🐰 01

4.4K 286 11
                                    

De' Prince Resort. Resort five stars dan juga paling terbesar di negara ini. Even terbesar, aku tak pernah kenal pemilik resort ni. Dan sekarang aku ada kerja sikit disini.

Okey aku intro diri aku. Namaku Jeon Heejin. Aku ada abang Jeon Jungkook. Aku merupakan seorang wedding planner. Terkenal? Yes aku seorang wedding planner yang terkenal. Bukan sahaja anak jutawan, anak menteri pun suruh aku jadi wedding planner dorang.

Aku ada bestie, nama dia Karina atau nama sebenarnya Yoo Jimin tapi aku lebih selesa panggil dia Karina. Karina ni lah yang banyak tolong aku. Dia lebih kurang PA macam tu la. Dia dah taken. Boyfie dia Yunseong.

Okey sikit sikit sudah intro. Jadi kesimpulan dia, aku ada di resort ni sebab client aku yang sewa dewan resort ni. Bapak mahal nau!

Sebelum mulakan kerja, aku bercadang untuk berjalan jalan sekejap di tepi pantai. Dan semestinya aku heret Karina sekali. Memang taklah aku nak jalan sorang sorang.

"Cantiknya beb! Sebab nilah aku suka datang ke pantai"

Karina disebelah hanya mampu membuat muka. Maybe sebab dah muak dengar aku cakap benda yang sama.

Tidak lama selepas itu dia ambil lalu percik pada aku. Aku pun apa lagi memang kejar dia sampai dapat. Even dalam air aku tetap berlari.

"Eii kau sengaja kan. Kaki kau dah basah, jangan sampai badan kau pulak basah" ugutku.

Karina cuma ketawa.

"Eh kau tunggu sini jap. Aku pergi ambil slipar kita. Jauh nun disana kita tinggal"

Aku tergelak. Kami kalau boleh jalan, slipar dekat sana pun dah lupa.

"Beb watch out!"

Aku dengar Karina menjerit. Aku melihat arah yang dia tunjuk. Ada sebuah jet ski sedang menuju ke arah aku dengan kelajuan yang tinggi. Kakiku automatik bergerak ke sebelah untuk beri laluan kepada jet ski itu.

Tapi dia macam ikut aku. Memang niat dia untuk langgar aku. Aku tutup mata dan juga kedua belah telinga aku. Tidak lama selepas itu kedengaran bunyi yang sangat kuat.

Aku buka mata. Orang yang pandu jet ski tadi sudah selamat jatuh ke dalam air. Dan aku nampak sebuah lagi jet ski sudah berlalu pergi.

"Beb kau okey tak?!"

Aku nampak muka cemas Karina. Sebenarnya aku ada trauma sikit. Ini bukan kali pertama ada orang cuba nak sakitkan aku. Tapi kenapa? Apa salah aku?

"Aku okey kau jangan risau" ayat untuk tenangkan sahabat baik ku.

"Hish! Nasib baik mamat tadi sempat selamatkan kau?" bebel Karina.

"Wait selamatkan aku? Maksud kau?"

"Kalau dia tak crash orang yang nak langgar kau tadi tu, aku rasa kau dah arwah"

"Maksud kau dia langgar orang yang nak langgar aku tu untuk selamatkan aku?"

Karina mengangguk. Well aku terhutang budi dengan lelaki tu. Kalau tak kerana lelaki tu, maybe aku dah selamat masuk ICU.

"Jomlah kita balik bilik. Hilang mood aku untuk ambil angin" Karina bebel lagi.

Haih! Minah ni. Tengah bebel pun nampak cantik. Untung kau Yunseong.

"Tapi kan, ini bukan kali pertama ada orang cuba sakitkan kau. Aku rasa kau kena report polis lah Heejin"

Aku ada terfikir jugak.

"Nak report apanya Cik Karina oi. Kita tak ada bukti langsung"

"Betul jugak. Eii kalau dapat dekat aku, siap aku kerjakan"

Aku menggeleng kepala melihat Karina. Terhibur aku dengan dia.

"Tapi sebelum kita balik bilik, jom pergi wedding hall dulu. Aku nak tengok budak kita buat kerja. Entah macam mana dah rupa hall tu"

Pekerja aku memang boleh harap. The best! Tapi still aku kena pantau. Sebab client kali ni lebih kurang jutawan gituew. Nak perfect semua.

"Yelah. Eh tapi kan, mamat yang selamatkan kau tadi tu hensem weh"

Aku pandang Karina. Telefon dibawa keluar.

"Weh kau nak call siapa?"

"Yunseong. Aku nak bagitahu yang awek dia gatal lebih dari ulat bulu"

Karina terus rampas fon aku. Tergelak aku dibuatnya. Tahu pun takut.

"Kau dah kenapa gila!"

Aku ketawa.

...

Son Of Evil | NA JAEMINWhere stories live. Discover now