- Bab 4 🦋-

379 67 9
                                    

Eunji pov

"Argh!!"

"Kak Eunji?"

Aku mengelap keringat yang membasahi seluruh badanku.

Jantungku berdegup dengan kencang dan aku cuba mengawal kembali pernafasanku untuk kembali normal.

Yeona menenangkanku daripada mimpi buruk tadi. Aku melirik jam loceng yang berada di tepi katilku.

12.40 p.m

"Dah tengah hari?"

"Adik nak bangunkan kakak tapi dahi kakak panas sangat jadi adik rasa kakak demam, sebab tu adik nak bagi kakak rehat dulu"

Aku memegang dahiku untuk memeriksa suhu badan.

"Hm"

Panas. Sangat panas. Aku tidak tahu bagaimana aku boleh jatuh sakit seperti ini.

"Ibu buatkan bubur untuk kakak. Adik bawakan ya?"

"Tak payah, kakak nak turun bawa"

"Kakak kan sakit-"

Aku memotong kata-katanya lalu berjalan menuju ke bawah, mahu ke dapur melihat ibuku.

"Ibu"

"Eunji!"

Ibu segera mendudukkanku di bangku sofa ruang tamu. Dia memeriksa dahiku.

"Panasnya! Sekejap, ibu ambilkan ubat dengan kain basah"

"Ibu, Eunji tak apa-apalah. Biasalah ni"

"Jangan degil. Rehat sekarang"

Aku akhirnya mengalah dan menuruti sahaja permintaan ibuku. Sebenarnya, aku tidak merasakan kesakitan itu cuma penat sedikit. Barangkali, aku terlalu berjaga sewaktu malam untuk mengulang kaji kerana peperiksaan akan berlangsung sebentar sahaja lagi.

Setelah memberikanku makanan dan ubat-ubatan, ibuku meletakkan kain basah di atas dahiku.

"Ibu"

"Ya?"

"Eunji.."

"Kenapa?"

"Eunji mula ingat kejadian malam tu"

👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨

No one pov

"Eunji demam?" Jaemin sedikit terkejut dengan penyataan Jisung tadi.


"Ya, Seonghwa beritahu aku tadi. Dia kat rumah Eunji sekarang."


"Sekarang?"

"Apa?"

"Seonghwa. Dia kat rumah Eunji?"

Jisung mengangguk-anggukkan kepalanya, menjawab soalan Renjun tadi.

"Kita makan kat tempat lain je malam ni. Kesian dengan ibu Eunji," kata Jaemin simpati lalu mencuba untuk menanyakan keadaan Eunji melalui adiknya.


"Aku nak keluar kejap. Beritahu manager"

"Ok, hyung. Jangan lewat sangat sekejap lagi dah nak mula"

Renjun meninggalkan mereka dengan senyuman yang nipis.

👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨

Reality 🦋|| Huang Renjun ✓ [COMPLETE]Onde histórias criam vida. Descubra agora