🐰 08

1.5K 220 3
                                    

Selepas meeting dengan client selesai, Karina terus terpa masuk bilik aku. Terkejut aku dibuatnya. Muka ada sedikit marah, kecewa dan tertanya tanya.

"Kena..."

"Okay first of all, aku tak tahu macam mana dia boleh tahu butik aku dekat sini. Aku pun terkejut dia datang"

"Habis tu kau jangan cakap yang kau tak tahu macam mana dia boleh rapat dengan Hazel"

Aku mencebik. Tak payah la nak sindir sindir aku.

"Hari tu ada hari yang kau tak sempat ambil Hazel, aku pula lambat sikit. And aku sampai je, teacher dia cakap Mr Ice bawa Hazel pergi makan aiskrim. Dan kau pun tahu Hazel cepat mesra dengan orang yang dia rasa selesa"

Panjang lebar aku cerita. Karina mengangguk ngangguk.

"Oh jadi sebab tu Hazel boleh rapat. Tapi kan...siap panggil daddy bunny lagi. Apa citer?"

Karina mengangkat sebelah kiri keningnya.

"Hmm yang tu aku tak tahu. Sumpah aku pun terkejut time dia panggil Jaemin daddy bunny"

"Wait Jaemin?"

Aku mengangguk.

"Nama tu macam familiar. Tapi siapa?"

"Manalah aku tahu. Maybe insta famous yang kau crush lah kot"

"Kau sindir aku ke anjai"

Aku tergelak.

"Aku cakap benda betul okey. Kau jangan sampai aku report dekat Yunseong"

"Kau jangan macam macam beb. Jangan sampai aku sabotaj kau punya butik. Baru kau tahu langit tinggi ke rendah"

Aku ketawa. Dan tiba tiba pintu bilik kerja aku terbuka. Hazel muncul dengan muka berseri seri.

"Dah balik anak mummy! How's? Best tak?"

"Look! Daddy bunny belikan Hazel patung arnab"

Aku pandang patung arnab yang Hazel pegang. Comel pulak patung ni. Besar pulak tu.

"Lepas tu Hazel cakap apa?"

Aku cuit hidung dia.

"Hazel cakap terima kasih!"

Aku senyum.

"Pandai anak mummy. Uncle dah balik?"

Hazel menggeleng kepalanya. Wait aku ingat dia hantar Hazel dia terus balik.

"Belum. Daddy ada kat depan"

"Ha tunggu apa lagi beb. Pergilah!"

Aku campak arnab Hazel pada Karina. Suka sangat sakat aku.

"Mummy! Kesian bunny Hazel"

Hazel melangkah kearah Karina untuk mengambil arnab yang aku campak tadi.

Aku pula melangkah keluar. Dan Hazel betul. Elok aje Jaemin landing atas sofa sambil main fon.

"Hai...awak"

Dia terus simpan fon dia bila nampak aku datang.

"Thanks sebab bawa Hazel tadi"

Aku duduk di atas sofa berhadapan dengan Jaemin. Tiber akward.

"Itu je?"

Okey yang ni aku konfius. Yelah itu jelah. Dia expect apa lagi.

"Yes?"

"Yang lagi satu tak nak terima kasih? I dah selamatkan you dari client mulut puaka tadi"

Oh yang tu. Yes dia betul. Kalau dia tak datang tadi entah apa lagi yang si Anna tu akan cakap.

"Terima kasih jugak untuk itu. Well dah banyak kali saya terhutang budi dengan awak. Dan nanti kalau awak nak guna khidmat saya please let me know. Saya akan tolong apa yang saya mampu"

Yes! Aku ikhlas sebab dia dah banyak tolong aku.

"Betul ni?" soal dia.

Aku mengangguk dengan yakin. Aku tak main dengan kata kata aku.

"If that so kalau saya minta tolong awak kahwin dengan saya? Mampu?"

Okey jantung behave. Jangan berdegup laju laju sangat.

Damn! Apa yang dia cuba sampaikan. Perlu ke mention pasal kahwin. Aku kawal reaksi muka aku.

"You are so cute lil bunny. I'm just joking"

Hish! Ada juga yang kena sepuk dengan aku jap lagi.

"Sure. Nanti kalau I nak minta tolong you, I roger you. Tapi kalau I nak roger, kenalah ada nombor fon you kan?"

Haah! Aku baru sedar yang aku tak ada no fon dia.

"Give me your phone"

Dia hulur telefonnya. Aku ambil tanpa banyak bunyi. Aku masukkan nombor fon aku.

"Jeon Heejin?"

Dia baca nama yang aku letak dalam telefon dia.

"Nope it's lil bunny"

Dia cakap sambil menaip sesuatu dalam fon dia. Aku assume dia tukar nama yang aku letak tadi.

"Done! I dah call you. So please save my number. And I balik dulu. See you later lil bunny"

Dia tepuk sikit kepala aku. Muka beku dia tayang. Dan dia terus keluar dari butik aku.

...

Son Of Evil | NA JAEMINWhere stories live. Discover now