11🌸

92 30 4
                                    

JARI-JEMARINYA yang bekerja untuk membuka butang bajunya terhenti tatkala suara Amelia menjengah koklea telinganya. Kepalanya diangkat untuk melihat keadaan Amelia. Kelihatan adiknya, Munir sedang memerhati Amelia seperti mahu diterkam.

"Hoi, Munir! Jangan nak buat apa-apa dekat dia!" bentak Muaz tetapi terlalu lemah. Langsung tidak menggerunkan adiknya.

Amelia tidak selesa dengan pegangan Munir. Lelaki ini gila dan pernah cuba untuk membuat perkara yang tidak baik padanya. Kisah silam yang pernah berlaku atas dirinya terimbas semula di fikirannya.

"Amelia, aduh..." Tangan kirinya memegang bahu Amelia supaya kawannya itu berhenti manakala tangan kirinya menekan perutnya. Berkerut-kerut dahinya menahan kesakitan di perut.

"Kau okey tak ni?" cemas Amelia melihat keadaan Nabila.

"Ya Allah... Aku rasa aku tak okey sekarang ni." Beritahu Nabila. Bibirnya diketap menahan sakit.

"Kau nak pergi tandas ke?"

Kepala Nabila menggeleng. Kerusi yang berdekatan mereka dituju lalu dia melabuhkan punggungnya. Amelia hanya membontoti langkah kawannya.

"Habis. Kau sakit apa ni? Breakfast tak?" soal Amelia lagi dengan riak yang risau.

"B... Bukan. Aku... Period cramp. Sakit..."

"Oh no. Bahayalah. Jom pergi bilik sakit." Amelia memegang lengan Nabila.

"T... Tapi, barang-barang sukan ni macam mana?" Nabila mengangkat wajahnya. Raut wajah Amelia yang risau dengan dirinya membuat hatinya sedikit tersentuh.

"Alah... Lepas aku hantar kau, aku datang balik sini, lepastu aku simpan sendiri. Bukannya banyak mana pun. Dah... Jom."

Nabila menggeleng kepala lagi.

"Tak boleh. Nanti hilang barang-barang ni. Kau pergi simpan dululah dekat stor sukan. Aku pergi sendiri bilik sakit," ujar Nabila dengan dahinya berkerut-kerut.

"Eh. Tak boleh... Tak boleh... Buatnya kau pengsan tengah jalan nanti, macam mana? Jomlah aku hantarkan dulu. Barang-barang sukan ni tak adanya yang berani nak mencuri... Bukan barang baru pun." Selamba Amelia mengutuk.

"Janganlah macam ni, Amelia... Aku janji aku selamat je. Bukannya jauh mana pun bilik sakit tu. Kau simpan je dulu cepat-cepat. Nanti kau melawat aku tau. Eh. Jangan lupa belikan makanan untuk aku sekali." Sempat lagi Nabila memesan makanannya.

Mata Amelia dikecilkan pada Nabila. Bibirnya dijuih.

"Senggugut ke kebulur kau ni?"

Nabila menayangkan barisan gigi putihnya.

"Hehe... Dua-dua."

"Eee... Tak malu betul kau ni. Dah. Pergi cepat. Kalau kau pengsan, aku tak nak layan. Aku nak teman, tak nak." Lidahnya dijelir pada Nabila.

"Baik, bos. Aku janji aku boleh je sampai sana. Kau simpan dulu ya. Bai." Nabila memaksa wajahnya untuk kelihatan ceria walaupun dia sedang menahan kesakitan senggugut sekarang ini.

Langkah Nabila yang semakin menjauh darinya dipandang sebelum dia mula bergerak ke stor sukan sambil mengangkat bakul yang dipenuhi barang sukan. Setibanya dia melangkah masuk ke bilik stor tersebut, dia mula menyusun semula alatan-alatan yang tadi diambil oleh rakan-rakan sekelasnya.

Sebenarnya dia bukannya rajin sangat mahu mengemas begini, tetapi disebabkan Nabila yang suka sangat mewakili dirinya untuk menolong, terpaksalah dia turuti juga. Kasihan pula kalau dibiarkan kawannya membuat kerja mengemas ini seorang diri. Tetapi lain pula yang terjadi sekarang ini. Bukan kawannya itu yang mengemas, dia pula yang kena.

Hati-Hati, Sayang Where stories live. Discover now