11

837 120 6
                                    

BAB 11

"JANGAN! Apa masalah awak ni?" 

Teresak-esak Putri menangis sambil berlari anak mendapatkan Pumpkin yang sudah dicampak ke tengah jalan. 

"Semak!" 

Putri tak peduli dengan suara keras yang membentak. Berbalam-balam matanya memandang Pumpkin yang terbaring lemah.  

Bunyi kereta menyentak tangkai jantung Putri. Matanya beralih di antara sebuah kereta yang sedang bergerak di sebelah kanannya dan cepat dialihkan semula memandang ke arah Pumpkin yang masih terbaring di situ.  

"Pumpkin!" 

"Meow!" 

PUTRI terjaga dengan dadanya yang berombak kencang mencari nafas. Tubuh yang berbaring segera dibawa bangun. Peluh terasa merinik di dahi diseka dan rambutnya yang serabai dibetulkan.  Mata bundarnya memerhati sekeliling. Nafas dilepas lega.  Dia masih berada di dalam biliknya dan tadi tu hanyalah mimpi.  

Jam dikerling.  

2.00 pagi.  

Ngeri betul. Mimpi Pumpkin dilanggar kereta. Jahat betul siapa yang campak Pumpkin tu. Dasyat. 

Kerutan di dahi Putri hilang. Dia terfikirkan sesuatu.  

.
.

'Pumpkin ada parut dekat sini.'

'Aku yang buat dia berparut macam tu.'
.
.

Dada Putri berdetak agak kuat. Suara Azhan bermain-main di telinganya sehingga tanpa sedar Putri menapak turun dari katilnya dan terus melangkah laju menuruni anak tangga. 

Lampu laman belakang dibuka. Putri menapak menghampiri sangkar yang menempatkan Pumpkin di dalamnya. Kunci sangkar di buka dan Putri menunduk sedikit mencapai Pumpkin yang sedang lena.  Bising mulut Pumpkin kerana tidurnya diganggu.  

Seluruh tubuh Pumpkin dibelek oleh Putri. Hampir sahaja Pumpkin mencakar lengan Putri kerana agak kasar kali ini Putri menyentuh Pumpkin.  

Tak ada parut! 

Entah kenapa, Putri diserang rasa takut yang amat sangat. Sesak dadanya. Pumpkin dibawa masuk ke dalam pelukannya. Kuat nalurinya mengatakan apa yang dia mimpikan tadi adalah kenyataan. Bukan sekadar mimpi kosong.  

Putri melangkah naik semula. Kali ini kakinya laju dibawa ke arah bilik Syeefa.  

Tok! Tok!  

"Syeefa." 

"Syeefa!"

Tok! Tok! 

"Syeefa!!!"

Klak. Terjengul muka mamai Syeefa. Berkerut keningnya memandang Putri yang berdiri tegak di depan pintu biliknya seawal pagi begini. 

"Kakak kenapa? Eh! Kakak!" Terkejut Syeefa apabila selamba Putri melangkah masuk ke dalam biliknya. "Alah kenapa bawak masuk Pumpkin masuk dalam bilik Syeefa ni?" bebel Syeefa seraya menekup hidungnya dengan tangan. Bengang. Sudahlah dia alah dengan bulu kucing. 

"Bagitahu kakak, Syeefa tahu tak Pumpkin pernah accident?" soal Putri.  Intonasi suaranya seakan sangat terdesak.  Pumpkin ditunjukkan ke arah Syeefa.  

Menggelupur Syeefa mengundurkan langkahnya menjauhi Putri dan Pumpkin.  Kalau nak tengok Syeefa tercabut hidung kerana bersin tidak berhenti, dekatkanlah dia dengan makhluk berbulu itu.  

"Kenapa kakak ni? Pagi-pagi tanya pasal Pumpkin accident. Siang esok tak boleh ke? Syeefa mengantuklah. Syeefa ada kelas kut esok." bebel Syeefa. Dia melangkah malas ke arah katilnya semula sebelum tubuhnya dihempas ke atas katil.  

Loving you, Tuah ( Sedang Di Edit. ) Where stories live. Discover now