8

891 128 5
                                    

BAB 8

PUTRI baring mengiring.  Terkebil-kebil matanya memandang ke arah luar menerusi tingkap. Cerahnya awan pagi ini membuatkan hati Putri tiba-tiba di hurung rasa sebak.  Dia tidak suka keadaan dia yang seperti sekarang. Dia tidak suka hidupnya yang sekarang. Dia rindukan Medina Putri yang lama. Medina Putri yang tidak sakit seperti ini.  Dia benci Medina Putri yang seperti orang hilang nyawa. Dia benci Medina Putri yang hilang rasa.  

Kain selimut di tarik rapat ke dada dan digenggam kuat melepaskan perasaannya.  Terketar bibir menyimpan tangis. Mata terpejam dan terus sahaja laju air matanya merembes keluar.  

Bunyi daun pintu di kuak langsung tidak berjaya membuatkan Putri untuk berpaling.  Dia lebih rela larut di dalam perasaannya sekarang. Apa yang mahu mereka lakukan, katakan bahkan putuskan untuknya langsung Putri tak nak ambil peduli.  

"Good Morning, Medina Putri." 

Putri masih keras tidak berkutik.  Tak beri sebarang reaksi pada suara sedikit garau yang menegurnya.  Bunyi helaian kertas kedengaran di selak menyakinkan Putri untuk lebih baik membiarkan sahaja manusia itu membuat kerjanya. 

"Medina Putri,  how are you today?" 

Sekali lagi suara yang sama menegur membuatkan Putri mula rasa jengkel.  Terlepas rengusan kecilnya dan tubuhnya dibetulkan menunjukkan betapa dia tak senangnya dirinya diganggu.  

"Hmmm… "

"Saya dekat hospital kan sekarang?  Kalau saya okey buat apa tahan saya? Tanya soalan pun…" 

Putri mendongkol geram apabila terbit pula tawa dari manusia yang mengganggu harinya itu.  Geram sangat! Sudahlah dia tak pasti bagaimana dia boleh berada di hospital ini, sedar-sedar sahaja tadi Puan Ziana membebel padanya kerana culas mengambil ubatnya.  

Aku ni tak sakit kalau mamat tu…

Putri menggeleng. Bibir diketap geram. Ya, sebab dia. Baru sekarang Putri boleh ingat.  

Teruk kau ni Putri. Benda simple macam tu kau tak boleh nak ingat.  

"Kalau ketuk-ketuk kepala  kau rasa boleh buat kau sihat, neurologist macam aku dah boleh ambil skim pencen awal kut." 

Tangan yang mengetuk kepala sendiri terhenti.  Matanya dibuka perlahan. Habit baru dia semenjak dua tahun kebelakangan ini.  Ketuk kepala sendiri tanpa sedar. Rasa marah. Rasa sedih.  Rasa tak nak buat apa-apa. Semua datang suka hati. Itu semua,  perangai Medina Putri yang baharu.  

Putri berpusing.  Bangun dari perbaringan dan saat kepalanya diangkat untuk memandang manusia yang bersahaja bercakap pasar dengannya tadi dipandang,  matanya membesar.  

"Hai, Putri." Dia tersenyum melebar dengan mata yang berada di bawah kaca mata bulat itu hampir hilang. 

Putri kerut dahi.  Kepalanya disengetkan sedikit untuk dia lebih mengamati seraut wajah yang seakan mesra di pandangannya.  Tunak matanya merenung.  

"Jangan kata kau tak ingat aku kalau kau boleh ingat Khalid." ujarnya dengan riak muka ditarik bengang.  

Berubah kendur kembali wajah Putri.  "Kau, Hakim kan?" 

Lelaki itu tersengih. Tag nama dikeluarkan dari dalam poket seluarnya dan ditunjukkan ke arah Putri dari hujung katil sambil dia mengangguk betul.  

Putri mengecilkan matanya,  cuba untuk membaca.  

Haq Hakim.  

Jadi Putri tak salah.  

"Wow! What a coincidental. Hari tu Khalid and now you,  Haq Hakim. Korang buat reunion ke apa dekat sini?" Sinis Putri memerli sambil dia memeluk tubuh menyandar di kepala katil.  "Atau, korang memang rindu aku dan datang melawat aku secara berjemaah?" 

Loving you, Tuah ( Sedang Di Edit. ) Where stories live. Discover now