- 𝘺𝘦𝘰𝘯𝘢 𝘱𝘵 3 -

143 28 0
                                    

➪ 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑟𝑙𝑎ℎ 𝑙𝑎𝑔𝑢 𝑎𝑡𝑎𝑠 𝑡𝑢 𝑠𝑎𝑚𝑏𝑖𝑙 𝑏𝑎𝑐𝑎 ℎ𝑒ℎ𝑒ℎ𝑒ℎ𝑒ℎ𝑒 | (• ◡•)|♥︎

☝︎☼︎☼︎☼︎☝︎

Yeona pov

"Dia ikut aku"

"Yeona nak ikut aku lah"

Ok aku dah tak tahu apa nak jadi sekarang, tangan kiriku di pegang oleh Joo Won manakala tangan kananku pula dipegang oleh Jaemin

"Joo Won aku ikut Jaemin"

Aku melepaskan pegangan tangan Joo Won dan berdiri di sebelah Jaemin

"Aku tak nak susahkan kau pulang hantar aku balik lagipun rumah kita jauh sangat. Jumpa esok! Jangan buat perkara bodoh macam kelmarin kalau tak aku cincang-cincang badan kau nanti"

Aku memberi amaran kepadanya sebelum memasuki ruangan kereta bersama dengan Jaemin

👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨

Aku melihat dia yang daritadi mendiamkan diri

"Awak masih marah saya lagi ke?"

...

"Hm"

Tiba-tiba, dia mengambil tanganku menggunakan sebelah tangan kirinya kerana tangan kanannya lagi mengawal stereng kereta

"Siapa lelaki tu?"

"Awak tak marah lagi dengan saya?"

Aku bertanya sekali lagi sebelum menjawab pertanyaannya itu. Dia menggeleng menyebabkan aku tersenyum manis kerana dia tidak marah lagi tentang kejadian semalam

"Dia kawan saya tablemate, sekelas"

"TABLEMATE?!"

"YAH BAWA KERETA BAIK-BAIKLAH!"

Hampir saja kereta itu berhenti di tengah-tengah jalan raya

"Kenapa awak tak duduk sebelah Areum? Awak tak beritahu saya pun yang tablemate awak lelaki"

"Aik? Tu pun saya kena beritahu ke? Lagipun, kedudukan tempat duduk kitorang kat kelas cikgu yang berikan"

"Kenapa awak pergi rumah dia semalam?"

"Macam mana awak tahu saya pergi rumah dia?"

"Dah dia dah dukung awak balik, jadi siapa lagi?"

'Ye tak ye juga aduh apalah kau ni Yeona'

"Kan saya dah cakap masalah persahabatan"

"Apa-apa pun saya tak suka awak dekat sangat dengan lelaki tu"

'Aku memang tak nak dekat sangat dengan dia tapi aku kesian dengan apa yang berlaku terhadap keluarga dia sekarang'

"Alah, dia baiklah lagipun dia tak banyak kawan sangat disebabkan situasi keluarga dia sekarang"

Aku melihat dia yang masih berdiam diri memikir-mikirkan sesuatu

"Awak tahukan kawan rapat pun boleh lupakan kita bila sesuatu terjadi. Lepas tu, kelmarin nasib baik saya datang rumah dia tau! Sikit lagi nak gantung diri sendiri"

Reality 🦋|| Huang Renjun ✓ [COMPLETE]Where stories live. Discover now