🐰 23

1.2K 179 0
                                    

Hari ini aku ada event dekat De' Prince Resort. Karina cakap si Anna yang suruh kitorang datang sini. Katanya untuk berbaik semula dengan aku. Dia minta maaf dekat aku dengan team aku tadi.

Dari wajah dia tadi nampak macam ikhlas. Tapi tak tahulah. Aku ni jenis yang simple. Dah orang tu minta maaf, kira settle. Ikhlas ke tidak itu belakang kira. Lantak doranglah.

"Nice gila dia punya event" puji Karina.

"Memanglah. Dorang level atas kot"

Karina mencebik.

"Hai sayang! Dan hai juga Heejin"

Aku kasi jeling. Geram pulak tengok pasangan sweet depan dia ni.

"Kau kalau cakap hai tu, bagi ikhlas sikit boleh tak" marahku.

Si Yunseong cuma ketawa sambil menggeleng kepalanya. Maybe dah faham sangat dengan perangai aku. Lagi lagi mulut aku yang cakap lepas ni.

"Takpelah. Korang sambunglah bersweet. Aku nak pergi toilet kejap"

Karina cuma mengangguk. Aku pula terus ke toilet. Entah la aku rasa macam ada something dalam mata aku. Pedih semacam je.

Nasib lah aku tak pakai dress labuh malam ni. Jadi mudah untuk aku sampai ke toilet dengan cepat.

Cari punya cari, rupanya ada dua helai bulu mata tersangkut pada mata sebelah kanan aku. Patutlah rasa tak selesa.

Lepas touch up sikit sikit apa yang perlu, aku keluar untuk menuju ke hall semula.

Dan selepas itu semuanya gelap. Aku tak tahu apa yang jadi dekat aku sebab aku dah tak sedar lepas tu.

"Hmm lama bebenor Heejin pergi toilet. Dah mereput saya tunggu dia awak"

Karina mula mengeluh.

"Sabarlah. Kejap lagi dia datanglah tu" pujuk Yunseong.

"Excuse me? Mana my little bunny?"

Karina dan Yunseong pandang sesama sendiri apabila dengar soalan Jaemin yang datang bersama Hyunjin.

"Itulah tu. Dah lama dia pergi toilet. Tapi sampai sekarang tak muncul muncul" jelas Karina.

Giliran Jaemin dan Hyunjin pandang sesama sendiri.

"Aku ada nampak anak buah Felix tadi" adu Hyunjin.

Jaemin sudah menggengam tangannya dengan kuat. Kalau Felix ada depan dia sekarang ni, dah lama muka si Felix tu pecah.

"Yunseong aku nak kau cari location Felix sekarang" arah Jaemin.

Manakala Yunseong mengangguk dengan muka serius. Karina disebelah sudah tayang muka pelik. Sejak bila boyfriend dia dengan Jaemin boleh kenal. Siap ikut arahan lagi. Apakah semua ni?

"I'm sorry sayang. Its not for explanation time yet"

Yunseong macam tahu tahu je apa dalam fikiran si girlfriend dia.

Mereka bertiga pergi meninggalkan Karina yang masih sedang brain apa yang tengah berlaku sekarang ni.

Jaemin memecut kereta dengan laju. Dia perlu sampai ke Heejin tepat pada masa. Dia risau perempuan itu diapa apakan oleh Felix.

"Bro aku tak boleh hack sistem dia" adu Yunseong.

Jaemin memukul stereng kereta dengan kuat untuk melepaskan geramnya.

Hyunjin disebelah tidak berani kata apa apa. Dia cuma mampu diam dan berdoa yang dia akan selamat malam ni. Jaemin bawa kereta macam tengah straight ke hell terus. Takut dia dibuatnya.

"Aku nak kau contact Jeno dengan Jihoon suruh bagitahu semua budak budak kita cari Heejin sampai dapat!" tengking Jaemin.

"Takpe bro aku dah contact budak aku yang tengah jaga sempadan sekarang ni. Aku akan pastikan yang dia tak kan bawa Heejin keluar dari sempadan"

"Thanks bro"

Hyunjin menepuk bahu Jaemin. Kemarahan Jaemin dah semakin berkurang sekarang. Walau apapun yang terjadi dia akan tolong satu satunya sahabat dia ini.

...

Son Of Evil | NA JAEMINजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें