- 🇯 🇮 🇪 🇻 🇳  ❁ -

151 30 4
                                    

Aku berguling-guling di katilku dan membiarkan mukaku terkena sinaran matahari yang masuk melalui cermin tingkap bilikku.

"Bosannyaaaaaaa"

Sudah berkali-kali aku membuka tutup telefon pintarku tetapi tiada apa pun yang menarik

Mahu saja aku pergi ke rumah Nari atau Eunji sekarang tapi mereka berdua pergi membeli belah dan bukannya sesuatu perkara yang aku suka sangat jadi aku tak ikut dorang

"Dia sibuk ke ek rasanya?"

Akhirnya, aku memesej Haechan jikalau dia tidak sibuk pada petang ini

You
Haechanie~
Korang sibuk ke sekarang?

Haechan 🐻🔆
Baru habis program
Kenapa?

You
Wah baguslahh 🤩
Nak main video game sama-sama?

Haechan 🐻🔆
Boleh juga😏
Datanglah rumah kami

Aku dengan segeranya menukar bajuku dan mengenakan t-shirt berserta seluar panjang

"Ibu! Jieun pergi rumah kawan kejap!"

Setelah meminta kebenaran ibuku, aku menuju ke rumah Dreamies sambil mendengarkan lagu Pink Lemonade-Johhny Stimson

"Hello?"

Tok! Tok! Tok!

Aku dah biasa dah ketuk pintu dorang daripada tekan loceng huhuhuu

"Yoww Jieunnn!"

Aku dan Haechan membuat salaman persahabatan dan dia menjemputku masuk

"Mana yang lain?"

"Balik tadi, Jeno terus keluar tak tahu pergi mana hahh yang lain pula tengah berehat kat dalam bilik"

Aku duduk bersebelahan dengannya di sofa ruang tamu itu

"Kau tak rehat ke dulu? Tak penat?"

Dia menggeleng dan kami bermain permainan video sambil memakan snek yang dibelinya tadi

🐻🐻🐻

"Rehatlah dulu"

Badanku terasa sedikit sakit kerana bermain secara berterusan. Haechan memandangku.

"Ok ke belakang badan kau?"

"Rehat kejap dah ok dah ni"

Aku meregang-regangkan semua anggota badanku begitu juga dia

"Kau aktif sukan ke?"

"Setakat ikut lari dengan lompat berpagar tu boleh ah"

"Wahh tak sangka kau ni minat bersukan juga ek"

Aku hanya tersengih ke arahnya dan mendapati seorang perempuan di skrin telefon pintarnya dijadikan sebegai wallpaper

"WOOO SIAPA TUU"

Baru saja aku mahu mengambil telefon pintarnya, dia segera mengambilnya terlebih dahulu dan menjauhkan dariku yang masih tidak berputus asa untuk merampas telefon pintar itu

"EH SIBUK JE, MAK AKU LAH MAK AKU"

"AHH JANGAN TIPU, AKU SEMPAT TENGOK TADI WALAUPUN TAK JELAS SANGAT"

Reality 🦋|| Huang Renjun ✓ [COMPLETE]Where stories live. Discover now