🐰 05

1.7K 234 7
                                    

Sedar tak sedar sudah malam. Lepas shopping, Hazel ajak aku dengan Mr Ice pergi funfare. Katanya dah lama tak pergi. Sebenarnya aku agak letih untuk ke situ. Tapi Mr Ice pulak selalu setuju dengan Hazel.

Dan sekarang budak comel tu sudah selamat tidur didalam dukungan Mr Ice. Penat sangat agaknya. Mr Ice cakap dia nak bawa aku ke destinasi terakhir iaitu disebuah kawasan tanah tinggi dimana kami boleh menikmati permandangan bandar pada waktu malam. Sangat cantik!

Kami bersandar pada bonet depan kereta. Walaupun Hazel tidur, dia tak biarkan Hazel didalam kereta. Katanya bahaya. Jadi Hazel still dalam dukungan dia. Elok aje budak tu peluk leher dia.

"Even we never knew each other but I really enjoy it. Thanks for today"

Kali ni aku betul betul ikhlas berterima kasih.

"You terhutang budi dengan I"

Selamba dia cakap macam tu. Tapi aku cuma senyum. Tahu yang dia bergurau.

"Well saya rasa kita patut berkenalan sekarang"

Spend time sekali bukan main tadi. Tapi sebenarnya aku tak pernah tahu nama dia. Dia selalu panggil aku little bunny dan aku pula selalu panggil dia Mr Ice.

"Hi! I'm Jeon Heejin"

Aku hulurkan tangan. Dia nampak teragak agak untuk sambut salaman aku tapi dia sambut jugak akhirnya.

"I Na Jaemin"

Dia still maintain muka beku dia.

"Nice to meet you Jaemin. Anyway sekali lagi terima kasih sangat sudi layan kerenah Hazel. Saya tahu susah..."

"Nope tak susahkan I langsung. Beside, this baby bunny is a good baby. And after all dia layak dapat semua layanan yang dia tak pernah dapat dari daddy dia"

Terkesima aku mendengarnya.

"Mana awak tahu yang daddy dia tak pernah buat semua tu?"

"Baby bunny cakap daddy dia tak pernah wujud"

Hazel kenapa buat macam ni dekat mummy. Kenapa bagitahu orang luar pasal family kita. Huhu.

"It's okay you tak payah jawab. Itukan your personal life. Anyway kalau I tanya you something boleh?"

Aku pandang dia disebelah sambil mengangguk.

"You ada musuh ke? Or maybe haters?"

Aku tayang muka pelik. Kenapa tiber je tanya soalan macam ni.

"Musuh tu maybe tak ada. Tapi haters tu ada lah. Dan untuk orang macam saya ni, itu semua normal. Saya tak pernah kisah pun pasal dorang. Biarlah"

"Kalau haters tu yang sebenarnya cuba untuk cederakan you?"

Okey yang ni aku rasa lain macam. Naik bulu romaku. Seram pulak aku dengar.

"I bukan nak cuba untuk takutkan you ke apa. I just nak you lebih berhati hati lepas ni"

"Apa sebenarnya yang dorang nak dari saya?"

"I don't know. Maybe dorang cemburu dengan kejayaan awak"

Bila terfikirkan semua tu aku jadi takut. Lagi lagi kejadian dimana dorang hampir cederakan aku dengan menggunakan jet ski. Kalau Jaemin tak ada time tu, tak tahulah macam mana keadaan aku sekarang ni.

"Awak thanks sebab selamatkan saya dan saya minta maaf juga sebab marah marah awak hari tu"

"No biggie lah lil bunny. Sekarang ni I want you to relax your mind. Tenangkan hati. Jangan stres stres. Saya akan cuba siasat siapa yang cuba untuk cederakan awak hari tu"

"Thank you"

Aku senyum lalu pandang pemandangan di hadapan. Rasa tenang sebab tak perlu fikir pasal kerja. Just enjoy even hanya sekejap.

Dan tiba tiba bunyi vibrate kedengaran. Telefon Jaemin.

"Kejap lagi aku pergi"

Dingin bebenor suaranya. Cuma sekejap dan kemudiannya dia simpan semula telefonnya.

"Kalau awak ada kerja, saya rasa lebih baik kita balik. Lagipun dah lewat malam dah ni"

"It's okay. Tak penting pun"

Aku cuma mengangguk. Dah dia cakap macam tu.

"Daddy bunny..."

Aku dan Jaemin serentak pandang Hazel. Mata Hazel terpejam tapi mulut bercakap. Ini sah dia sedang mengigau. Amboi! Bukan main dia sebut daddy bunny. Mummy yang disebelah ni lupa ke sayang.

...


Son Of Evil | NA JAEMINWhere stories live. Discover now