XXVI

563 26 4
                                    

Aku duduk sambil meletakkan kepala di stereng kereta, sambil memerhatikan air mata yang mengalir ke bawah, menimpa di atas kakiku.

Tiada sebarang kata-kata yang mampu keluar dari mulutku ini. Hanya mampu aku wakilkan air mata sebagai ganti.

Rasa sebak dan sakit di dada ini aku cuba untuk tahan, hingga tersedu.

Lalu aku menghadap ke hadapan, melihat pantai Teluk Batik dari kejauhan. Tenang, tidak seperti hatiku yang sedang berkecamuk ini.

Aku menyedut nafas sedalam mungkin dan kemudian keluar dari kereta dan berjalan di persisir pantai.

Terbayang semua memori bersama dadi dan ibu sewaktu aku masih bersekolah. Namun semuanya sudah berbeza. Dadi sudah tiada, ibu sibuk dengan kerjanya, tinggallah aku sendirian tanpa sesiapa.

Terkadang kenangan bersama Farhan hadir iaitu sewaktu malam pertama aku keluar dengannya di tepi tasik. Masih segar semuanya di ingatan. Akan tetapi pada hari ini, aku dengannya sudah menjadi dua orang asing yang berkongsi memori, namun sudah tiada istilah sehidup semati.

Aku duduk di bawah pohon kelapa yang redup, sambil membaca kad jemputan perkahwinan yang dihantar oleh Afiq sebentar tadi.

Terpampang gambar Farhan dan Safwa yang tersenyum gembira. Pastinya, kerana Safwa tinggal selangkah lagi untuk menjadi isteri kepada suami idaman hatinya.

Farhan pula aku tidak pasti, sama ada dia gembira ataupun sebaliknya. Namun, pasti juga dia gembira kerana itu adalah kehendak ibunya.

Rasa hiba yang beterusan ini hanya mampu untuk aku pendam, memandangkan waktu pun mulai berjalan dengan pantas. Aku bangun dan membasahkan kaki lalu terus ke kereta dan pulang ke rumah.

__________________________________________________________________________

Aku tersedar dari tidurku apabila mendengar bunyi loceng rumahku.

'Aik siapa pulak yang datang? Mana ada siapa siapa tahu aku duduk sini.' Aku mulai paranoid. Teringat semula kejadian yang pernah menimpaku dahulu.

Aku melihat dari pintu, orang tersebut memakai baju GrabFood. Lagi la aku cuak.

Lantas, aku hanya membuka pintu namun tidak membuka pintu grill besi.

"Ya, ada apa ya?" Soalku.

"Pesanan untuk Encik Hakimi. Sushi King." Katanya.

"Aik tapi saya tak ada order pun." Soalku lagi.

"Ordered by Puan Kamelia." Katanya.

Aku menghela nafas panjang.

"Ohh ibu. Okey bang, letak je situ. Nanti saya ambil. Saya tengah cuci dapur, tangan kotor." Saja aku beri alasan.

Dia hanya mengangguk dan berlalu pergi setelah meletakkannya.

"Apoo ibu ni, ingat Kimi kelaparan ke kat sini. Dah besar la astaga tahu la Kimi cari makan." Keluhku sendiri.

Setelah mengambil makanan tersebut, aku terus ke meja makan dan menikmatinya. Aku hanya makan bersendirian di dapur, yang sememangnya rasa amat sunyi. Berbeza dengan dahulu yang mana aku sering makan sambil menatap wajah insan yang sekalipun tak pernah lupa untuk memuji masakanku. Sumpah sedih bila teringat semula semua momen lama.

Lalu aku kembali melihat e-kad jemputan yang dihantar tadi. Cantik temanya, warna ungu perlahan, kesukaanku. Dipadankan dengan sedikit warna putih.

Tarikhnya pada minggu hadapan. Awal. Tersangat awal dia menggantikan aku, yang dalam kata yang sama, melupakan aku.

Sebak yang teramat membuatku tidak mampu untuk menjamah makanan yang tersisa. Aku letak ketepi lalu terus duduk di balkoni menghadap luar. Tenang. Malam yang amat tenang ini telah aku cemari dengan rasa gundah dari dalam jiwaku.

TAK LAGI MERINDUOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz