6

1K 137 1
                                    

BAB 6

"SAYA tak benarkan awak jumpa dorang lagi." Dingin suara Syakir yang memandu dengan muka sedikit tegang daripada biasa menyentakkan Putri yang sejak masuk ke dalam kereta sibuk memikirkan tentang perjumpaan bersama sahabat lamanya.  

Putri menoleh sedikit dengan kening yang sudah dijungkit pelik.  "Benarkan?"

Syakir diam tidak membalas membuatkan Putri tertawa kecil.  Agak sinis sebenarnya. "Sejak bila saya kena minta izin untuk buat apa pun? Pelik. Dari awak pula tu, Syakir?" 

Syakir mengeluh sedikit.  Sekadar mengerling wajah tunangnya yang sudah beriak tidak puas hati itu seketika sebelum kembali fokus memandu.  

"Saya buat bersebab, Putri,"

"Sebab apa?" Laju sahaja Putri menyambut.  Memang ini yang ditunggu oleh Putri. Peluang.  

Syakir capai tangan Putri dengan sebelah tangannya.  Digenggam walau Putri berusaha minta dilepaskan.  

"Syakir, saya nak tahu." 

"Sebab memori terakhir yang awak hilang dengan dorang tu tak sama dengan memori terakhir dengan mereka yang awak ingat sekarang ni, Putri." 

Putri berhenti dari cuba menarik tangannya.  Wajah Syakir dipandang. Menarik. Sangat susah sebenarnya,  seorang Syakir Fakry mahu menyebut apa-apa tentang memori Putri yang hilang. Tunangnya itu akan sentiasa mengelak.  Yang selalu disebut-sebut hanya memori mereka berdua tetapi bukan bila melibatkan memorinya bersama orang lain.  

"Maksud awak?" 

Syakir mengeluh. Kepalanya tergeleng kecil.  Dia sudah terlepas kata. Dan dia sangat yakin,  Medina Putri tak akan sekadar mendiamkan sahaja perkara ini.  Dia akan cari tahu sehingga hatinya puas.  

"Syakir…"

"Dorang bawak negative vibes dalam kehidupan awak,  Putri. Sebab itu, saya kata jangan berkawan dengan mereka.  Saya sendiri, dah memang tak nak terlibat dengan mereka. Mereka bukan orang yang boleh dijadikan sebagai kawan." Keras intonasi suara Syakir,  semakin kuat digenggam jemari Putri.  

Tergeleng-geleng kepala Putri.  Dia langsung tak boleh nak setuju dengan apa yang diberitahu oleh Syakir. Khalid bukan begitu.  Sepanjang mereka kenal dan seingat Putri , Khalid adalah manusia yang paling faham perangai dan emosi Putri mengalahkan kawan perempuannya sendiri di sekolah dahulu.  Mereka selalu habiskan masa bersama di dalam kelab teater dan persembahan.  

"Tak cukup kuat alasan awak, Syakir." 

"Apa yang awak tak faham lagi, sayang? Tolong, dengar cakap saya kali ni?" 

"Tell me more, Syakir Fakry. Apa yang dorang dah buat? Apa memori terakhir saya dengan mereka yang awak tahu? " Putri mendesak.  Tangannya direntap kuat.

Syakir jelas terganggu.  Berkerut-kerut mukanya dan buat kali pertama, Putri dapat melihat wajah gelisah Syakir sebegitu.  

"Just…" Syakir mematikan ayat.  Bergerak halkumnya menelan liur.  Tangannya juga menggenggam kuat stereng kereta. "Stay away from them.  Itu sahaja dan…"

"Saya nak tahu, Syakir!"

Stret!

Putri tahan tubuhnya dari bergerak ke depan dengan kedua tangannya di dashboard. Berombak dadanya mendapatkan nafas sebelum perlahan wajah Syakir di sebelahnya di cari.  

Syakir juga begitu.  Berombak deras dadanya setelah kereta diberhentikan tiba-tiba di bahu jalan.  

"Please, Putri. Jangan paksa saya. Saya cuma nak awak bahagia.  Dorang tak penting untuk awak teruskan kehidupan awak. Awak kena move on.  Terus lupakan memori awak yang dah hilang tu.  We build our memories. Kita, Putri. Just us." Bulat dan tegas setiap patah kata yang keluar dari mulut Syakir membuatkan Putri terdiam.  

Loving you, Tuah ( Sedang Di Edit. ) Where stories live. Discover now