- Bab 30 🦋 -

167 29 2
                                    

Eunji pov

"Awak nak saya jumpa dengan ibu bapa awak?"

"Ya, lagipun mama saya nak sangat jumpa dengan awak"

Aku terdiam sebentar, berfikir-fikir tentang perkara itu

"Kenapa? Awak tak suka?"

"Eh! Bukan, cuma saya takut mama awak tak suka saya"

Aku memang mahu berjumpa dengan keluarganya juga, cuma perkara itu saja yang aku amat risaukan

Dia tertawa kecil dan aku menjelingnya

"Jangan risaulah, mama saya tak macam tu"

"Yelah tu"

Dia tertawa lagi dan menepuk-nepuk bahagian atas rambutku

"Kenapa tak beritahu saya daritadi? Kalau tak, boleh awak pilihkan baju kat mall tadi untuk saya pakai esok"

Dia segera mencubit kedua-dua belah pipiku membuatkan aku mengerut sedikit

"Saya dah cakapkan, awak pakai apapun tetap cantik"

"Itu awak kata, tapi macam mana kalau mama awak-"

"Kalau awak tak jumpa mama dengan papa saya, macam mana saya nak lamar awak nanti?"

Kata-katanya tadi membuatkan bibirku tertutup

"Apa awak-"

"Selamat malam~ Dahlah masuk, tidur"

Aku mencebik dan masuk ke dalam rumah setelah melambai ke arahnya

'Lamar aku? Atau aku tersalah dengar tadi?'

Sebaik saja aku masuk ke dalam bilik, kudapati Yeona sudah terlena di katil sambil memeluk sesuatu.

Aku mendekatinya dan melihat gambar polaroid kami berdua di taman tema. Aku melihat disebalik polaroid itu dan mendapati sesuatu tarikh dibelakangnya

'Masa ni aku 17 tahun lagi ya?'

Aku meneliti orang yang ada dalam gambar polaroid tersebut

"Hm?"

Walaupun semua lelaki itu memakai pelindung muka tetapi aku amat kenali salah satu daripada mereka

"Renjun?"

Aku kembali teringat kejadian di mall tadi semasa aku memberinya nombor telefonku

Aku tersentak apabila melihat wallpaper skrin hadapan telefonnya iaitu gambarku semasa sekolah menengah

'Kalau betullah aku kenal dia, kenapa aku tak boleh ingat?'

Ye Jun pov

Selepas saja menghantar Eunji tadi aku segera mengambil buku diari itu

'Sikit lagi dia nak buka'

Sebelum dia keluar daripada kereta tadi, dia mengambil buku itu dan hampir membaca isi kandungannya. Aku segera mengambil daripadanya dan memberitahu buku itu hanya buku diari persendirian milikku saja

Aku keluar daripada perut kereta dan segera menuju ke arah belakang rumah banglo itu iaitu taman bunga persendirian. Aku mengambil sekotak mancis di kabinet dapur terlebih dahulu

'Kau ingat aku tak nampak ke kau jumpa Eunji tadi?'

Aku secara senyap memerhati perbualan mereka selepas keluar daripada tandas tadi.

'Aku kena jauhkan dorang, tapi pertama sekali aku kena padam nombor dia kat dalam telefon Eunji'

Sebelum aku membakar buku diari tersebut, aku mengoyakkan setiap halaman di dalam buku itu.

Reality 🦋|| Huang Renjun ✓ [COMPLETE]Where stories live. Discover now