🐰 27

1.2K 186 4
                                    

Seminggu lepas kejadian itu, aku kembali ke butik seperti biasa. Dan Jaemin pun tunaikan janji dia yang dia tak kan muncul depan aku lagi. Hazel juga sudah tak merengek nakkan daddy dia sebab dia cakap dia lebih sayangkan aku daripada daddy bunny dia.

"Welcome back bestie!" jerit Karina.

Terkejut aku dibuatnya.

"Iye" jawab ku.

"Kau respon macam tu je. Aku punyalah excited"

Karina tak puas hati.

"Okeylah sini aku peluk"

Dan kami pun berpelukan. Actually aku pun rindu dengan kawan aku yang sorang ni. Even dia datang rumah aku hari hari.

"Macam nilah kawan aku. Eh by the way lupa pulak. Ada orang nak jumpa kau. Dia tunggu kat kafe bawah"

Siapa pulak yang nak jumpa aku ni. Pagi pagi lagi dah ganggu hidup aku.

"Malaslah" jawabku.

Aku terus masuk ke bilik aku.

"Eh beb mana boleh macam tu. Pergilah. Kesian dia tunggu lama"

"Iyelah"

Memandangkan aku tak nak Karina sambung membebel, aku pergi jugak. Aku turun ke kafe bawah. Lagipun aku memang cadang nak beli hot chocolate dekat kafe.

"Jeon Heejin!"

Siapa pulak yang berani panggil nama full aku ni. Mata terus meliar mencari orang yang seru nama aku. Sebaik saja jumpa, aku tayang muka malas.

"Ye Hwang Hyunjin!" aku balas balik.

Dia ketawa.

"Duduklah dulu. I belanja you minum" pelawa dia.

Dengan malas aku tarik kerusi lalu duduk depan dia.

"So you lah orang yang katanya nak jumpa I tu?"

Dia mengangguk. Muka dia berubah serius.

"Sebenarnya I datang sini nak clarify semua benda"

Clarify apa bendanya lagi. Semuanya dah terbukti.

"Maksud you?"

Aku still berminat nak tahu.

"Okey macam nilah. First of all, bapak dia yang pembunuh not him"

"Apa bezanya. Bagi I sama je"

"Okay look. You ni bekerjaya. Dapat pelajaran yang cukup. I rasa you boleh beza siapa evil dekat sini"

Deep! Dasar Hwang Hyunjin! Berani ni dia cuci brain aku.

"Yes definitely. Tapi they are still family. So apa bezanya"

Aku mengangkat bahu.

"Itulah tujuan sebenar I datang jumpa you. Even Jaemin pun tak tahu I datang sini jumpa you"

Aku pandang ke arah luar kafe. Naik geram dengar nama tu.

"You tahu tak macam mana life Jaemin sebelum you hadir dalam hidup dia?"

Soalan apa ni. Of course lah aku tak tahu.

"No dan tak nak ambil tahu" jawab ku dengan malas.

"No! You kena tahu juga"

Aku pandang dia. Amboi dia nak lawan dengan aku ke.

"Hidup dia sangat sengsara. Dia tak jumpa jalan untuk keluar dari life dia yang sekarang ni. Dan bapak dia yang dikenali sebagai King itu, tak kan senang senang lepaskan dia"

Well hidup seorang mafia.

"Sampailah suatu hari, dia dapat tahu yang kawan papa dia yang papa dia sendiri bunuh itu ada anak perempuan. Awal tu dia sekadar ingin tahu untuk tambah info dia tapi benda yang dia paling tak expect berlaku"

Semakin menarik pulak cerita si Hyunjin ni.

"Dia jatuh hati dengan anak kawan papa dia yang papa dia bunuh tu. Lepas pada tu dia bagitahu I yang mustahil untuk dia dapatkan perempuan tu. Dia cakap suatu hari nanti perempuan tu akan benci dia bila dapat tahu siapa dia sebenarnya iaitu son of evil. Anak seorang pembunuh"

"Tapi lepas I bagi kata kata semangat, dia jadikan you penyebab untuk dia keluar dari life dia. Disebabkan you jugak, dia berani lawan rule papa dia sendiri"

"Wait maksud you, Jaemin dah lama kenal I?"

Hyunjin mengangguk. Damn! Serius la.

"Yup! Tapi dia belum ada keberanian untuk jumpa dan tegur you. Sampailah suatu hari dia tak boleh tahan lagi tengok you dari jauh, dia ambil keputusan untuk jumpa you"

Wait first kami jumpa dekat resort. Jadi time tu lah kali pertama dia berjumpa aku I mean bersemuka dengan aku secara dekat dekat.

"Tapi dia tahu, lagi cepat dia tegur dan berjumpa dengan you, lagi cepat dia akan kehilangan you. Tapi dia cakap, dia tak kisah sebab dia tak pernah menyesal kenal you"

"Jadi I harap you boleh consider dengan apa yang I bagitahu you. I bukan apa. I kesian dengan kawan I. Kalau you jadi I, you pun akan buat benda yang sama pada kawan you"

...

Son Of Evil | NA JAEMINWhere stories live. Discover now