3🌸

103 41 14
                                    

Kring!

Bunyi jam locengnya akhirnya sudah berhenti memekik. Siapa yang tutupkan? Bantal panjang itu dipeluk. Lantaklah siapa pun yang tutup...

Baru sahaja dia mahu menyambung tidur lenanya dan mimpi tentang hari kebahagiaannya bersama lelaki idamannya...

"Auch!"

Terbuntang luas matanya. Siapa yang berani mengganggu tidur lenanya itu? Dalam banyak-banyak bahagian yang boleh dipukul dengan bantal panjang, kenapa punggungnya juga? Segera dia duduk dari pembaringannya.

Kelihatan seorang perempuan yang berdiri di depan katilnya bersama bantal panjang sedang merenungnya tidak puas hati. Dengan keadaan yang mamai itu, dia tidak sedar apa yang diucapkannya.

"Kau..."

Seperti orang yang sedang mabuk pula apabila dia meluruskan jari telunjuknya pada perempuan itu dengan kepalanya yang sedang dibuai mimpi yang indah tadi.

"Kau... Tak layak untuk Muaz... Aku je!" jeritnya lalu dihenyak kepalanya pada bantal. Dengkuran halus semakin kuat kedengaran.

"Woi, Amy! Bangun!"

Haish! Tadi dia nampak Muaz dalam mimpinya, boleh pula minah ni pukul tubuhnya bertubi-tubi!

"Hey! Kau nak apa? Tolonglah... Keluarlah... Mimpi aku tak habis lagi ni," rungut Amelia. Kepalanya digaru gatal.

"Eh, kau... Semalam kata nak shopping dengan aku! Tapi, dah pukul 11 ni... Kenapa mimpi kau panjang sangat?" Geram pula dia dengan perangai Amelia yang masih dalam lenanya.

"Hmm..." Amelia membalas malas. Bantal panjang yang berada di dalam pelukannya dicium bertalu-talu.

"Ya Allah... Amy! Sudah-sudahlah kau mimpi lelaki tu... Sekarang ni, cepat mandi. Nak pergi shopping ke tak ni?" Rasa mahu dicekik-cekik sahaja sepupunya itu supaya dapat bangun dari tidur itu.

"Ha? Ha... Pergi ambil troli. Aku tunggu sini." Kakinya lantas memeluk bantal panjang.

Berkerut dahi Amirah. Troli? Shopping mall pun mereka tidak sampai lagi, nak cakap pasal troli. Ada yang nak kena applause dahi tu kang!

"Astaghfirullah... Amy... Amy... Entah-entah subuh pun kau tak solat lagi. Bangunlah..." Kali ini tangannya mula menggoncang tubuh sepupunya. Sudah seminggu Amelia pulang ke Malaysia, tetapi sikap masih tidak berubah.

"Hmm... Jangan kau nak belagak alim depan aku. Pergi-pergi! Aku akan pastikan Muaz hanya milik aku seorang sahaja..." ujar Amelia dalam keadaan tidak sedar.

"Eee... Kau ni kan! Tak habis-habis Muaz. Muaz. Muaz. Ingat dia nak pandang perempuan macam kau ni? Kalau aku jadi dia, sebelah mata pun aku tak pandang kau. Dahlah pukul 11 tak tahu nak bangun lagi. Solat subuh pun tak ambil kisah. Pemalas! Sekadar kau nak ambil hati Datin tu... Kau rasa dah cukuplah kau nak dapat si Muaz tu? Tapi, kau kena ingat... Kalau kau dapat Muaz, hati dia kau tak boleh dapat. Lagi-lagi kalau perangai macam kau. Tak matang!" bebel Amirah. Geram pula dia dengan Amelia.

"Argh! Kau ni... Kau dah buat pagi aku tak happy tau tak? Eee... Keluarlah kau. Aku nak mandi." Bantalnya dipukul pada Amirah supaya keluar. Boleh bernanah telinganya mendengar bebelan yang berbaur sindiran itu.

"Baru tahu nak mandi. Kalau Muaz tahu ni... Ish... Ish... Ish..." Amirah menggeleng kepala.

"Hey... Dia tak kisahlah aku ni macam mana pun. Asalkan aku ni lawa." Amelia lantas duduk tegak di atas katil lalu dia menggeliat kecil.

"Perasan lawa... Huh. Aku tunggu dekat bawah. Aku bagi setengah jam je!" Ujar Amirah sambil kakinya melangkah keluar dari bilik.

Mulut Amelia menguap besar. Bising aje lebih perempuan tu! Ingat dia kisah ke dia diberi masa setengah jam ke apa, asalkan dia segak bergaya. Kakinya lantas menuruni katil.

Hati-Hati, Sayang Where stories live. Discover now