XXXVII

484 29 0
                                    

"Ehhh jangan la habiskan, Kimi nak makan lagi." Kataku apabila melihat dia menuang fries tersebut sehingga habis ke dalam mulutnya.

"Alaaaaaaa." Kataku apabila dia menelan kunyahan terakhirnya.

Aku punya hiba waktu tu taktau nak habaq. Rasa macam nak nangis je.

"Hey takkan la Danny nak habiskan fries Kimi. Ni haaa ada lagi untuk Kimi." Katanya yang terus mengeluarkan dua set fries daripada beg kertas McD.

Aku masih lagi diam.

'Dia ingat aku ada mood ke haa nak main main, dah la penat, sakit apa semua.' Getus hatiku.

"Okey okey minta maaf. Danny main-main je laa. Dari tadi Kimi diam je, risau la. Tu yang Danny nak ajak borak." Katanya.

Aku hanya mengambil fries tersebut dan makan dengan senyap.

Dihadapan kami adalah laut yang tenang, berhadapan dengan Butterworth.

"Kimi betul-betul okey ke ni? Dari tadi tak lepas tisu tu dari leher. Sakit ke? Kalau tak berkurang, kita pergi la klinik dulu eh. Kejap je." Katanya seperti seorang ayah yang risau akan anaknya.

"Kimi okey je la, cuma kalau tak tahan dengan tisu, jadi pedih sebab luka tu kena open air. Tapi darah dah tak keluar dah." Kataku sambil menunjukkan ibu jari tanda baik.

Lantas kami sambung menikmati pemadangan pabila Danny tidak membalas kenyataan olehku.

"Nanti kita singgah klinik eh dekat Georgetown?" Soalnya.

Aku hanya mengangguk tanda setuju.

"Danny." Kataku.

Dia terus memandangku sambil mengangkat kening.

"Danny takde awek ka?" Soalku secara tiba-tiba.

Saja aku tanya begitu kerana ingin melihat reaksi dia.

Lalu dia berhenti mengunyah dan melihatku aneh.

"Kenapa tanya macam tu?" Soalnya tanpa menjawab soalanku.

"Tanya je. Ye la Danny kan tinggi, putih, kacak, kaya apa semua, takkan takde awek melekat sorang?" Kataku sambil tersengih.

Dia tidak menunjukkan sebarang reaksi suka ataupun terhibur.

Maka wujudlah rasa serba salah yang terlampau dalam diriku.

'Tak lawak la kut hmm tapi aku bukan buat lawak pun, aku state facts kot.' Getus hatiku.

Suasana hening selama 5 minit cukup menjelaskan bahawa dia mungkin tidak suka berbahas berkaitan perkara ini.

"Ermm sorry." Kataku pendek.

Dia masih lagi termenung jauh.

Lalu dia mengeluh panjang.

"Takde apa pun la. Cuma Danny terkilan bila teringat pasal benda ni." Katanya perlahan.

"Mind to share?" Kataku.

"Hmm." Ujarnya sambil menyuap aiskrim kedalam mulutnya.

"Dulu ada la sorang. Tapi dia bukan orang yang sesuai rasanya." Ujarnya.

"Kenapa?" Soalku.

"Dia macam tak hormat mama, even mama masuk hospital dulu pun dia tak pernah nak datang jenguk. Sampailah mama..." Dia terhenti berkata-kata.

Aku hanya diam.

"Pergi." Sambungnya.

Aku mengeluh berat.

"Jadi Danny pun dah taknak ada apa apa hubungan dengan dia." Katanya lagi.

"Macam mana dia nak sayangkan Danny untuk jangka masa yang lama, kalau mama pun dia tak boleh nak hormat. Danny tak suruh sayang mama pun macam mana Danny sayang mama. Tapi cukup la tunjuk rasa hormat tu depan mama. Kalau mama yang sakit pun dia tak boleh nak jenguk, macam mana nanti kalau Danny yang jatuh sakit? Mungkin dia akan buat benda sama macam dia layan Mama." Katanya dengan penuh emosi.

TAK LAGI MERINDUOnde histórias criam vida. Descubra agora