- 𝘺𝘦𝘰𝘯𝘢 𝘱𝘵 2 -

136 32 5
                                    

Yeona pov

"Aku dah nak balik ni, jangan buat benda pelik macam tadi lagi ek"

Dia menemaniku sehingga ke luar pintu

"Eh eh kejap biar aku temankan kau"

"Ish takpe, kau rehatlah aku tahu kau penat. Susahkan kau je"

"Dah nak malam ni, bahayalah perempuan jalan sesorang"

Akhirnya, aku mengikuti saja kemahuannya untuk menemaniku pulang ke rumah

"Sementara tunggu bas datang, mari aku belanja ramen"

Dia menarik tanganku ke kedai berdekatan dan aku mengambil ramen kesukaanku

"Hm sama dengan kau je lah"

Dia mengambil ramen yang sama sepertiku. Dia mengambil air panas untukku sementara aku duduk menunggunya

"Kau akan pindah sekolah ke?"

"Hm? Mestilah tak, takkan aku nak tinggalkan kau kat sini dan menangkan orang tu"

Dan dengan itu tersangkutlah ramen yang aku lahap tadi kat leher aku, dah lah perisa pedas 😌👍🏻

"OHOK OHOK OHOK"

Dia segera memberiku sebotol air. Dia tertawa melihatku

"Kenapa? Kau rindu aku ek tadi aku tak datang sekolah?"

"ISH PERASAN"

"Aku tengah cari kerja sambilan sikit untuk cari duit nak beli keperluan seharian aku"

Pada waktu itu, aku terfikir adakah ayahnya tidak mempedulikan lagi anak lelakinya ini

"Kalau kau ada masalah apa-apa ke, beritahu je aku mana tahu aku boleh tolong"

"Hm sebab ni lah aku tak tahu kau ni sebenarnya suka aku ke tak?"

Dia melihatku lalu mengenyitkan matanya dan tersenyum ke arahku

"Kau nak aku siram kau kuah ramen ni ke? Masih panas lagi"

"HAHAHAHAHA"

Selepas saja kami selesai makan, bas pun sampai dan kami menaiki bersama

Jarak daripada tempat itu hingga ke rumahku tidak lah begitu jauh tetapi kedua-dua mataku terasa sangat berat dan menyebabkanku sedikit lagi terlelap

"Tidurlah, nanti aku kejutkan"

Dia meletakkan kepalaku di bahunya dengan lembut dan aku pun terlena selepas beberapa saat

👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨

"Hm?"

Aku yang baru sedar daripada tidur tadi menggosok-gosokkan mataku dan melihat jam di telefon pintarku

9.27 p.m

"HAHHH?!"

Aku melihat keadaan sekelilingku.

'JAP AKU DAH SAMPAI RUMAH?'

"Hahh dah bangun pun, pergi makan kat bawah"

Aku melihat kak Eunji yang baru sahaja selesai membersihkan mukanya di tandas

'Jap tak silap aku bukan aku kat..'

"Joo Won angkat kau sampai rumah tadi"

"HAH?!"

Reality 🦋|| Huang Renjun ✓ [COMPLETE]Where stories live. Discover now