ꗃ 10 + pinjam sekejap

1.2K 209 92
                                    

"Air oh air kenapa babi air? Lalalalala~~" Nyanyi Doyoung dengan hati yang girang sambil kakinya melangkah menuruni tangga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Air oh air kenapa babi air? Lalalalala~~" Nyanyi Doyoung dengan hati yang girang sambil kakinya melangkah menuruni tangga.

Dia menuju ke dapur. Baru saja mahu membuka kabinet, satu tubuh jatuh menghempapnya.

"ARGHH! ASAL BERAT MACAM LEMBU NI?!" Kutuknya. Tangan Doyoung cuba menolak tubuh itu ke tepi tapi tak mahu bergerak.

Yang dia peliknya, takkan takde siapa yang nak tolongnya? Nak kata kawan-kawannya pekak, alhamdulillah mereka masih boleh dengar dia menyanyi dalam bilik air.

Ni mesti sengaja ni. Taguna punya kawan.

"WEHH BODOH JANGAN BUAT PEKAK TOLONG LAH!!!"

Senyap sepi. Dasar biadap hyung-hyung nya. Nampaknya terpaksalah dia berdikari.

Tiba-tiba tubuh di atas badannya bergerak. Dia mencelikkan mata sebelum memandang Doyoung. Pandangan mereka bertaut lama.

"Kau nak buat drama pukul berapa kat sini woi! Bangunlah Junghwan. Berat woi!" Doyoung menolak-nolak Junghwan tapi tetap tak mahu beralih. Dia tak nak dituduh buat benda tak senonoh di sini.

"Siapa Junghwan?" Wajahnya mengukir senyuman. Baru Doyoung perasan mata 'Junghwan' berwarna merah. Meremang bulu romanya.

Doyoung yang tadi bising, sekarang diam tak terkutik.

"Doyoung-ah. Aku tanya, siapa Junghwan? Aku Yedam dalam badannya saja. Junghwan tiada disini." Kata-kata itu menbuat jantungnya berhenti berdegup seketika.

Terketar-ketar Doyoung mambuka mulut untuk membalas.

"Y-Yedamie... K-kalau ye pun. K-ka-u nak ma-makan a-ku pun. Be-beralihlah ketepi dulu. Be-rat. Semput aku." Gagap. Dia tak mampu nak sembunyi ketakutannya lagi.

Yedam tersenyum.

"Aku boleh bangun. Tapi..." Yedam membiarkan kata-katanya tergantung. Terasa perit Doyoung nak menelan air liur.

"Aku nak pinjam sesuatu milik kau boleh?" Ujar Yedam sambil jari telunjuknya bermain pada dada bidang Doyoung.

"P-pinjam sesuatu milik aku? Apetu?"

"Badan kau."

Tanpa sepatah perkataan, Yedam terus bangun dan menarik tangan Doyoung. Maka roh Doyoung keluar dari badannya. Yedam keluar dari tubuh Junghwan dan berpindah ke tubuh Doyoung.

Yedam mengukir senyuman kepada roh Doyoung. Rasa seperti tengok cermin pula.

'Tak sangka aku kacak macam ni.' Gumam Doyoung sendiri. Yedam menarik roh Doyoung lalu menolaknya supaya masuk dalam badan Junghwan.

Doyoung is not mangsa seterusnya. Dia cuma akan jadi umpan.

"APA NI?! PULANGKAN SEMULA WAJAH TAMPAN AKU!" Doyoung berang. Dia taknak Junghwan. Tak tahulah kenapa dia anti sangat dengan si Junghwan ni.

Rasanya... Sebab hyung-hyung suka lebihkan Junghwan darinya. Haih sedihnya kurang dapat attention.

Bukk!

Yedam menghentak kepala 'Junghwan' menggunakan air tin di dalam kabinet. Itu saja cara untuk bagi Doyoung senyap. Tubuh Junghwan terbaring di lantai dapur.

Cepat-cepat dia mencapai lagi air tin dalam kabinet sebelum mahu melangkah naik ke bilik karaoke. Risau kalau ada orang nampak.

Tiba-tiba Yoshi menyapanya. "Kenapa ni Doyoung? Ada apa-apa terjadi ke?" Soalnya kerisauan. Matanya melihat Doyoung yang mati kata sebelum beralih pada Junghwan di lantai.

Yoshi memandang Doyoung semula.

"Apa-"

"A-aku jumpa Junghwan. Dia ada kat kabinet atas rupanya..."

"Oh tuhan! Syukur kau jumpa dia." Tanpa banyak soal Yoshi terus mendekati Junghwan. Dia mengusap kepala Junghwan.

"Yoshi- maksud aku. Hyung, tadi dia sedar. Pastu pengsan balik kena ketuk dengan aku." Ujar Doyoung kemudian berlalu dari situ.

Yoshi mengangguk, ada sedikit perasaan ragu-ragunya dengan Doyoung tapi cepat-cepat dinafikan. Dia menatap wajah maknae nya. Kata- kata Junghwan tadi bermain dalam fikiran.

'Semua selalu kata aku bodoh dan menyusahkan...'

Hatinya diserbu dengan perasaan serba salah. "Mianhae Junghwan." Kalimat maaf meniti di bibirnya perlahan.

Penyesalan yang sangat berat seperti menghempapnya.

Dia mendukung tubuh Junghwan kemudian dibawa ke ruang tamu. Di mana disitu ada Hyunsuk, Jihoon dan Junkyu lena.

Tubuh itu diletakkan ke bawah berlapikkan tilam lipat dan bantal.

Yoshi cuba mengukir senyuman walaupun hakikatnya dalam hati meronta-ronta meminta matanya menangis. Dia rasa teruk sangat kerana menjadi seorang yang tak berguna.

"Aku seorang hyung yang tak berguna." Dia kalah. Yoshi menitiskan air mata sambil menggenggam penumbuk erat disebelah tubuh Junghwan. Akhirnya, dia tertidur.

 Akhirnya, dia tertidur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
i, alive.  ✓Where stories live. Discover now