LII

427 26 2
                                    

Tanpa sengaja aku tersedar sendiri sekitar jam 6 pagi.

Pabila bangun, aku mendapati bahawa Farhan sedang solat subuh bersendirian, dengan diterangi oleh cahaya lampu meja yang samar-samar.

Usai dia solat, aku terus menegurnya dengan suara yang serak.

"Abang Paan solat tak tunggu Kimi pun, sampai hati." Rajukku.

"Ehhh dah bangun ke sayang?" Soalnya pabila melihatku sedang duduk di atas katil dengan mata yang layu.

Aku hanya mengangguk perlahan.

"Bukan abang taknak kejut sayang tadi, dah kejut dah. Tapi sayang tak bangun-bangun. Kesian pulak abang tengok sayang tido lena sangat." Ujarnya.

"Ohh jadi abang Paan tak kesian la nanti tengok Kimi masuk neraka sebab tak solat subuh?" Kataku.

Dia terdiam seakan bersalah.

"Hahahahahahahahha, Kimi main-main je la. Itu pun nak tacing. Dahhhh dahhh tepi sikit nak lalu." Aku berkata lalu bergegas keluar dari bilik untuk mengambil wudhuk.

Sewaktu melepasinya yang sedang duduk berdoa di atas sejadah, aku tunduk lalu mencium pipinya laju sebelum bergegas keluar.

"Eiii apa ni dah la belum gosok gigi, busukkkkkkkkk." Laungnya.

Aku hanya ketawa di di dalam tandas.

Usai solat, mandi dan berkemas, aku menghantar Farhan selepas kami bersarapan di Kafe Harapan.

Saja aku menghantarnya kerana kasihan dia hendak keluar makan tengah hari nanti panas kalau menaiki motosikal.

"Nanti kita lunch sama sama eh? Nanti Kimi pick up abang dekat sini." Kataku yang berhenti menurunkannya di hadapan balai polis.

"Sayang tak sibuk ke?" Soalnya.

"Tak pun, harini Kimi kelas sampai pukul 11 je, lepastu free. Nanti Kita lunch nasi kandar eh?" Ajakku.

"Boleh-boleh, tapi nanti abang yang tunjuk jalan, sebab ada satu tempat best nasi kandar." Katanya.

Aku hanya mengangguk tanda setuju.

Kemudian, aku bersalaman dengannya sebelum dia masuk ke tempat kerjanya.

Lantas aku bergerak ke kampus untuk ke kuliah sehingga pukul 11 pagi kelak.

___________________________________________________________________________________________

'Arghhh ngantuknya.' Kataku sambil menguap selepas habis kuliah.

Kemudian aku bergerak ke kereta untuk mengambil abang Farhan di tempat kerjanya.

Sedang aku berjalan ke tempat parkir kereta, aku terlihat Izlan yang sedang duduk di bangku tepi koridor.

Tahu sudah aku taktiknya, yang konon pura-pura terserempak, padahal memang dia sudah ekori aku dari awal, bahkan dari awal aku keluar bilik tadi aku rasa.

Aku hanya jalan melepasinya tanpa melihat ataupun menegur.

Memang lambat la lagi aku nak tegur orang gila tu.

"Amboi, dah tak nampak ke aku kat sebelah kau ni?" Katanya kasar.

Sikitpun aku tidak menghiraukannya.

Bagiku, menegurnya hanya akan mendatangkan masalah baharu kepadaku.

"Ingat, aku pegang kata-kata kau haritu. Kau cabar aku kan?" Sahutnya.

Tanpa berpaling walaupun sedikit, aku hanya meneruskan perjalanan ke keretaku.

'Haihh, malang betul hari-hari boleh jumpa orang gila tu.' Kataku.

TAK LAGI MERINDUDonde viven las historias. Descúbrelo ahora