6🌸

87 38 16
                                    

PINTU kaca dibuka. Dia memberikan senyuman kepada sepupunya. Senyumannya dibalas mesra.

"Mari masuk, Amani." Mesra Amirah mengajak sepupunya untuk masuk ke dalam butik itu.

Amani tersenyum lagi. Kasutnya ditanggalkan. Butik ini memang perlu ditanggalkan kasut dahulu sebelum masuk.

"Terima kasih, Kak Mirah."

"Kakak Amani ada dalam tu. Tengah broken. Pandai-pandailah Amani kawal dia. Kak Mirah ada kerja sikit nak layan customer," beritahu Amirah.

Hanya anak matanya sahaja menghantar pemergian Amirah berlalu menghampiri pelanggannya. Pandangannya dikalih pada Amelia yang sedang menayangkan wajah muramnya membuatkan dirinya tertanya-tanya. Apa yang telah mengganggu fikiran kakaknya sekarang ini?

"Kakak..."

Kedengaran nafas berat dilepaskan oleh Amelia. Dia tahu pasti kakaknya tidak suka akan kehadirannya di sini. Dia juga kalau boleh, dia tidak mahu menjejakkan kaki ke bandar maju sebegini. Dia mahu tenang sahaja di kampung. Tetapi disebabkan hajat emaknya, terpaksalah dia turutkan.

"Kakak..." Amani memanggil lagi.

"Kau buat apa datang sini?" tanya Amelia dengan nada marah.

Tak suka betul adiknya mendekatinya. Mereka berdua teramat ketara bezanya. Adiknya tak ubah seperti perempuan kampung. Manakala dia seperti perempuan model. Urgh! Kalau boleh dia mahu sahaja menghalau adiknya dari tempat ini, namun disebabkan pelanggan ramai yang datang, terpaksalah dia melayan.

"Adik nak sampaikan hajat mak. Dia rindu sangat dekat kakak. Dia nak kakak balik melawat dia dekat kampung," beritahu Amani.

"Boleh je kan kau call aku. Yang kau terhegeh-hegeh datang KL kenapa? Tak malu ke ha? Dengan pakaian selekeh kampung ni, kau tak layak tau datang sini!" herdik Amelia dengan selamba. Rambut panjangnya dikuak.

Bola matanya sedari tadi memandang adiknya atas bawah dengan tidak puas hati. Kolot betul pakaian adiknya! Tiada langsung taste orang bandar. Ada hati nak datang ke sini.

"Bukan adik tak call. Adik call. Adik tahu kakak balik Malaysia baru-baru ni. Jadi, adik ambil kesempatan untuk call kakak. Tapi kakak sengaja matikan telefon kakak. Adik penatlah, kak. Itulah adik datang terus ke sini. Nak cari kakak," terang Amani.

Tudung bawalnya sudah mula menampakkan peluhannya. Dia hanya menaiki bas dari kampung ke Kuala Lumpur. Apabila mahu mencari tempat kerja kakaknya, dia hanya berjalan kaki sementara duitnya hanya tinggal sedikit sahaja.

"Aduh... Kau ni. Buat malu aku jelah! Kau cuba bandingkan diri kau dengan aku. Tahu tak kita ni beza sangat. Hish! Malu aku. Ha. Macam mana kau boleh tahu alamat tempat kerja aku ni?" soal Amelia.

Matanya hanya memandang adiknya yang masih berdiri tegak di hadapannya. Langsung tiada perasaan simpati atas adiknya.

"Kak Mirah bagitahu, kak."

Amelia mengetap bibir. Sudah agak bahawa Amirah yang beritahu si Amani ini!

"So, kau datang sini cuma nak cakap perempuan gila tu rindukan aku jelah? Hey, budak. Dengar sini eh... Kau bagitahu perempuan tua tu, aku tak rindukan dia langsung! Aku tak mengaku dia mak aku. Perempuan gila macam perempuan tu tak layak jadi mak aku. Lagipun kan, dik... Kau pernah dengar kan apa yang perempuan gila tu pernah cakap dekat aku?"

Anak matanya betul-betul menikam anak mata adiknya. Amani gerun dengan sikap kakaknya. Kakaknya bukan bersikap begini. Amelia seorang kakak yang penyayang. Namun hanya satu kejadian yang berlaku, kakaknya sudah mula membenci hidup mereka yang miskin dan susah.

Hati-Hati, Sayang Where stories live. Discover now