1🌸

371 61 36
                                    

KERETA Mercedes Benz miliknya sudah terpakir elok di hadapan rumah teman wanitanya. Pintu kereta dibuka lalu dia melangkah keluar. Tubuhnya disandar pada keretanya dengan memeluk tubuh. Segak betul dia dengan gaya sebegitu. Macam tak sesuai sahaja dirinya dengan kawasan perumahan setingkat yang biasa-biasa seperti ini.

Retina matanya melihat seseorang yang keluar dari rumah di hadapannya dengan menyarung kasut wedges. Bibirnya mengukir senyuman yang manis buat perempuan idamannya. Perempuan itulah yang berjaya memikat hatinya. Tak pernah lagi mana-mana perempuan menambat hatinya sebegini.

Perempuan itu membalas senyumannya. Cukup manis sekali. Senyuman itulah yang membuatkan dia terangau seorang diri. Sopan sahaja pemakaian teman wanitanya itu. Simple but nice! Tudung yang menutupi aurat perempuan itu dari mata-mata lelaki menyejukkan matanya. Tak sabar dia mahu masuk meminang.

"Lama tunggu ke, awak?" Suara lembut perempuan itu menyapa gegendang telinganya.

"Saya baru sampai, Bella. Saya tahu awak tak akan buat saya tertunggu-tunggu. Kalau awak lambat pun, saya sanggup tunggu," ujarnya dengan penuh romantis. Perempuan di hadapannya menunduk malu.

Bukan mereka baru sahaja bercinta, tetapi sudah masuk 3 tahun, perempuan ini masih dengan sifat pemalunya. Inilah yang membuatkan dirinya lebih menyayangi perempuan itu. Dia akan pastikan perempuan yang bernama Nabila ini menjadi miliknya yang sah suatu hari nanti. Itu tekadnya.

"Jom. Harini saya nak ajak dating dekat tempat special pula."

"Awak ni... Hari-hari tau awak cakap nak bawa tempat special..." kata Nabila. Muaz mengangkat keningnya.

"Why, Bella? Tempat yang saya cakap special tu, tak special ke?" soalnya gelisah. Dia mahu membuatkan Nabila sahaja perempuan yang teristimewa sekali di dalam hatinya.

"Taklah, awak... Cuma, saya tak nak awak bazirkan duit awak pada saya. Awak sayang saya seikhlas hati pun dah cukup bagi saya," jawab Nabila. Anak mata mereka bertembung. Suka dia melihat anak mata milik teman lelakinya yang berwarna hazel itu. Terlalu tampan! Sesiapa sahaja yang pandang, pasti akan cair juga.

Muaz tersenyum mendengar jawapan dari perempuan kesayangannya itu. Dia tahu Nabila tak pernah menyusahkan dirinya. Dia tahu Nabila tak perlukan duit yang dia ada. Tetapi dia mahu perempuan itu tahu yang dia satu-satunya perempuan yang teristimewa buatnya.

"Okey. For today, I promise you... Saya tak akan bazirkan duit saya. Tapi, tempat yang kita nak pergi itu masih special. Okey?" tanya Muaz. Nabila mengemam bibirnya.

"Okey... Tapi, kita balik awal boleh? Saya ada banyak kerja dekat ofis esok," beritahu Nabila.

"As you wish."

Pintu kereta dibuka untuk Nabila. Perempuan itu sekadar membalas dengan senyuman. Muaz melayannya seperti permaisuri sahaja. Sudah puas dia menghalang Muaz dari melayannya seperti ini, tetapi lelaki itu tetap dengan perubatan nakalnya. Dalam masa yang sama juga dia selesa dengan layanan istimewa lelaki itu. Dia rasa disayangi sepenuh hati.

Sebaik sahaja kereta itu mula meluncur laju ke destinasi, Muaz sengaja mahu menguji teman wanitanya.

"Bella..."

Nabila menoleh memandang lelaki itu. Bahagian sisi maskulin itu membuatkan dirinya berasa malu. Malu apabila dia menyedari sekarang dia dalam alam percintaan bersama lelaki yang jauh terbaik darinya. Dia sedar siapa dirinya sekarang ini... Dia hanyalah perempuan biasa yang pemalu dan memang dikenali sebagai perempuan kampung. Lain pula dengan lelaki di sebelahnya. Kaya, kacak, baik, pandai, memang cukup pakej untuk menjadi lelaki igauan wanita.

Hati-Hati, Sayang Où les histoires vivent. Découvrez maintenant