9🌸

84 36 4
                                    

LAGU yang bersiaran di corong radio kereta dipasang kuat. Dia mengikut sekali bernyanyi mengikut rentak lagu itu. Lebuh raya yang luas itu membuatkan dia tenang memandu tanpa kesesakan lalu lintas.

Helaan nafas dilepaskan. Akhirnya dia dapat juga berambus dari kampungnya. Masih segar lagi perbualan antara dia dan Amani malam semalam.

"Kakak..."

Amelia yang sedang ralit memandang telefon mengangkat wajahnya. Keningnya dijongket.

"Boleh adik masuk? Adik nak cakap sikit," beritahu Amani.

Dia dengar kakaknya berdecit kuat. Tahu bahawa kakaknya tidak suka dengan dirinya. Mereka terlalu berbeza.

"Masuklah..." Suara Amelia seperti nak tak nak sahaja menyuruh adiknya masuk.

Amani hanya melangkah masuk ke dalam bilik kakaknya. Bilik ini sebenarnya meninggalkan banyak memori antara dia dan kakaknya di mana mereka berdua akan meluahkan perasaan masing-masing bersama, mengadu jika emak mengamuk dan bergelak tawa. Tetapi sekarang kakaknya sudah tidak sudi untuk berada di dalam bilik bersama.

"Kau nak apa?" Kasar Amelia menyoal.

"Emm... Kenapa kakak berkasar dengan mak tadi? Kesian mak..." Amani bersuara.

Amelia mencebik meluat. Adiknya yang berdiri di sebelah katil yang dibaringnya itu dipandang sinis.

"Kau masih nak kesian dekat perempuan jahat macam tu?"

"Dia kan mak kita..."

"Bukan mak aku!"

Amani sedikit sebak mendengar apa yang dikatakan kakaknya.

"Kak, memang mak kurang baik dulu. Tapi dia seorang mak. Dia mesti nakkan yang terbaik untuk anak-anak dia. Lagipun, kita kena sayangkan mak walaupun dia jahat. Sebab dia yang lahirkan kita, jagakan kita sampai besar..."

Amelia pantas memotong.

"What? Dia jaga aku sampai besar? Tch. Mama Aminah yang jaga aku! Dia nak kutip kau, kau tak nak. Padanlah muka kau tu. Jadilah kuli perempuan gila tu," sindir Amelia.

"Tak baik cakap macam tu, kak..."

"Habis. Kau baik sangatlah jaga perempuan tak betul tu? Anak mithalilah konon... Entah-entah kau terpaksa jaga dia sebab kau nak simpati dari aku? Jadi, hidup kau dengan perempuan gila tu bahagialah atas duit aku," kutuk Amelia.

"Tak, kak... Adik betul-betul tak terfikir langsung nak buat macam tu. Adik sayang mak. Mak pun mesti sayang kakak. Dia cuma terlepas cakap aje dulu benda yang tak baik untuk kakak. Hmm... Biasalah kalau orang marah memang akan terhambur sikit marah tu." Amani cuba untuk memperbaikkan keadaan.

"Hey. Perempuan tua tu memang tak suka aku hidup tenang! Ada je yang tak puas hati. Huh. Padanlah gila macam tu. Dulu dia hebohkan pasal aku dekat satu kampung perangai aku yang pemalas ni. Ingat dia tu rajin sangatlah tu. Tak habis-habis nak cari salah aku. Salah dia depan mata tak nampak pula!" bidas Amelia. Bola matanya kembali memandang skrin telefon.

"Eh, dik. Kau asyik-asyik bela dia. Kalau kau nak tahu... Kau rajin aje sebenarnya. Tapi perempuan gila tu pernah mengutuk kau pemalas waktu aku dengan dia. Kau sendiri tahu pasal ni kan? Pelik betul kau. Bagi je perempuan tua pijak kepala kau walaupun kau dah bagi semua yang dia nak. Ha! Waktu kau tingkatan 3 dulu, kau kan kerja pasar dengan Mak Kilah, kau tengoklah... Semua duit gaji kau dia kaut. Satu sen apa pun tak bagi dekat kau. Masih kau nak bela dia?" sindir Amelia.

Hati-Hati, Sayang Où les histoires vivent. Découvrez maintenant