🐰 18

1.2K 184 1
                                    

Kalau sebelum Karina selalu serang bilik aku, kali ni aku serang bilik dia pulak. Hari ni jugak aku nak tahu perkara sebenarnya.

"Okey macam mana kau boleh kenal Felix?"

Karina berhenti melakar. Dia sandar pada kerusi kerjanya.

"Dia ex aku" selamba Karina cakap.

"Wait wait. Kenapa aku tak tahu pun kau pernah couple dengan Felix sebelum ni?"

"Kitorang couple dua minggu je beb. Baru je aku nak bagitahu kau, kitorang break. So tak ada point aku nak bagitahu kau"

Aku tayang muka tak puas hati.

"At least kau boleh bagitahu aku jugak. Ni tak. Kalau Felix tu tak muncul sampai ke sudah aku tak tahu yang kau pernah ada relay dengan dia"

"Iye aku salah. Sorry"

Karina buat muka kesian. Dasar Yoo Jimin.

"Tapi aku sukalah tengok kau bersweet dengan Jaemin tadi. Cute je"

Aku membuat muka. Memang lah dia cakap macam tu sebab dia dah lama nak tengok aku ada relay dengan someone.

"Aku rasa kau belum buta yang kitorang berlakon tadi"

Karina mencebik. Dia ingat aku nak layan dia.

"Tapi tadi kalau dia betul betul kiss kau, rasanya dah lama aku pengsan"

Karina cakap sambil buat gaya gedik. Ya ampun sakit mata aku tengok. Aku terus tampar belakang bahu dia. Geram!

"Apa benda kau ni. Main pukul pukul pulak. Dah tak sayang aku lah tu"

Karina buat ayat sedih. Menyampah aku dengar.

"Hmm betul lah tu"

Aku terus keluar. Aku sempat dengar Karina membebel. Entah apa yang dia cakap. Aku cuma buat tak tahu berjalan keluar dari bilik dia.

Jaemin memukul punching bagi dihadapan dia tanpa berhenti. Hati dia tengah panas sekarang ni. Dan dia lepaskan semua amarahnya pada punching bagi depan dia ni.

"Bro aku rasa si setan tu ada niat lain lah. Aku tak rasa dia nak rapat dengan Heejin sebab dia nak rampas Heejin daripada kau"

"Bingo! Aku dah lama tahu. Tapi aku diam dulu sebab aku nak tengok apa lagi yang dia nak buat"

"Kau jangan sampai si Heejin tu tahu perkara sebenar daripada mulut lelaki jahanam tu"

Jaemin terdiam. Kata kata Hyunjin sangat benar. Dan dia tak kan biarkan semua tu berlaku. Punching bag dipukul dan ditendang sekuat hati.

"Hola! Sayang sayangku sekalian"

Jaemin tayang muka dingin. Hyunjin pula buat muka menyampah. Baru je menganjing, tup tup dah muncul.

"Gelilah sial!" tengking Hyunjin.

"Kalau setakat datang nak menganjing aku, kau boleh blah" kata Jaemin. Sedikit pun dia tak pandang muka Felix.

Felix senyum sinis.

"Aku datang cuma nak remind kau yang sampai bila bila kau tak boleh bersama dengan si Heejin"

Jaemin menendang punching bag. Geram bila Felix cakap macam tu.

"Rahsia kau semua ditangan aku. Suatu hari nanti kau sendiri yang akan pergi. Aku tak perlu susah susah untuk bunuh kau"

Hyunjin melihat Jaemin berura ura untuk pergi pukul Felix tapi dia sempat tahan.

Felix senyum sinis lagi. Dia suka tengok muka bengis Jaemin.

"Ingat..."

Felix mengundur kebelakang dengan perlahan.

"...aku akan buat dia benci kau dengan hanya satu ayat"

Dan selepas itu dia terus pusing ke belakang dan melangkah pergi meninggalkan Jaemin dan Hyunjin.

"Apa masalah dia do? Hish! Macam nak bunuh terus je"

Jaemin membuang glove yang dia pakai.

"Dia betul. Heejin akan benci aku suatu hari nanti kalau dia tahu kebenaran"

Hyunjin jatuh melihat sahabatnya ini. Macam macam yang Jaemin perlu lalui. Dia rasa kesian sangat.

"She will not if dia dengar daripada mulut kau sendiri. Kalau kau explain dia mesti faham dan still ada rasa belas kasihan dekat kau"

Jaemin menggeleng kepalanya. Dia tidak setuju dengan kata kata Hyunjin.

"Aku tahu dia tak sekejam tu" sambung Hyunjin lagi.

"Aku harap apa yang kau cakap tu akan betul betul terjadi"

Hanya itu yang Jaemin mampu balas. Hyunjin menepuk bahu sahabatnya itu. Dia tahu sahabatnya ini seseorang yang kuat.

...

Son Of Evil | NA JAEMINWhere stories live. Discover now