rontaannya langsung tak memberi impak.  

"Tuah! Stop! Aku saman kau!" 

Kedengaran suara Azhan ketawa pula di belakangnya membuatkan Putri semakin jengkel.  

"Sayang nak saman Tuah atas alasan apa? Hmmm?" 

Tuah?  Uweks! Bergelojak terus perut Putri. 

"Sexual harassment!" 

Kepala Azhan dirasakan bergerak. Kali ini lebih rapat di bahagian leher dan bahu Putri. Terpejam mata Putri. Kolam mata semakin panas dan terus sahaja pecah di saat itu juga.  

Cik Nadeen baliklah cepat. Putri takut.  

"I'm a law student, sayang. Remember?" 

"Mana aku ingat! Tak ada satu benda pun aku ingat fasal kau." Tangan yang cuba merungkai tangan Azhan di pinggangnya dinaikkan menyeka air mata sendiri di pipi.  

"Let me go, Tuah! Please." 

Azhan melepaskan helaan nafasnya.  Kedengaran sangat berat. Muka masih menunduk di antara leher Putri. "Okey, tapi boleh janji dengar apa aku nak cakap?" 

Laju Putri mengangangguk, asalkan dia lepas.  Rambut cantik, lebat dan beralun milik Putri dicium sekilas sebelum dia melepaskan pelukannya. 

Laju Putri berpaling. Tanpa berani mengangkat mukanya, kaki Putri mula diangkat mahu melarikan diri. Tak jauh mana pun perginya kerana cepat sahaja tangannya dipegang dan ditarik ke belakang oleh Azhan. 

Sekali lagi tubuhnya dipeluk erat oleh Azhan dari arah belakang. 

"Degil dan nakal. Macam dulu jugak." 

Putri tak mampu membalas. Hanya mampu teresak menangis. Keliru dan takut dalam satu masa.  Menyesal kerana terlebih mahu ambil tahu. 

Azhan mengeluh.  Perlahan kedua-dua belah bahu Putri dipegang dan dipusingkan tubuh kecil itu menghadapnya. 

"Putri…"

"Please, Tuah. I'm freaking out. Let me go.  Aku nak balik." rayu Putri dalam sedu. Mukanya ditundukkan langsung tak mahu diangkat.  

Azhan menggeleng. Kedua-dua pergelangan tangan Putri dipegang kuat dan kemas, tidak mengizinkan Putri untuk pergi.  

"Sayang nak balik mana? I am your 'home', sayang. Kau dah ada depan aku, Putri. This is what you want right, sayang?"  Bersungguh Azhan berkata-kata.  Pegangannya cukup kemas sehingga tak mampu Putri mahu meronta lagi.  Sekadar dibiarkan. Menunduk dan hanya bunyi air hidung ditarik yang kedengaran.  

"Apa maksud kau? Apa benda semua ni? Siapa kau? Kau jawab soalan aku kali ni, Tuah!" soal Putri. Kali ini kepala diangkat berani, berlaga pandang dengan wajah tenang Azhan di depannya. Tangan direntap kuat dari pegangan Azhan dan kemudian mencapai bingkai gambar yang terjatuh di atas lantai. Dihalakan tepat di depan muka Azhan. "Apa semua ni?!" 

Loving you, Tuah ( Sedang Di Edit. ) Where stories live. Discover now