🐰 19

1.2K 187 3
                                    

' I need you '

Itulah isi pesanan mesej dari Jaemin. Aku agak pelik bila dapat mesej macam tu tapi aku pergi jugak. Mana tahu dia betul betul perlukan aku. I mean pertolongan aku.

Aku nak ajak Hazel sebenarnya tapi awal awal lagi abangku culik Hazel. Katanya dia boring shopping sorang sorang. Dan Hazel pun apa lagi. Memang terus excited lah.

Sudahnya aku pergi sorang. Aku sampai didepan pintu penthouse Jaemin. Dia ada bagitahu password rumahnya tadi. Jadi tanpa menunggu aku tekan butang nombor dan terbukalah pintu.

Aku melangkah masuk dengan perlahan. Sunyi aje rumah. Takut pulak aku. Aku pergi ke ruang tamu tapi kosong. Dapur jugak begitu.

Destinasi terakhir, bilik tidurnya. Aku membuka pintu dengan perlahan. Kepala menjenguk kedalam bilik itu. Jaemin tengah tidur. Dan semakin aku menghampirinya, aku boleh nampak muka pucat dia.

Tangan automatik pegang dahinya. Panas! Dia demam ni. Baru aku faham mesej dia. Dia demam dan mungkin dia perlukan pertolongan aku untuk jaga dia.

Aku pusing ke belakang untuk ke dapur. Aku ingin basahkan kain untuk letak diatas dahinya. Tapi niatku terbatal bila aku rasa ada orang pegang tangan aku.

"Stay please..."

Dia buka matanya dengan perlahan. Kenapa aku rasa sedih tengok muka pucat dia. Hatiku tak kuat tengok dia sakit macam ni.

"Tapi saya nak ke dapur untuk basahkan..."

Dia menggeleng kepalanya.

"I tak perlukan benda tu. I just need you"

Okey jantung behave.

Dia tepuk tilam disebelahnya. Bagi isyarat untuk suruh aku duduk sebelahnya. Dengan terpaksa aku duduk disitu. Tapi dia still tak lepas tangan aku. Dan aku boleh rasa tangan dia sejuk.

"Can I get your favor lil bunny?"

Of course. Sebab dia pun dah banyak tolong aku sebelum ni. Jadi inilah masa aku nak balas budi dia.

"Yes for sure" jawabku.

"Hug me. I sejuk"

Badanku terus mengeras jadi patung. Seriuslah!

"Can you?" dia soal lagi.

Kalau nak tolak rasa bersalah. Kalau aku jawab ya, aku mampu ke peluk dia. Okey Heejin. Just set in your mind yang ini semua untuk balas budi baik dia sebelum ni dekat kau.

"I...I...do"

Aku rebahkan badanku dengan perlahan di sebelah dia. Dia pula terus peluk aku. Kepala dia betul betul di leherku. Aku boleh rasa nafas hangatnya.

"Thank you"

Dan selepas itu dia peluk aku dengan lebih erat. Atau maksud lainnya dia tak nak aku pergi.

Tapi lama kelamaan pelukannya semakin terurai. Ini bermakna dia sudah lena dibuai mimpi. Aku mengusap kepalanya.

Macam tak percaya je aku tengah peluk dia. Baring sebelah sebelah macam ni. Apa yang kau tengah buat ni Heejin?

Memandangkan tak tahu nak buat apa, mata pun semakin layu. Sekarang  pukul 4 petang. Hmm time time macam ni memang mengantuk tahap dewa. Entah bila aku terlelap.

Tapi cuma sekejap sebelum Jaemin start mengigau. Aku terus buka mataku.

"Please jangan tinggalkan I Heejin..."

Aku mengerutkan keningku. Kenapa dia boleh mimpi aku pergi tinggalkan dia? Apa yang dia tengah fikir sebelum aku datang sini.

"Shhh...I'm here"

Aku mengusap belakangnya. Dan lama kelamaan dia semakin tenang. Dia peluk aku dengan lebih erat.

...

Son Of Evil | NA JAEMINWhere stories live. Discover now