5🌸

95 41 6
                                    

Tok

Tok

Tok

"Mah! Buka pintu rumah! Siapalah yang ketuk macam nak roboh je pintu tu?"

Kepalanya digeleng. Pagi-pagi dah ada tetamu yang datang. Pintu rumah agam itu segera dibuka oleh Mak Mah. Wajah sembap seseorang terpampan di depan muka pintu rumahnya.

"Amy! Amy, apa dah jadi ni?" Tergesa-gesa wanita itu lari mendapatkan Amelia.

Segera tubuh ramping itu didakap. Jawapan masih tidak terjawab. Hanya sedu-sedan sahaja kedengaran.

"Hey. Hey. Amelia Farhana. Kenapa menangis ni? Siapa buat Amy macam ni?" soal Datin Maryam.

Kulit pipi Amelia disentuh.

"Auch!"

Terkejut Datin Maryam tatkala dia ternampak lebam kebiru-biruan pada wajah cantik milik Amelia.

"Astaghfirullah... Macam mana boleh jadi lebam ni?" tanya Datin Maryam.

"Muaz..."

"Muaz? Amy, bagitahu aunty. Dia buat apa sampai macam ni?" Risau Datin Maryam dibuatnya. Sudahlah dua-dua orang ini dia sayang.

"Dia tampar Amy, aunty," jawab Amelia. Jari-jemarinya tidak henti mengelap air matanya.

"Ya Allah... Kenapa sampai tampar dibuatnya? Hey... Budak ni memang nak kena. Patutlah semalam cuak aje balik," kata Datin Maryam geram. Pinggangnya dicekak.

"Tak apalah, aunty... Sikit je ni. Lagipun, Amy dah tuam dengan ais. Esok-esok sihatlah balik. Hmm... Amy pun tak sangka Muaz dah berubah. Dia sebenarnya... Dah ada perempuan lain, aunty..." Teresak-esak Amelia menangis.

"What? Perempuan lain? No. No. No. Muaz ni memang nak kena. Cari perempuan tanpa pengetahuan aunty!" kata Datin Maryam dengan nada marah.

"Aunty, Amy takut... Muaz tu dah salah pilih perempuan yang betul. Perempuan tu kan, aunty... Mata duitan. Amy takutlah... Nanti harta keturunan keluarga aunty kena kikis dengan perempuan murah tu. Amy datang sini dengan niat baik tau. Amy nak selamatkan Muaz dari kena tertipu. Tapi tak sangkalah Muaz berpihak pada yang salah," terang Amelia.

Bibirnya dicebikkan sedih. Wajah wanita di depannya sudah risau. Takut pula kalau duit mereka sekeluarga dikikis oleh perempuan pilihan Muaz. Apabila Datin Maryam sudah mengalihkan pandangannya yang kecewa, Amelia mengoyak senyuman yang penuh makna.

'Haih... Bodoh betul perempuan tua ni. Perempuan yang nak kikis duit kau tu... Bukan perempuan tak guna tu, tapi aku! Aku sukakan Muaz dari dulu lagi. Bila aku tahu dia orang berada, lagilah aku sayang. Tak apa, Amy... Tak apa... Aku akan hasut perempuan ni untuk paksa Muaz kahwin dengan aku. Padan muka kau, Nabila!'

Tangan Datin Maryam dipegang.

"Amy kesian dekat aunty tau. Nanti aunty terpaksa terima perempuan tu sebagai menantu. Amy sayang tau dekat aunty. Kalau aunty nak tahu kan, Amy rasa dia mesti tak bagi Muaz balik rumah aunty ni bila dia orang dah berkahwin. Hmm... Kesian aunty, terpaksa menahan rindu anak kan," ujar Amelia dengan riak wajah yang sedih.

Melihat muka Datin Maryam yang murung itu membuatkan senyumannya melebar.

"Tapi, kalau Muaz kahwin dengan Amy, aunty dah kenal perangai Amy macam mana... Aunty dah kenal favourite food Amy. Jadi, aunty taklah risau sangat. And... Amy akan pastikan yang kita orang akan sentiasa balik rumah ni." Sambung Amelia lagi.

"Ya... Aunty kenal Amy macam mana. Itulah aunty nak sangat Muaz tu berkahwin dengan Amy. Susah tau nak dapat perempuan yang setia dan sebaik Amy tau. Kalau perempuan tu, huh. Mesti perangai tak semenggah. Nasib baik Amy bagitahu aunty awal-awal. Bolehlah aunty tegur Muaz supaya hati-hati dengan perempuan tu," kata Datin Maryam.

Hati-Hati, Sayang Where stories live. Discover now