🐰 13

1.4K 200 3
                                    

Aku terjaga dari tidurku. Rasa sakit kepala tadi sudah berkurang. Tapi badan still panas dan rasa tak larat. Aku ambil telefon untuk tengok jam.

7.11 pm.

Wait what? Pm? Ini bermakna sudah malam. Damn! Lamanya aku tidur. Dah lah tumpang rumah orang. Pastu tidur bangun lambat pulak. Tak malu betul kau Heejin. Aku terus bangun cuci muka. Sejuknya bila kulit bersentuh dengan air.

Selepas siap cuci muka, aku tarik comforter lalu aku lilit ke tubuhku. Agaknya Jaemin dah balik belum? Sebaik saja buka pintu bilik, bau aroma makanan menusuk hidungku. Aku terus ke dapur.

Jaemin tengah masak. Alamak cute pulak bila tengok dia pakai apron. Calon lelaki idaman semua wanita ni. Semua package cukup lengkap. Hensem, berkerjaya, sweet dan pandai masak lagi. Rugi kalau siapa tak nak lelaki macam si Jaemin ni.

"Sedapnya bau"

Aku berdiri di sebelahnya untuk melihat apa yang dia masak.

"You buat I terkejut lil bunny. Pakai comforter macam tu"

Aku tergelak.

"Sorry. Awak masak apa tu?" soalku sambil melihat ke arah kuali.

"I masak bubur lengkap dengan sup ayam"

Dengar je dah boleh tahu sedap. Tapi to be honest tekak aku rasa lain macam. Tak rasa nak makan.

Tapi dia punya bubur lain sikit. Tidak berkuah. Lebih kurang macam nasi lembik macam tu. Dan kuah dimasak asing which is sup ayam. First time aku tengok bubur macam ni.

"Tapi saya tak ada selera lah awak"

Aku berjalan menuju ke meja makan yang telah siap dihidang dengan beberapa hidangan. Kalau tak demam ni, confirm aku makan semua.

"No you have to. You kena makan no matter what"

Aku meletakkan kepala diatas meja. Kata kata dia dibiar tak berbalas.

"Muka you pucat lagi lil bunny. You need to eat so that you boleh makan ubat and then you boleh sihat"

Bukan main panjang dia bebel.

Mangkuk yang berisi bubur dan juga sup diletakkan di hadapan aku. Asap pun still ada menunjukkan yang makanan itu still panas.

Aku pandang bubur dihadapanku ini. Sumpah tiada selera nak makan. Dia pula aku perasan dia tengah pandang aku.

"Awak makanlah dulu"

Tapi sikit pun dia tak bergerak. Dia still tunggu aku makan. Dan dengan terpaksa aku ambil sudu lalu mengambil sedikit bubur. Perlahan aku gerakkan sudu kearah mulut. Tapi sampai je depan mulut, aku terus letak sudu kedalam mangkuk semula.

"I can't" rengekku.

"Memanglah tak boleh. That's why I masakan sup ni. I'm sure you akan habiskan bubur ni nanti"

Dia ambil sudu yang ada bubur tadi lalu dicelupkan didalam sup untuk bagi kuah sup tadi meresap kedalam bubur. Dan aku terpaksa buka mulut. Bubur bersama sup itu selamat masuk kedalam mulutku.

Awal rasa lain macam maybe sebab aku tak makan dari semalam. So bila makanan masuk mulut rasa kembang pipi. Tapi lama kelamaan aku boleh terima. Yes dia betul. Rasanya aku akan habiskan bubur dia kejap lagi.

"How's?"

"Delicious!" jawabku.

Aku ambil sudu dari dia.

"Awak pun makanlah. Sorry sebab susahkan awak"

Rasa bersalah pulak aku. Disebabkan aku yang terlebih manja ini, dia tak boleh makan.

"Susah apanya lil bunny. Biasalah tu. Bila demam je mesti tak ada selera nak makan"

Aku setuju!

"Tapi kenapa you tak bagitahu yang you perlukan kain? Kenapa pakai comforter?"

"I'm fine. Saya tak kisah pun. Tak payah lah susah susah"

"Of course I kisah. You are my guest. I should treat you like a princess"

Amboi! Princess! Haih! Tak pasal jantungku bekerja keras sekarang ni lepas dengar ayat sweet macam tu.

...

Son Of Evil | NA JAEMINWhere stories live. Discover now