12

851 116 2
                                    

BAB 12

"XANAX." Perlahan sahaja sepatah perkataan itu keluar dari bibir merah tidak tercemar Haq Hakim. Disertakan sedikit kerutan di dahinya, Hakim membetulkan duduknya. Wajah polos dan keliru Putri di depannya direnung seketika sambil dia berfikir. 

"Aku agak kau tak faham kan?" soal Hakim. Melihat anggukan tulus daripada Putri,  membuahkan keluhan panjang dan berat daripada Hakim.  

"This —," Botol ubat berwarna putih di tangannya ditunjukkan ke arah Putri. Yakin dan serius muka Hakim ketika itu membuatkan hati Putri tidak sedap "It used to treat anxiety disorders, panic disorders, and anxiety caused by depression."

"Maksud kau?" 

"Kau depressed  ke, Putri?" 

Putri laju menggeleng menjawab soalan Hakim.

"Habis, kenapa kau ambil ubat ni? Oh, wait.  Who gave you this meds, Putri?" 

"My mom." 

Bibir Hakim tercebik sedikit. "Hebat mak kau boleh dapatkan ubat terkawal macam ni." 

"Syakir." 

Terjungkit kening Hakim. Dia diam kerana Putri dilihat seakan sedang berfikir dengan muka kelirunya. 

"Syakir yang selalu ambil ubat ni dekat klinik untuk aku." 

Putri tersandar. Bebola mata bundarnya diangkat mencari wajah Hakim. "Bagitahu aku lebih pasal ni, Kim." 

"Kau kata, dorang selalu suruh kau ambil ubat ni bila kau mula memberontak, bila kau sakit kepala sebab otak kau mula untuk mengingati sesuatu kan? Jadi aku rasa apa yang dorang cuba buat untuk kau ni betul. Bagi kau ubat penenang." 

"Ubat penenang?"

Hakim mengangguk yakin. "Side effect yang aku boleh kaitkan dalam kes kau ni, ia akan menjejaskan ingatan." 

Mata Putri membulat. Dipandang Hakim tidak berkedip untuk seketika.  "Maksud kau—," Ayat Putri mati. Hujung bibir sendiri digigit, gelisah. 

"Don't get me wrong, Putri. Hati aku kuat mengatakan, there is a hidden agenda from them to you. You have to not trust everyone, until you get the answer.  I love to help you, by the way. So, please. Stop taking these meds." 

Jadi,  mereka memang sengaja tak mahu ingatan Putri pulih selama ini? Tapi kenapa?  

Mama? Kenapa mama sanggup buat Putri macam ni?  

"Tapi kenapa?" gumam Putri, seolah bercakap dengan diri sendiri. 

Hakim membasahkan bibirnya. Melihat wajah mendung sahabat yang hilang dua tahun itu, hatinya jatuh simpati tetapi perjanjian telah dibuat. Dia bukanlah orang yang selayaknya untuk membetulkan keadaan. 

"Hakim, sebelum aku kemalangan." Putri telan liur. Postur tubuhnya dibetulkan menunjukkan Putri sendiri tidak yakin namun demi sebuah jawapan, dia nekad mahu mula mencari tahu. "Apa yang kau tahu tentang aku?" 

Hakim sisip cawan yang berisi Hazelnut panas berasap nipis ke bibirnya. Sudah di agak.  Seusai membasahkan sedikit tekaknya, Hakim menggeleng perlahan.  

"Habis aje sekolah, aku ke India. Ambil medic. Jadi apa cerita korang dekat sini, aku tak berapa tahu." 

"Korang? Apa maksud kau 'korang'? Aku ada kawan yang lain?" soal Putri. Sedikit bercahaya mukanya. 

Iyalah, bayangkan. Sepanjang dua tahun ini Putri langsung terputus hubungan dengan manusia-manusia lain selain Syakir, Syeefa, Puan Ziana dan beberapa rakan barunya di kolej dan tempat kerja. Hilangnya ingatan Putri, orang-orang yang sebelum ini pun seakan turut hilang.  Pelik kan?  Mustahil Putri langsung tak ada kawan dan kenapa mereka pun tak mencari Putri? Nak mengharapkan Syakir dan keluarganya untuk buka mulut? Mimpilah.  

Loving you, Tuah ( Sedang Di Edit. ) Where stories live. Discover now