- Bab 31 🦋 -

148 25 8
                                    

Yeona pov

"Biar betul lelaki tu kekasih Eunji??"

Aku mengangguk-angguk ke arah mereka berdua dan merenung tajam ke arah lelaki dan kakakku yang sedang tertawa itu. Entah apa saja yang dibualkan oleh mereka berdua

Aku, Jieun dan Nari berada jauh sedikit daripada mereka berdua dan berpura-pura sedang melihat baju-baju di rak pakaian ini

"Renjun? Dia dah tahu tentang ni?"

"Tahu, aku dah beritahu dia hari tu. Aku kesian kat dia. Sepatutnya dia jumpa kak Eunji hari ni kat kafe tapi lelaki tu tiba-tiba datang rumah pagi tadi"

"Aku tak sedap hatilah dengan si Ye Jun tu"

Nari mengerutkan dahinya melihatku dengan pandangan yang risau

"Tu sebabnya kita kena cuba jauhkan dorang dua.."

Aku dan Nari memerhati Jieun yang sedang melangkah menuju ke arah mereka berdua

"Jieun, cantik tak baju ni? Ye Jun pilihkan tadi"

Jieun melihat baju itu dengan terperinci dan membuat gaya ala-ala juri

"Cih! Tak sesuai lah, mari kitorang carikan kau yang lagi anggun, cantik, mempesonakan, menusuk ke hati lagi , hah!"

Jieun mengambil pakaian yang berada di genggaman kak Eunji tadi dan membuangnya kepada Ye Jun

"Eh eh hati-hatilah sikit baju tu mahal-"

"Hah kat sana ada pakaian yang cantik!"

Jieun segera menarik tangan kak Eunji dan meninggalkan Ye Jun yang masih tercegat di situ. Aku dan Nari sudah tergelak terbahak-bahak dengan perlakuan Jieun itu

Zzztt ztttt

Renjun 📞

"Nari, kau pergilah dulu kat dorang dua tu. Aku nak angkat panggilan ni jap"

Nari pov

Aku mengangguk ke arah Yeona dan dia segera beredar daripada situ. Aku melihat-lihat sebentar baju yang ada di situ sebelum aku pergi ke tempat mereka

Tiba-tiba, tangan seseorang menarik tanganku dengan kasar membuatkanku terjerit kecil

"Argh!"

Ye Jun memandangku dengan tajam dan memegang kuat pergelangan tanganku

"Lepas-"

"Jangan masuk campur hubungan aku dengan Eunji"

Akhirnya dia melepaskan genggaman tangannya daripadaku dan beredar dari situ

"Aduh.."

Aku melihat kesan kebiruan di pergelanganku akibat perbuatannya tadi.

'Dia memang dah gila. Aku risaulah dekat Eunji'

"Nari! Marilah sini, tolong carikan baju untuk Eunji juga"

Yeona pov

"Maaflah aku tak tahu yang mamat tu nak bawa kak Eunji jalan pergi mall tadi"

Aku menggigit bawah bibirku, serba salah kerana Renjun terpaksa membersihkan kembali kawasan tasik yang dipenuhi dengan hiasan untuk kak Eunji itu

Reality 🦋|| Huang Renjun ✓ [COMPLETE]Where stories live. Discover now