tajuk pun dah cringe. klise setinggi gunung everest. cerita syok sendiri. cerita slow~motion. stand alone. 𝖣𝖠𝖠𝖨𝖬 𝖣𝖠𝖶𝖶𝖴𝖣 - Seorang jejaka yang tinggal bersama pakciknya di Helsinki setelah kematian orang tuanya di Malaysia semasa dia berumur 18 tahun. Semasa tinggal di Helsinki bersama pakciknya, dia diajari cara untuk bermain snuker. Apabila selalu berlatih, akhirnya dia cekap bermain permainan snuker tersebut sehingga membuat keputusan untuk memasuki pertandingan World Snooker Tournament. 𝖣𝖠𝖱𝖬𝖨𝖫𝖠 𝖣𝖠𝖧𝖠𝖱 - Seorang gadis Melayu yang datang ke Helsinki dibawa tunangnya atas sebab tunangnya itu perlu bekerja outstation. Pada suatu hari, semasa berkeliling keluar dengan tunangnya, dia tiba-tiba tersesat di suatu tempat. Dia yang tidak beberapa fasih berbahasa Inggeris pun masuk ke tempat tersebut. Apabila berada di dalam tempat tersebut, dia bernasib baik kerana bertembung dengan seorang jejaka Melayu. "Sesat? Kenapa tak cari jalan balik dalam Google?" - 𝖣𝖠𝖠𝖨𝖬 𝖣𝖠𝖶𝖶𝖴𝖣 "Saya tak tahu nama tempat ni..." - 𝖣𝖠𝖱𝖬𝖨𝖫𝖠 𝖣𝖠𝖧𝖠𝖱 DILARANG PLAGIAT. Ilustrasi cover diambil dari Pinterest. Mula : Februari 2024 Tamat : - All Right Reserved @rissnzam RISSNZAM, 2024.