- 𝘺𝘦𝘰𝘯𝘢 𝘱𝘵 1 -

140 27 4
                                    

Baru saja aku mahu menapakkan kaki ke dalam kelas, aku melihat jikalau dia sudah sampai terlebih dahulu

"Fuhh"

Aku mengeluh lega dan meletakkan begku di kerusi

"Hm? Biasanya Joo Won datang awal kan?"

Sahabat baikku, Areum, meletakkan begnya dan duduk di sebelahku

"Eh? Kalau dia datang nanti macam mana?"

"Tak, tak mungkin"

"Kenapa pula?"

"Kau tak tahu lagi? Sejak pagi tadi aku dengar orang ramai berbual tentang dia yang syarikat ayah dia dah muflis teruk sampaikan ibu dengan ayah dia setiap hari gaduh"

"Biar betul kau ni?"

"Eh takkan lah perkara macam ni aku nak bawa main? Aku pun kesian kat si Joo Won tu dah lah anak sulung. Hahh satu lagi, aku dengar dia lari dari rumah lepas tak tahan ibu dengan ayah dia gaduh teruk"

'Patutlah dia tak jawab mesej aku'

"Aku ada tanya peminat-peminat dia tadi, kau tahulah kan dia tu tak kurang popular juga? Peminat dia cakap dia sekarang tinggal kat rumah sewa kecil"

Aku mula merasa serba salah terhadap perlakuanku dengannya semalam

"Oh ya kau tahu tak mana rumah Joo Won sekarang?"

👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨

Selepas saja pulang daripada sekolah, aku memberitahu ibuku bahawa aku akan keluar dan pulang lewat sedikit daripada biasa.

Mestilah aku nak minta maaf dekat Joo Won sebab aku kasar sangat dengan dia. Aku dah mesej dia tapi sampai sekarang mesej tu tak dibalas

"Eh? Bukan Yeona nak keluar dengan Jaemin? Dia dah tunggu dah kat luar"

"Haah lah! Aduh, macam mana pula boleh lupa ni"

Aku baru saja teringat yang aku sudah berjanji dengan Jaemin pergi ke kedai buku untuk membeli novel terbaharu penulis kesukaanku

"Err, kalau macam tu Yeona jalan dulu ek"

Ibuku tersenyum dan mengangguk ke arahku yang berlalu pergi

Aku melihat Jaemin yang sedang berdiri menungguku di tepi kereta. Dia terus tersenyum manis apabila terlihat kelibatku yang baru saja keluar daripada rumah lalu aku mendekatinya

"Saya pun nak beli novel yang awak nak beli nanti"

"Jaemin pasal tu, boleh tak kita pergi hari lain?"

"Hm? Kenapa?"

"Sebab saya nak pergi rumah kawan. Hmm lebih tepat hal penting"

"Hal penting?"

"Err macam mana ek? Err hah! Hal persahabatan!"

Aku melihat waktu di skrin telefonku

3:10 p.m

Tiba-tiba, aku teringat kata-kata Areum tadi bahawa Joo Won mungkin berkemungkinan akan berpindah ke rumah sewa yang lebih murah dan itu membuatkan aku untuk sukar menemui lelaki itu

"HAH SAYA PERGI DULU"

"YAH YEONA! AKU BOLEH HANTARKAN!"

Reality 🦋|| Huang Renjun ✓ [COMPLETE]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora