- Bab 29 🦋 -

153 27 10
                                    

Eunji pov

'Siapa pula lelaki ni, datang je terus peluk aku'

"Huang... Renjun? Maaf tapi saya memang tak kenal awak"

"Kenapa ni? Apa bising-bising ni?"

Ibu dan Yeona menuju ke arahku.

"Yeona, kawan kau ke?"

Aku memandang ke arah Yeona dan kulihat dia memandang sedih ke arah lelaki tidak kukenali itu yang masih merenungku dengan pandangan tidak percaya

"KIM EUNJI, KAU TAK KENAL AKU KE?!"

Tiba-tiba, lelaki itu cuba untuk memegang kedua-dua bahuku tetapi dapat dihalang oleh Ye Jun

"KAU DAH GILA KE?"

Ye Jun melangkah setapak ke depanku dan mencuba melindungiku manakala Yeona cuba untuk memberhentikan lelaki itu

"Ibu, bawa Eunji masuk dalam"

Yeona pov

"Yeona, jangan tipu aku"

"Aku tak tipu kau lah!"

Aku memandang simpati ke arah Renjun. Dia mengusutkan rambutnya dengan kedua-dua tangannya dan masih berkelakuan seperti tidak mempercayaiku

Selepas saja, ibu dan Ye Jun membawa masuk Eunji ke dalam rumah. Aku memberitahu Renjun untuk bertenang dan mengajaknya minum di kafe berdekatan untuk memberitahu perkara sebenar

"Tak, aku tak percaya"

Dengan sekelip mata saja, lelaki itu boleh menjadi kusut seperti ini. Aku dapat melihat matanya yang berkaca-kaca dan tidak lama lagi akan mengalir

"Renjun..kak Eunji.. amnesia dia datang balik lepas kemalangan dia kat Australia tu"

Akhirnya, dia tidak dapat menahan air matanya lagi dan menundukkan wajahnya di atas meja

Dapatku dengar tangisannya yang penuh dengan keseksaan dan keperitan.

"... dia dah janji dengan aku yang dia akan jaga diri baik-baik kat sana, Yeona.."

Tanpa sedar aku juga turut mengalirkan air mata.

"Dia tipu aku. Eunji tipu aku"

👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨

Eunji pov

"Awak tak apa-apa ke? Dia ada cederakan awak?"

Aku tersenyum nipis ke arah Ye Jun yang masih membimbangkanku

"Saya tak apa-apalah, jangan risau. Thanks sebab dah tolong saya tadi"

Aku melihat ke arah ibuku yang sejak tadi mengelamun sedih

"Ibu? Ibu kenal dia ke?"

Ibuku tersentak sedikit dan memberikanku senyuman nipis

"Takde apa-apalah, jangan risau. Sementara tunggu Yeona, apa kata kita makan kek keju dulu"

Ibuku berlalu pergi menuju ke dapur.

"Renjun.."

"Kenapa?"

"Dia bukan idol tu ke?!"

Aku baru saja teringat perihal itu apabila ternampak poster kumpulan artis idol di dalam bilik tadi

Reality 🦋|| Huang Renjun ✓ [COMPLETE]Where stories live. Discover now