2🌸

145 48 47
                                    

"Aunty!"

Seorang perempuan yang memakai pakaian singkat sehingga melekap pada tubuhnya yang ramping itu menghampiri seseorang lalu dipeluk kegembiraan.

"Oh my god! Amy!" jerit Datin Maryam lalu membalas pelukan dari perempuan muda yang dirinduinya selama ini.

"Aunty... I miss you so much," ucap Amelia lalu menghenyakkan punggungnya di sebelah wanita tua itu. Bahu wanita itu dipeluk dengan penuh kerinduan.

"Aunty pun rindu Amy," balas Datin Maryam. Mereka berlaga pipi. Pipi gebu milik Amelia dicium dengan penuh kasih sayang.

"Kenapa balik Malaysia tak bagitahu aunty? Aunty boleh suruh anak aunty jemput dekat airport," tanya Datin Maryam.

"Aunty ni... Amy tak nak susahkan sesiapa pun. Lagi-lagi anak aunty tu. Mesti dia ada kerja banyak dekat ofis. No need to worry about me, aunty," ujar Amelia. Dia memandang sekeliling rumah yang luas itu.

"Cari apa? Muaz?" duga Datin Maryam.

Sebaik sahaja mendengar nama itu, kepalanya mengangguk seperti burung belatuk. Masih segar nama itu di fikirannya. Muaz Hakimie.

"Oh... Muaz tu ada meeting penting katanya. Aunty pelik juga bila Muaz cakap macam tu, sebab ayah dia kata tak ada yang emergency sangat hari ni. Pelik betul. Awal-awal pagi dah keluar rumah. Breakfast yang aunty sendiri buat pun tak jamah langsung, Amy. Aunty risau... Takut dia sakit pula sebab tak makan," ujar Datin Maryam risau.

"Muaz tak breakfast? Eee... Dia ni... Kesian aunty tau sebab risaukan dia. Hmm... Takpe aunty. Tahulah dia tu nak breakfast dekat luar," pujuk Amelia.

"Amy... Dia mana pernah breakfast dekat luar. Selalu ada je dia teman aunty," beritahu Datin Maryam.

"Aunty, it's okay. Nanti Amy pergi ofis dia, Amy marah dia tau. Eee... Siapa suruh buat aunty risau kan?" pujuk Amelia lagi. Kepalanya dilentok pada bahu wanita itu.

"Eh. Amy, tak apalah... Aunty tak nak susahkan Amy. Ni Amy balik dari Australia terus datang rumah aunty ke?" soal Datin Maryam.

"Ya, aunty... Amy rindu sangat dekat aunty, uncle, nenda. Kalau boleh, Amy nak je jadi sebahagian daripada keluarga aunty. So, rindu Amy ni terubatlah sikit," kata Amelia dengan penuh makna yang tersirat. Lengan wanita di sebelahnya dipeluk erat.

"Iya ke ni rindu aunty, uncle dengan nenda je? Bukan sebab rindu anak sulung aunty tu ke?" usik Datin Maryam. Rambut hitam gadis itu diusap. Dia tahu, gadis ini sukakan anaknya. Kalau diikutkan memang dia mahu bermenantukan Amelia dengan anaknya, tetapi anaknya seperti tidak suka sahaja jika dia bertanya tentang gadis ini.

"Emm... Sikit je rindukan dia. Tapi, Amy rindu dekat aunty banyak... Sangat!" Pelukan wanita itu dieeratkan lagi. Datin Maryam tergelak kecil.

"Iya-iya aje Amy ni. Eh. Lupa pula aunty nak tanya pasal mak saudara Amy tu. Mama Aminah macam mana? Amy dah jenguk?" tanya Datin Maryam.

"Belum lagi, aunty. Nanti Amy balik rumah dia. Rindu dia tau..." Amelia merengek.

"Aunty tahu Amy memang manja dengan mama Aminah tu. Nanti Amy balik ya."

Hati-Hati, Sayang Donde viven las historias. Descúbrelo ahora