XXXI

512 27 1
                                    

"Aik, tak luak pun mango shake tu, bukan favourite Kimi ke? Penat ibu singgah beratur tadi tau." Jelas ibu kepadaku.

Kami duduk di meja makan, setelah ibu pulang sebaik saja Farhan beredar.

"Eh Kimi dah tapau McDonalds tadi bu, tu yang macam kenyang sikit." Tipuku.

Sebenarnya aku sememangnya tidak selera untuk makan atau minum, lantaran baru saja selesai sesi luahan hati bersama Farhan. Dingin rasa hati ini. Sedingin air ditanganku.

"Haa takpe la kalau macam tu, masuk dalam peti sejuk nanti esok boleh sambung minum lagi. Jelasnya.

Aku hanya mengangguk dan menemani ibu sehingga habis makan. Mungkin wajah ini akan aku rindui pabila aku bergerak ke Pulau Pinang kelak.

Oh ya, ibu teruja mendengar keputusanku dan gembira akhirnya aku ingin belajar untuk hidup berdikari. Cuma pesannya tetap sama. Jaga diri, jaga hubungan dengan Allah.

Jam menunjukkan tepat pukul 230 pagi, dan aku masih lagi duduk di balkoni, mengambil angin yang dingin untuk menenangkan hatiku yang sedang berkecamuk.

Ada kalanya terbit sakit di dada pabila keputusanku yang menolak perasaan Farhan secara mentah-mentah. Kerana aku tahu dia sememangnya sayang kepadaku. Tapi aku turut lega dengan tindakanku yang memilih untuk memutuskan segala-galanya. Bukan untuk memutuskan hubungan silaturahim, namun mengakhiri hubungan yang terlarang ini.

Tiba-tiba muncul satu persoalan dibenakku.

Rupanya aku langsung tiada gambar bersamanya, walaupun satu. Setidakknya dapat juga aku tatap jikalau aku merinduinya. Seperti yang aku ada bersama Izlan dahulu.

Oh, baru aku teringat yang dahulu pun gambar tersebut diambil oleh Izlan, bukannya aku.

Mungkin kerana aku lebih suka untuk menikmati setiap saat dengan orang yang aku sayang, tanpa ada gangguan lain. Jarang rasanya aku memegang telefon pabila keluar dengan ibu, Izlan, Aina, Emir mahupun Farhan.

Barangkali aku lebih menghargai saat dan peluang yang ada dan tidak akan sama pada masa lain.

Jika dulu, kita dapat meluangkan sepenuh masa bersama dengan orang yang kita sayang tanpa memberitahu satu dunia.

Tapi mengapa sekarang tidak? Mengapa sekarang semuanya perlu ditunjukkan kepada umum?

Bagiku cukup untuk aku dan dia mengetahui yang kami sememangnya bahagia, tanpa perlu memberitahu khalayak dengan memuatnaik semua gambar dan video pabila bersama.

Mungkin untuk dijadikan kenangan, tapi lebih indah rasanya kenangan itu cukup hanya kita berdua yang tahu, hanya kita berdua yang fahami. Tidak perlu untuk orang luar menjadi saksi.

Aku mengeluh panjang.

Aku akhiri hari yang hening dan hiba ini dengan luahan kepada malam yang kelam tentang betapa malangnya diriku ini.

______________________________________________________________________________

Sepanjang dua minggu berlalu, aku memanfaatkan masa yang ada untuk mencari semangat yang masih tersisa di dalam tubuh yang lemah ini.

Segala kenanganku aku lupakan seketika demi mengharungi kehidupan baharu di Penang nanti.

Tidak aku buang, namun aku memilih untuk lupakan sebentar.

Satu persatu baju yang telah dilipat oleh ibu aku masukkan kedalam lugageku. Sedar tak sedar, esok merupakan hari untuk aku mendaftar masuk ke USM Penang.

Aina pula telah mendaftar pada minggu lepas di UKM Bangi. Sebak aku rasa kerana kami semakin berjauhan.

Emir akan mendaftar lusa, selang sehari kerana kami berbeza kampus. Sempat juga dia menelefonku dan mengucapkan selamat kepadaku.

TAK LAGI MERINDUWhere stories live. Discover now