LV

411 31 2
                                    

"Macam mana keadaan dia puan?" Puan Kamelia berada di unit rawatan rapi untuk bertemu dengan ibu kepada Farhan.

Sepertinya juga, air mata wanita itu terus menerus mengalir, sambil dimulut tidak berhenti mengalunkan ayat suci al-Quran.

Wanita itu hanya menggelengkan kepala terhadap soalan yang diajukan sebentar tadi.

Turut hiba Puan Kamelia setelah mendengar kata-katanya.

Farhan masih lagi terbaring di atas katil, dengan keadaan yang amat teruk, dan peluang untuk terus hidup yang amat tipis.

Lalu, dia memeluk wanita itu dengan hati yang berderai, dan air mata yang berjurai.

Mereka berdua berkongsi rasa yang sama, iaitu menanti bangkit dan sembuh satu-satunya anak lelaki yang mereka ada. Sebak di dada hanya tuhan yang mengerti.

________________________________________________________________________________________

Aku terjaga dari tidur yang sangat lama aku rasakan.

Aku toleh ke kiri dan ke kanan, gelap di ruangan yang baharu, bersendirian.

Masa yang ada ini aku gunakan untuk aku cuba bangkit walaupun kudratku cuma cukup untuk aku hanya bernafas.

Satu persatu tiub yang menyalurkan badanku dengan sumber air itu aku cabut.

Usai siap, aku cuba untuk bangkit, mengatur langkah dengan perlahan untuk keluar bagi mencari Farhan.

Pintu bilik itu aku tolak dengan perlahan dan aku perhati sekeliling. Tiada siapa. Lalu aku mengorak langkah untuk ke kaunter.

Lama juga masa yang aku ambil untuk sampai ke kaunter walaupun tempat itu tidak terletak terlalu jauh dari ruanganku. Mungkin kerana keadaanku yang uzur ini menghalang segalanya.

Setiba aku di kaunter, jururawat yang bertugas bertanya kepadaku dengan riak wajah yang amat risau.

"Eh encik kepada dekat luar ni?" Katanya pabila dia melihat aku memakai pakaian sebegitu.

"Saya, saya nak pergi tandas tadi, lepastu nak singgah sini kejap, nak tanya tentang abang saya." Tipuku.

"Tanya apa tu ya?" Soalnya.

"Ada ke pesakit yang baru masuk semalam sebab excident selain saya, nama dia Farhan Rashid." Jawabku.

"Sebentar ya saya semak dahulu." Jawabnya lalu mencari maklumat yang aku kehendaki di komputer.

Aku hanya mengangguk setuju.

"Farhan Rashid ya? Ada ni, dia berada di unit rawatan rapi. Keadaan dia amat kritikal sekarang." Jawabnya.

Berkemacuk perasaanku ketika ini.

Agak lega kerana dia masih tidak tinggalkan aku namun bimbang akan keadaannya yang kritikal.

"Dia ada dekat bilik number berapa ya tu nurse?" Soalku.

"Bilik 2-3-B. Sebelah kiri." Jawabnya.

Lantas aku mengucapkan terima kasih dan beredar dengan perlahan.

'Nanti malam la aku pergi tengok dia, nanti ibu perasan aku takde dekat bilik, lagi dia risau.' Getusku di dalam hati.

Usai tiba di bilik, aku terus baring dan mengambil nafas sedalam-dalamnya. Berbeza sudah kadar pernafasanku setelah kejadian semalam. Semakin pendek dan perlahan.

Kemudian, ibu hadir ke ruanganku dengan makanan di tangannya.

"Sayang dah bangun? Jom makan sikit dulu. Bubur ada ni. Fries pun ada jugak." Kata ibu.

TAK LAGI MERINDUWhere stories live. Discover now