XVIII

657 30 1
                                    

Sepanjang perjalanan pulang di dalam grab, aku hanya menyekang air mata, menahannya daripada terus mengalir. Rasa marah dan benci aku terhadap Izlan semakin menigkat.

'Izlan, kau memang babi. Sanggup kau kan. Tergamak kau buat aku macam ni. Aku benci kau. Kau memang sial. Apa je yang aku tak buat untuk kau? Semua benda, semua benda la babi aku dah buat.' Aku meronta di dalam hati.

Setibanya di dorm, aku terlihat terdapat beberapa rakanku yang sedang khusyuk melakukan aktiviti mereka sendiri. 'Ni kalau aku tetiba menangis kat sini, mau diaorang ingat aku ni gila'. Kataku sendiri.

Lalu dengan sepenuh kudrat yang masih aku ada, aku pergi ke blok belakang bangunan. Ya, aku rasa disitu sajalah tempat dimana aku boleh duduk sendiri, merenung bulan sambil mendengar lagu untuk tenangkan diri.

Lagu 'Sumpah' oleh Aina Abdul aku dengar dan hayati. Cumanya kali ini, situasi yang terdapat di dalam lagu tersebut seakan terbalik.

Aku bersumpah yang dia akan menyesal, sama seperti lirik yang dinyanyikan di dalam lagu ini.

Aku menatap jam tangan yang diberikan oleh Izlan. Mahal, tapi sayangnya harga diri kau lebih murah dari harga jam ni. Setia yang aku beri langsung tak standing dengan kau, langsung tidak bernilai sama sekali.

Air mataku terus menerus mengalir. Seakan tidak ada peluang untuk berhenti.

Aku menatap langit yang agak cerah, disinari cahaya bulan purnama. Indah, tapi sayangnya keindahan langit malam ini telah dicemari oleh tatapan dari seorang manusia yang malang, iaitu aku.

Tangisanku semakin deras, tidak dapat lagi aku tahan. Ingin saja aku menelefon ibu, namun tidak pula aku mahu dia risau. Aku dah janji dengan dadi yang aku akan jadi kuat lepas dia pergi, jaga ibu. Bukan buat ibu lagi risau.

Lagu 'Cukup' oleh Rizal Rasid silih berganti.

Aku tekad, mulai malam ini, takkan lagi aku letakkan apa apa harapan pada lelaki. Semua ni memang sial.

'Baik aku balik bilik, sembang dengan Emir ke, member yang lain. At least dapat lupakan hal sial tadi. Betul, aku tak boleh jadi bodoh sebab lelaki bodoh tu.' Kataku.

Lantas aku terus bangkit dan bergerak ke dorm dalam keadaan lemah namun tetap jua aku gagahkan diri ini.

'Tempat malang' yang selalu aku dilayan seperti binatang itu aku lalu, namun langsung tidak aku memandangnya, lagikan menjeling.

'Sumpah kau akan menyesal.' Ulangku lagi di dalam hati.

Hatiku mulai sebak semula. Sial la. Aku benci macam ni.

"Hish.. hishh" Tangisanku mulai kembali. Lantas aku mengesat air mataku dan terus berjalan sambil menyekang mataku daripada terus menangis.

'Pappp' Kakiku terlanggar sesuatu dihapadan.

Lalu terus aku melihat hadapan.

Manusia yang paling aku benci sekarang sedang berdiri dihadapanku sambil memberikan senyuman seakan-akan tiada apa yang berlaku.

Tergamaknya dia.

"Kenapa nangis ni sayang?" Katanya sambil cuba untuk mengesat air mataku. Namun dengan pantas aku menepis tangannya.

"Sayang?" Aku menyoalnya semula.

"Ye la, kenapa?" Dia menyoalku kembali.

"Kau nak apa sebenarnya dari aku ha? Apasal cari aku? Sangap? Gersang? Sebab awek kau taknak layan nafsu bangsat kau tu ke sial!!???" Jeritku.

"Jaga sikit bahasa tu." Katanya perlahan.

"Jaga bahasa? Kenapa setiap kali aku je yang nak kena jaga semuanya. Kau? Ada pernah kau jaga hati aku? Perasaan aku? Kau ingat kau bagi aku jam mahal, kasut mahal semua ni aku hairan ke sial? Sikit pun tak la babi. Sikit pun aku tak hamak. Kau ingat aku ni macam budak gay bodoh lain yang kau boleh mainkan dengan duit mak bapak kau tu ke? Haaaaaa?!!" Jerit aku lagi.

TAK LAGI MERINDUTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon