ꗃ 20 + takata mashiho

903 177 32
                                    

"Okey aku akui yang kau lagi hebat dari aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Okey aku akui yang kau lagi hebat dari aku." Ujar Jihoon sambil membongkok mengambil nafas. Mashiho sudah terbaring di atas lantai dance room.

Mashiho mengangkat sebelah keningnya bersama senyuman bangga di bibir. Jihoon melangkah pergi ke suis. Dia menutup semua lampu kecuali lampu di atas Mashiho.

Suasana bilik menari yang cerah tadi bertukar malap... Atau mungkin suram? Ehe.

Jihoon berjalan mendekati Mashiho lalu duduk disebelahnya. "Kajja, aku banyak lagi kerja nak buat ni."

"Sabarlah. Dah lama aku tak menari sampai macam ni." Ujarnya. Mashiho mengeluarkan telefon pintar dari poketnya. Dia nampak notifikasi Facebook masuk dan itu membuatkan dia tersenyum.

Teman wanita? Ya geng.

Kau single. Shiho taken. Last-last break cam Hyunsuk pastu Yedam ambil alih- oke macam keterlaluan sangat. Kita reverse balik.

"Apa maksud kau dah lama tak menari macam ni?" Soal Jihoon. Pandangannya teralih pada Mashiho yang menyimpan semula telefonnya dalam poket seluar.

"Sebelum kematian Yedam aku selalu fight dance dengan Jeongwoo. Tapi... Hyung tahu kan. Jeongwoo bunuh Yedam... " Mashiho bersila kemudian menundukkan wajahnya. Dia bermain dengan jarinya sendiri. Sebersalah mahu teruskan.

Jihoon menahan dirinya dari mengukir senyuman sinis. Dia memegang peha Mashiho.

"Pastu?"

"Emm... Jeongwoo pun selalu berkurung dalam bilik dan tak banyak cakap. Aku tak kesah sangat lah benda tu. Eloklah dia jarang keluar."

Riak wajah Jihoon berubah. Hatinya tiba-tiba rasa sakit. Sakit yang teramat.

"Kenapa...? Kau rasa Jeongwoo pembunuh?"

Mashiho tersenyum tawar. Dia menggeleng kepala walaupun dalam hatinya mengiyakan perkara itu.

Dia tak mahu meneruskan cerita lagi. Mashiho berdiri kemudian memandang Jihoon yang masih duduk.

Apabila tengok muka Jihoon yang menyeramkan, bulu romanya meremang. Tiba-tiba rasa something yang tak elok akan datang.

"Kajja." Mashiho berjalan mendekati pintu. Baru dia mahu memulas tombol, tangan Jihoon menahan pintu kemudian berdiri di hadapannya. Aneh, bukan ke tadi Jihoon sedang duduk? Lajunya dia.

Mashiho berjalan melangkah ke belakang setapak. Lalu matanya menatap mata Jihoon. Jihoon mengukir senyuman sehingga nampak barisan giginya yang putih dan gigi taringnya paling menyerlah.

"Sebelum kita keluar, aku ada teka-teki untuk kau."

Mashiho menjilat bibir yang terasa kering kemudian memberi sepenuh perhatian pada Jihoon.

"Apa hyung?" Soal Mashiho.

"Bayangkan aku Jeongwoo. Dan aku ialah seorang pembunuh.

Aku tak selalu duduk kat tempat yang gelap seperti berselindung di dalam bayang.

Aku juga tak suka duduk dekat tempat yang sunyi..." Jihoon menyengetkan kepalanya ke kanan kemudian tersenyum.

Mashiho mengusap belakang tengkuknya. Dia tersengih dengan debaran yang kian terasa di dadanya.

"Emm.. agak sukar soalan ini."

"AKU ada di mana sekarang?" Jihoon memandang Mashiho. Senyuman sinis di bibirnya membuatkan Mashiho tidak sedap hati.

Mashiho mengusap dagu persis orang yang sedang berfikir.

"Di bilik?"

"Salah."

"Di dalam rumah?"

"Tidak."

Dia mengerutkan dahi. "Apa jawapannya?" Soalan Mashiho membuatkan Jihoon tertawa kecil. Kedengaran sinis di telinga Mashiho.

"Jawapannya...

AKU ada di DEPAN KAU."

"S-So funny... Ji-Jeongwoo?" Jihoon yang berada di depannya tadi tiba-tiba berubah menjadi Jeongwoo. Matanya kelihatan merah dengan senyuman yang menampakkan gigi taringnya.

"Thanks for your honest hyung." Jeongwoo memegang tangan Mashiho.

Mashiho seperti hilang kata-kata. Tubuhnya terasa lemah sekarang untuk melarikan diri. Bagaikan bertemu malaikat maut.

"J-Jeongwoo mian-"

"Shh... No need to explain. Woo paham. Dan sekarang, di depan Shiho hyung ialah pembunuh yang telah membunuh Yedam. Apa kata... Hyung jadi mangsa kedua?"

Sepi. Tiada jawapan yang keluar dari mulut Mashiho. Jeongwoo pout.

"Senyap makna nya 'ya'."

Lantas Jeongwoo menarik tangan Mashiho. Jasad tanpa roh Mashiho terkulai lemah di atas lantai bilik menari.

Jeongwoo mengalirkan air mata. Dia kemudian mencangkung. Dia menangis semahu-mahunya. Sakitnya hati.

Tiba-tiba ada tangan mengusap bahunya.

Ouh, Yedam.

"Kau dah tau sebab apa?"

"Dah. Hiks. Gomawo." Jeongwoo terus bangun dan peluk Yedam. Dia menangis di bahu Yedam. Mereka berdua hilang secara perlahan-lahan.

Yoshi dan Junkyu saja tinggal.
Siapa yang pergi dulu?

Siapa yang pergi dulu?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
i, alive.  ✓Where stories live. Discover now