VIII

794 50 3
                                    

"Abang Paan, bangun laaaa. Kimi haus nii. Nak air kat meja tu." Aku cuba untuk mengejutkan Farhan yang dah langsung tak sedar apa punya tido pun aku tak tahu la. Aku suruh balik takmau.

Akhirnya aku yang bangun sendiri ke meja dan mengambil air minuman tersebut. Baik je la kau balik Farhan oi. Buat sakit pinggang je tido kat kerusi tu. Lantas aku bergerak ke katil dan baring semula.

Aku baring mengiring ke arah Farhan. Mukanya yang sempurna aku tatap lama. 'Kacak' getus hatiku. Lantas aku memegang keningnya yang on point dan hidungnya yang mancung. Just nice.

'Kalau la kau tak baran, mesti dah perfecto. Handsome, macho, tapi baran pulak. Spoil betul.' Aku berkata di dalam hati.

Lama kelamaan tenunganku semakin dalam dan mengingatkanku kepada kisah silam yang penuh duka.

Aku hanyut dibuai kenangan masa lalu.

Badanku terasa sakit kerana seperti ditindih di kawasan yang baru sahaja dipukul oleh Izlan. "Auchhh." Aku bersuara. Aku cuba untuk mengalihkan lengan Izlan di atas tanganku namun tidak berjaya kerana terlalu berat plus tangan aku pun tak larat sebab baru lepas kena belasah beberapa jam lepas.

'Macam mana aku boleh tido kat bilik dia pulak ni. Dia angkat aku ke? Tapi kenapa? Bukan dia nak aku bila tengah gersang je ke? Asal tiba-tiba baik sampai baju aku pun dah siap terpakai. Pelik bodoh dia ni.' Aku berkata sendiri.

Haihhhh. Aku mengeluh panjang. Kenapa la malang sangat hidup aku lately ni. Aku nak masuk asrama sebab taknak duduk rumah. Nanti asyik teringat arwah dadi. Tapi kat sini pulak macam neraka.

Setelah puas mencuba, aku tetap tidak dapat lolos dari Izlan. Lantas aku pasrah dan menatap wajahnya.

'Handsome, takda cacat cela langsung. Sempurna. Cuma perangai je macam haram.'

"Dah puas tatap muka student paling handsome kat Ipoh ni?" Suaranya yang garau muncul secara tiba-tiba membuat aku tersentak. Dia tersenyum dengan mata yang masih terpejam.

Aku langsung tidak bercakap, bahkan bergerak walaupun seinci. Kau dah layan aku macam binatang tadi, lagi nak melawak dengan aku? Tapi takde la aku tiba-tiba nak biadab. Mahu kena penyepak bertalu-talu.

"Sayang kenapa bangun, haus ke? Sejuk?" Dia bertanya lagi. Aku langsung tidak menjawab pertanyaannya. Mulut aku ni haa dah tak rasa apa dah selain sakit kena sepak dengan kau tadi tahu tak!

Aku menggelengkan kepala. Dengan penuh awkward, dia memulakan percakapan.

"Sayang, pandang abang. Abang betul-betul mintak maaf. Abang tak sengaja. Abang pun tak tahu kenapa. Kalau abang marah je, mesti abang akan hilang kawalan dan tak boleh fikir langsung. Semua benda abang nak hancurkan masa abang mengamuk. Abang dah cuba nak kawal, tapi tak boleh." Dia
menjelaskan Panjang lebar.

Aku hanya melihatnya tanpa berkedip. Memang handsome dia ni kalua tengah serius. Tapi agak menyeramkan.

"Sayang, abang janji, betul, kalini abang cuba tahan marah demi sayang. Tapi ada syarat. Sayang kena jadi buah hati abang. Jangan tipu abang, jangan mesra dengan orang lain, jangan buat abang marah. Tu je abang mintak. Please. Tak susah pun kan? Kalau sayang boleh ikut semua tu, abang janji abang akan sayang sayang lebih dari apa yang sayang bayangkan." Izlan terus menerus menabur janji.

Aku masih diam dan memandang tepat ke arah matanya.

"Okey tak?" Dia mengangkat kening.

Aku hanya mengangguk. Tak tahu kenapa, tapi aku rasa kalini aku macam terpaut dengan kata-katanya. Dengan penuh berani, aku menjawab.

"Kimi pun sayang aban...." Belum sempat aku menghabiskan ayatku, dia dengan Lantas mengucup bibirku dengan perlahan. aku terkedu.

"Jangan guna nama, guna sayang. Abang lagi suka." Dia berkata pendek.

TAK LAGI MERINDUWhere stories live. Discover now