🐰 10

1.4K 209 3
                                    

Aku tak sedar pukul berapa aku tidur semalam, tahu tahu dah lelap. Maybe penat sangat kot plus stres lagi. Itu yang cepat tidur tu. Tapi sebelum tu aku sempatlah video call dengan Hazel kejap. Katanya abangku Jungkook yang jemput dia semalam.

Dan sekarang baru pukul 7 pagi. Masih awal lagi. Sebaik saja aku on internet, terus bergetar telefon aku. Berbagai notification dari pelbagai social media masuk. Terkejut aku. Tapi semuanya tentang kerja. Ada juga mesej dari Karina tapi aku abaikan.

Tapi mata aku terpandang salah satu noti. Dari Ice Jaemin. Ya aku sengaja save nama dia macam tu. Aku tekan noti itu.

Are you okay lil bunny? I ada dengar yang ada orang cederakan you. I'm really sorry sebab tak dapat selamatkan you.

But please tell me you dekat mana sekarang?

Aku rasa macam nak menjerit sekarang ni. Macam mana lelaki yang selalu tayang muka beku boleh jadi sweet macam ni. Aaaa!

Tapi macam mana dia tahu eh? Musykil aku.

Saya ada di Grand Legacy Hotel

Ada event kat sini

Send! Aku tak tahu kenapa dia tanya aku. Tapi yang aku tahu sekarang ni aku nak sambung tidur. Pukul 9 nanti dah kena siap siap pergi hall.

Tapi baru sekejap pejam mata, satu noti masuk. Dengan malas aku ambil lalu tengok siapa yang hantar.

Beb! Siap sekarang! Urgent!

Mesej dari Karina. Setiap perkataan dia pakai tanda seru. Dan ini buat aku tak senang hati. Tapi aku ikut juga cakap Karina. Aku pergi mandi dan siap siap.

Tidak lama selepas itu Karina muncul didalam bilik aku. Tercungap cungap. Sah minah ni lari tadi.

"Hall"

Aku tayang muka pelik.

"Kenapa dengan hall?" soalku.

"Kau kena ikut aku sekarang!"

Karina tarik tangan aku.

Sebaik saja jejak kaki dalam hall, hanya satu perkataan yang aku mampu gambarkan.

Buruk!

Damn! Apa semua ni? Kenapa dewan yang team aku hias cantik cantik semalam, boleh tukar buruk macam ni. Ke ada sorang manusia yang ada kuasa magik ubah semua ni jadi buruk.

Terus terduduk aku. Team aku bertungkus lumus untuk jayakan event ni dan sekarang boleh jadi macam ni. Bukan hampir tapi memang 100% diubah dengan barang barang yang lama. Sakit mata aku tengok.

"Sabar beb" pujuk Karina.

"Nak sabar macam mana beb. Kalau kita nak hias semula dewan ni memang mustahil. Event akan mula dalam masa dua jam. Tak cukup tu beb"

Holy damn! Aku rasa macam nak nangis sekarang ni.

"Beb!"

Karina memuncungkan mulutnya ke satu arah. Mataku ikut arah mulutnya. Anna dan juga...beberapa orang reporter belakang dia.

Damn! Apa pula masalah kali ni. Kau kuatkanlah aku Tuhan.

"Hey wedding planner jenis apa you ni! Macam ni ke you organize wedding client client you sebelum ni! It's fucking ugly!"

Tahan Heejin. Kau boleh lalui benda ni hari ni.

"I'm sorry tapi saya pun tak tahu kenapa boleh jadi macam ni. To be honest I have no idea what's going here" jelas ku.

"You ingat I bodoh ke Heejin. I tahu you sengaja buat macam ni sebab you tak suka client cerewet macam I!"

Damn! Aku rasa dia sengaja bawa reporter untuk jatuhkan reputasi aku. What the hell she think she do!

"Betul ke apa yang kami dengar? Boleh Cik Heejin bagi penerangan kenapa cik buat semua ni pada cik Anna?"

Hell! Kalau tak ingat ada camera memang aku dah sembur si Anna ni. Berani dia buat macam ni.

"Minta maaf semua. Kami tak ada statement untuk itu" kata Karina.

Dia tarik aku untuk pergi dari reporter. Tapi reporter ramai lawan dengan aku yang berdua dengan Karina. Memang susah lah nak lepas dari mereka. Tapi kami berusaha jugak.

Dan pada akhirnya Karina terjatuh ditolak oleh reporter manakala aku dikerumun oleh mereka. Lengan aku rasa pedih disebabkan terkena kamera mereka yang seperti tombak itu.

"What the hell you guys doing!" tengking seorang lelaki.

Semua reporter terdiam. Sedikit demi sedikit mereka beri laluan untuk orang itu. Dan aku boleh nampak siapa yang tengking tadi.

Jaemin.

"I'm late. Sorry" bisik dia.

Dan selepas itu dia terus bawa aku keluar dari dewan yang penuh dengan reporter itu. Tapi reporter still ikut. Jaemin menekup muka aku pada dadanya dan juga ditutup dengan jaket kulitnya. Dan selepas itu aku tak tahu mana aku dibawa pergi.

...

Son Of Evil | NA JAEMINWhere stories live. Discover now