15🌸

104 11 1
                                    

Songkok hitam yang terletak elok di atas kepalanya dibuka lalu diletakkan di atas meja. Pantulan cermin di hadapannya direnung. Kata-kata yang dikatakan emaknya minggu lepas jelas di fikirannya.

Betul ke Amelia pulang ke kampung? Rindu? Memang sudah banyak kali perkataan itu muncul di fikirannya. Cuma tidak kesampaian untuk merealisasikan sahaja.

"Mak ada jumpa Amelia dekat kedai runcit Pak Akob tadi. Kamu nak tahu, Im. Amelia cantik sangat. Lain betul dia sekarang dengan dulu. Dulu comot je memanjang. Berkepit pula dengan si Nabila tu. Sekarang dah cantik. Cuma, dia tak berapa nak kenal mak je. Bila sebut nama Im je, terus tahu nama mak. Entah-entah dia ada hati juga dekat Im."

Kepalanya menggeleng perlahan. Haih... Amelia nak ada hati padanya? Bibirnya tergelak kecil. Mustahillah... Perempuan itu tidak akan pandang lelaki sepertinya. Lagi-lagi cintanya pernah ditolak oleh perempuan itu suatu ketika dahulu.

Nafasnya dihela perlahan. Tipulah jika dia menafikan bahawa dia sudah tiada perasaan lagi pada Amelia. Tipu juga jika dia tidak langsung terasa dengan tindakan gadis itu dulu. Perasaan suka itu hanya dibiarkan sahaja terpendam lama di lubuk hati sehingga kini. Bukan dia tidak cuba untuk melupakan gadis itu, sudah banyak kali dia cuba untuk mencari perempuan lain. Tapi inilah hatinya, jika sekali sudah terpaut suka, susah baginya untuk hilangkan perasaan itu.

Ting!

Notifikasi yang berdenting membuatkan dia tersentak seketika. Dia tahu... Mesej ini tidak lain dan tidak bukan dari Hazwani ni. Kawannya yang jujur menerima dirinya seadanya sebagai kawan baik. Walaupun sudah bertahun-tahun tidak bersemuka, Hazwani masih sama. Cuma sekarang Hazwani sudah mempunyai seorang secret admire. Tetapi perempuan itu tak langsung memandang lelaki itu. Atau lebih tepat... Malas untuk ambil tahu tentang kehadiran lelaki itu.

Telefon yang berada di atas meja diambil. Sempat dia melirik pada bateri telefonnya. 5%? Lupa pula dia mahu mengecas telefon ini sewaktu dia keluar ke masjid tadi. Dia merungut perlahan.

Mesej dari kawan perempuannya dibaca. Tanpa disedari, bibirnya perlahan-lahan mengoyak senyuman.

Hazwani : Im, disebabkan esok kau nak balik ke KL, jomlah jumpa dulu pagi esok. Memanglah dalam seminggu ni, tiap-tiap hari aku jumpa kau... Tapi, jarang tahu tak kau nak balik kampung. Kang rindu pula aku dengan kawan aku yang seorang ni.

Zahim menggeleng kepala. Ada-ada sahaja kawannya ini. Nak rindu pun tak tahu nak tapis. Ingatkan bila dah besar, matang ke... Malu ke mahu berkawan dengan lelaki sepertinya. Tetapi lain pula yang jadi. Perempuan itu tetap sama. Cuma sekarang sudah tahu batas antara mereka sahaja. Kalau tidak, habis bahunya yang asyik ditampar kasar oleh Hazwani.

Jarinya pantas menaip sesuatu. Pastilah dia akan berjumpa dahulu dengan Hazwani sebelum dia bertolak ke Kuala Lumpur.

Zahim : Okey. Esok aku sendiri akan datang rumah kau ya.

Butang 'send' ditekan. Matanya ditutup. Bukan boleh Hazwani ni... Degil! Dia nak datang ke rumah mak ayah gadis itu, tapi lain pula yang jadi. Gadis itu pula yang secara tiba-tiba sudah terpacak depan rumahnya. Entah apalah yang mahu dilihat oleh gadis itu pun dia tidak tahu.

Skrin telefon dipandang lagi. Kelihatan Hazwani sedang menaip sesuatu.

Hazwani : Emm... Okey! Dahlah. Tidur! Mimpi aku yang kacak ni tau. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Good night!

Keningnya sudah mula terjongket. Hairan. Buang yang keruh, ambil yang jernih? Baru sahaja dia mahu membalas mesej Hazwani, skrin telefonnya sepenuhnya terpadam.

Zahim berdecit. Kong pula telefon ni! Sehari tidak dicas, inilah padahnya. Terus dia menuju ke meja yang menjadi tempat kebiasaan mengecas telefon. Pintu bilik yang berdekatan dengannya dibuka. Kosong. Gelap. Pasti emaknya sudah lama tidur lena. Tubuhnya bergerak keluar dari bilik.

Hai finito le parti pubblicate.

⏰ Ultimo aggiornamento: Feb 28, 2021 ⏰

Aggiungi questa storia alla tua Biblioteca per ricevere una notifica quando verrà pubblicata la prossima parte!

Hati-Hati, Sayang Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora