LX

444 27 4
                                    

Suasana di meja makan agak hening, namun diceriakan oleh telatah Aish yang sesungguh gembira dengan adanya aku disitu.

Manakan tidak, anak kecil itu duduk bersama tiga orang yang bukan dalam golongan umurnya.

Pastinya dia tidak mempunyai teman bermain sehari-hari.

Aku pula yang paling muda dalam kalangan mereka, pastinya aku lebih cenderung untuk melayannya.

"Amboi seronok betul cucu tokwan sorang ni harini. Dari tadi tak henti senyum." Kata ayah Farhan.

"Mana tak seronok bang, ada kawan main dia datang. Kalau dengan abahnya, alamatnya tengok tv je la seharian." Ulas ibu Farhan pula.

Aku hanya tersengih dengan kenyataan mereka.

Farhan pula sedang menukar pakaian setelah selesai mandi, justeru kami semua sedang menunggu dia untuk makan bersama.

"Amboi semua dah duduk makan tak tunggu Paan pun." Katanya sambil menuruni tangga.

"Kamu tu ha yang lama sangat. Lapar dah Hakimi ni." Ulas ayahnya.

Farhan yang tersengih hanya berjalan menuju ke meja dan duduk disebelahku.

"Aishhh taknak la duduk atas riba uncle Ameer. Susah uncle Ameer nak makan nanti. Duduk dengan abah sini." Ulas Farhan kepada anaknya.

"Taknak, nak duduk dengan uncle Ameer jugak." Tegas anak kecil itu.

"Ishh takpa bahh, bukannya berat pun. Sambil suap Aish, Kimi pun boleh sambil makan sama." Jelasku kepadanya.

"Dahh jom makan. Paan baca doa." Perintah ayahnya.

Lalu selesai membaca doa, kami semua mula menjamah makanan yang terhidang.

Kami semua makan sambil bersembang, dan ada kalanya tertawa melihat Aish yang cuba untuk makan sendiri namun comot.

Suka sekali aku akan suasana sebegini, yang pastinya sukar untuk aku nikmati ketika dirumah dan dimana-mana sekalipun.

"Uncle Ameer, Aish nak mainan boleh takk?" Soal anak kecil itu sambil duduk di atas ribaku setelah dia selesai makan.

"Boleh jeee, nanti kita pergi beli eh." Jawabku.

"Apa ni mintak kat uncle Ameer. Abah boleh belikan la. Esok kita pegi beli." Jawab Farhan disebelahku.

"Taknak, nak pegi dengan uncle Ameer jugak. Abah asyik tidur je hari hari." Jawab anak kecil itu.

Lalu kami semua tertawa.

Ada lucunya namun bila diamati dengan mendalam, sedih juga kata-kata yang dilontarkan oleh anak sekecil itu.

Tiada siapa dia hendak bercakap, bermain bersama. Ibu pun tiada, ayahnya belum lagi pulih sepenuhnya. Tiada adik beradik lain mahupun teman sepermainan. Hanya bergaul dengan datuk dan neneknya sahaja.

"Takpe, nanti Kimi bawak Aish pergi beli mainan kat pekan tu. Bukannya jauh pun." Jawabku kepada Farhan.

"Haaaaa, Paan kamu pergi ikut sekali. Belikan mak barang dapur nak masak tengah hari nanti." Jelas ibunya.

"Okey mak." Jawabnya pendek.

Lalu dia bangkit untuk pergi mencuci tangan di singki sambil membawa Aish sekali untuk mencuci mulutnya.

"Jommm cuci mulut dulu. Bagi uncle Ameer habiskan makan." Ulasnya.

Aku hanya membiarkan dia berbuat sedemikian.

"Kamu teringin nak makan apa harini Kimi? Acik masakkan." Ujarnya.

Aku mulai segan.

"Ehh takpa makcik, apa apa pun saya makan." Jawabku.

TAK LAGI MERINDUWhere stories live. Discover now