- Bab 7 🦋 -

290 54 4
                                    

6 hari lagi sebelum peperiksaan semester 1 akan berlangsung. Aku, Nari dan Jieun selalu buat study group dekat rumah aku. Yeona pun kadangkala menyertai kami.

"Eunji rehatlah dulu"

Ibuku selalu risau denganku yang selalu duduk menghadap buku 24 jam walaupun sepatutnya aku rehat bila balik sekolah huhuhuu.

Aku duduk di sebelah ibuku.

"Terima kasih ibu"

Aku mengambil buah-buahan yang dipotongnya untukku. Aku baru menyedari bahawa adikku tiada di bilik itu.

"Yeona mana?"

"Haechan ajak dia main permainan video dekat rumah dorang"

"Eh? Bukan Yeona pun ada exam ke nanti?"

"Eunji, Yeona pun perlu rehat"

Aku tersenyum pahit ke arah ibuku.

"Ibu, Eunji dengar hutang tuisyen Yeona yang tertunggak selama 3 bulan semalam"

Ibuku tersentak.

"Eunji bukan curi-curi dengar tapi tak sengaja masa tu"

"Jangan risaulah, nanti ibu bayar"

Aku mengerutkan dahiku.

"Tapi ibu, ajar yoga tak cukup untuk bayar tuisyen Yeona tu"

"Eunji jangan risaulah yang penting Eunji cemerlang dalam peperiksaan tu nanti ok? Tapi jangan 24 jam menghadap buku je rehat la sesekali"

Ibuku tersenyum lalu meminta diri untuk pergi ke bawah. Aku segera menghubungi Jieun dan Nari.

"Korang tahu tak kerja kosong?"

"HAH?"

"Kerja kosong"

"JAP JAP WEYH HAECHAN"

"KORANG KAT MANA NI? JIEUN? NARI?"

"WEYH MUSUH TU WEYH"

"NARI??"

"KEJAP NANTI KITORANG CALL BALIK BAII"

Aku mendengus geram. Takkan dorang kat rumah dreamies dengan Yeona kot? Aku mengikat rambutku dan memberitahu ibuku bahawa aku mahu melihat keberadaan Yeona di sana.

Kringgggggg! Kringggggggggg!

...

Anak mata kami bertembung. Sudah tiga hari dia tidak makan bersama-sama kami di rumah itu. Sejak dari peristiwa itu, aku dan dia tidak pernah berhubung sebab siapa je tak marah kalau kau kena ignore je? Bahkan ibuku juga menyuruh aku menjauhkan diri daripadanya.

"Jieun dengan Nari ada?"

...

'DIA BIARKAN AKU BERDIRI JE DEKAT SINI? TAKNAK JEMPUT AKU MASUK KE APE LELAKI NI'

"Eunji? Masuklah"

Jaemin menjemputku masuk selepas beberapa saat Renjun mengabaikanku. Aku apa lagi menyumpah seranah la lelaki tu dah biadab dah lah aku ni tetamu esh!

"Oh, Eunji!"

Nari memelukku. Aku melihat Haechan, Jisung, Jieun dan Yeona sedang bermain permainan video bersama. Chenle, Jaemin, Nari dan Renjun pula cuma melihat mereka berempat bermain.

"Patutlah tak telefon tadi takde siapa yang nak peduli

"Hehehe maaflah. Kenapa?"

Aku menarik tangan Nari untuk berdiri jauh sedikit daripada mereka dan juga Yeona.

Reality 🦋|| Huang Renjun ✓ [COMPLETE]Where stories live. Discover now