XXI

666 31 11
                                    

Aku duduk di hadapan kedai, menunggu ketibaan Farhan untuk menjemputku seperti biasa.

"Hmmmmmm dah nak dekat 20 minit dah ni. Mana abang Paan ni ishhhh. Dah la banyak nyamuk kat sini." Merungut ku sendirian.

Tidak lama kemudian, kelihatan sebuah Myvi biru memasuki kawasan restoren. Aku mulai hairan.

"Aikkk kenapa abang Paan ambik aku naik kereta Afiq?" Getus hatiku.

Setelah kereta tersebut berhenti di hadapanku, aku terus masuk dan duduk disebelah pemandu, iaitu Farhan.

"Ermmmm abang Paan kenapa tak guna kereta Kimi?" Soalku.

Tak tahu mengapa namun situasi di dalam kereta tersebut persis seperti aku bersama Izlan sewaktu hendak makan malam bersama syikin.

Soalanku tidak dijawab olehnya. Dan Farhan juga langsung tidak memandang kearahku.

'Aikkk nape ni ek? Aku ada buat salah ke?' Ujar hatiku.

"Ermmm kenapa abang Paan tak reply WhatsApp Kimi tadi?" Soalku lagi.

Dan seperti biasa, Farhan hanya diam dan tidak menyahut.

Aku mulai hairan. Kenapa ni? Sumpah aku tak paham.

Dan kali ini aku cuba untuk bertanya soalan yang terakhir.

"Ermm abang nanti kita lepak tepi tasik macam haritu boleh tak? Kejapppp je." Pujukku.

"Boleh diam sekejap tak?!" Berkata Farhan.

Aku terkedu. Sumpah la dia marah aku?

Aku terus terdiam dan memadang hadapan, tanpa melakukan sebarang pergerakan untuk hampir lima minit.

Akhirnya kereta tersebut diparkir di hadapan rumahku. Kelihatan keretaku sudah berada di parkir kereta. Maknanya Farhan telah memulangkan keretaku. Tapi kenapa?

Tanpa sebarang arahan, aku terus keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah tanpa bertanya apa apa lagi. Karang tak pasal aku kena penyepak free.

Tapi sumpah aku kecewa. Kenapa? Apa salah aku. Patutnya aku lah yang nak tacing sebab aku kena simbah air kot, astu kena palau dengan kawan kerja aku apa semua. Hanat tol.

Selangklah aku bergerak ke halaman rumah, Farhan terus memecut laju keretanya meninggalkanku dalam keadaan terpinga-pinga.

Dengan perasaan yang sedikit marah, aku masuk ke rumah dan terus ke dalam bilik. Aku duduk dan cuba untuk tenangkan diri seketika.

Lalu tiba-tiba telefon bimbitku menerima satu panggilan daripada seseorang.

Rupa-rupanya ibu menelefonku.

"Haaaaa Kimi buat apa tu?" Tanya ibu.

"Hmmmmm Kimi tengah baring baring je ni. Tunggu ibu la tak balik balik. Bukan kata balik harini ke?" Soalku semula.

"Hmmm itu la, ibu tadi dah gerak tapi sampai Batu Kawan tadi Cik Za call, dia kata macam dia nak pitam. Nak jalan pun tak boleh. Ibu singgah la ni lepastu terus bawak pergi hospital. Jadi ibu teman Cik Za kat sini sampai dia okey. Kimi boleh ke duduk sorang-sorang tu?" Soal ibu.

"Lahhh yeke. Okey je Kimi kat sini." Bohongku kepada ibu. Padahal baru je rumah kena pecah masuk haritu. Kalau ibu tahu, malam ni gak dia gerak balik.

"Okey ke Cik Za tu? Fiya dengan Rizal takkan tak balik jenguk kot? Duduk dekat Bayan Baru je kot." Aku mempersoalkan tanggungjawab sepupuku. Ye la mak sendiri sakit, lagi kau nak kerja jauh kat penang tu. Macam la kat Taiping takde kerja dah.

"Hmmm Kimi macam tak tahu perangai anak anak Cik Za tu." Ibuku mengeluh.

"Hmmmm takpa la ibu, Kimi okey je kat sini. Nanti bila Cik Za dah elok, ibu gerak la balik. Kirim salam Kimi dekat Cik Za ye." Kataku.

TAK LAGI MERINDUWhere stories live. Discover now