- Bab 21 🦋 -

178 36 0
                                    

"Eh? Kau kan penat baru habis program? Rehatlah dulu"

Aku bukannya mahu menghalaunya tetapi aku risau manalah tahu dia penat sangat

"Takpelah, aku dah sampai sini"

Aku mengeluh

"Kalau macam tu aku hubungi Dreamies nak ajak sekali-"

"Eh tak payah tak payah, dorang penat tu aku tak nak kacau"

"Oh ok lah kalau macam tu"

"Kalau macam tu jom masukkk"

Hyunjae segera menarik tanganku dan tangan Renjun untuk masuk ke dalam

"Eh eh ni rumah aku ek bukannya rumah kau , tak tahu malu betul"

"Hehehehe"

"Eh Hyunjae! Lama tak jumpa!"

Ibuku memeluk Hyunjae, melepaskan rindunya terhadap remaja itu

"Mari sini, berbual dengan makcik"

Aku hanya tersengih apabila ibuku terus menarik Hyunjae ke ruang tamu. Ibu pun dah anggap Hyunjae sebagai anaknya juga

"Awak duduklah dulu, saya nak sediakan makan malam"

"Biar aku tolong"

"Tak apa ke?"

Dia menggeleng sambil tersenyum ke arahku. Setelah dia menolong aku menyediakan makan malam, aku memanggil ibuku dan Hyunjae yang masih rancak berborak di sofa

"Yeona!! Turun makan!"

"Ok kak!"

Aku kembali ke meja makan dan duduk di sebelah Renjun

"Thank you tolong aku hehehe"

Dia tersenyum ke arahku dan tidak lama kemudian, Yeona, ibu dan Hyunjae sudah tiba di meja makan

"Wahh dah lama saya tak makan makanan makcik"

Aku hanya tersengih melihat Hyunjae

"Oh ya, mana yang lain?"

Ibuku melihat Renjun

"Oh kami baru habis program tadi, penat sikit"

"Renjun bagi bekas airpod Eunji tadi tertinggal kat dalam kereta dia, itulah dia pergi sini"

Aku menyampuk perbualan itu.

"Nyeh nyeh nyeh oh macam tu~"

Aku memukul Hyunjae yang menyakatku dan menyebabkan ibuku tertawa

"Hm ibu rindu suasana macam ni bila ada Hyunjae"

Renjun dan Yeona hanya mendiamkan diri

👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨

Selepas saja makan malam tadi, Hyunjae segera pulang kerana ada hal yang penting(kekasihnya mungkin pfft), kemudian Renjun juga mahu pulang kerana penat katanya

Aku menemaninya sehingga di hadapan pintu

"Eunji"

"Ya?"

"Kau dengan Hyunjae tadi pergi mana?"

"Oh! Aku ada tugasan berkumpulan dengan dia jadi aku pergi rumah dia tadi. Kami sekelas, dia murid baru tapi aku dah kenal lama dah dengan dia"

"Oh.. jadi korang kawan biasa je lah kan?"

Aku sedikit terkejut dengan soalan yang diberikannya tadi dan hanya mengangguk kekok

Reality 🦋|| Huang Renjun ✓ [COMPLETE]Where stories live. Discover now