ꗃ 16 + jaehyuk dan asahi

1.1K 189 109
                                    

"Sahi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sahi." Panggil Jaehyuk. Dia cuba mengejar langkah Asahi. Jaehyuk menghulurkan duit pada Asahi.

Asahi mengangkat kening. Dia mengukir senyuman. "Kau kerja apa doh? Gigolo eh? Ke... jadi pengemis part time?" Gurau Asahi kemudian mengambil duit itu.

Jaehyuk memukul belakang Asahi perlahan. "Sedap mulut kau je. Aku kerja halal oke. Aku kerja dekat kedai cupcake." Jaehyuk memandang depan sambil menyilang tangan. Senyuman bangga terukir dibibirnya.

Asahi menutup mulut tanda tak percaya. "Tak sangka kau dah jadi orang yang berguna. Bolehlah, nanti aku datang kedai cupcake tu." Ujar Asahi.

Mereka berdua menaiki tangga untuk menuju ke bilik karaoke.

Tiba-tiba Jaehyuk menepuk dahi. "Alamak, aku lupa. Teman aku pergi bilik aku jap. Aku lupa nak bawa tadi." Tanpa persetujuan Asahi, Jaehyuk terus menarik tangannya pergi ke bilik.

Dia tolak bahu Asahi ke bawah supaya lelaki itu duduk di birai katil. Jaehyuk pergi ke suis lampu sebelum mencari barangnya di dalam almari laci baju.

Dipunggah satu persatu. Taknak bagi sepah. Dia sebenarnya cari hadiah yang dibelinya untuk Asahi.

Asahi duduk diam sambil matanya memerhati segenap ruang bilik Jaehyuk. Kemas juga. Jaehyuk sebilik dengan Jeongwoo. Tapi Jeongwoo kan dah...

"Kenapa aku jarang masuk bilik kau eh?" Soal Asahi menukar posisi. Dia baring di katil bawah Jaehyuk. Katil atas ada barang.

"Entahlah. Sebab kau selalu lepak dengan Yedam?" Jawapan Jaehyuk membuatkan Asahi terkedu. Asahi memandang Jaehyuk dan Jaehyuk memandangnya semula dengan senyuman.

Asahi senyap seketika.

Jaehyuk melepaskan keluhan sebelum menyambung ayatnya. "Aku tak kesah pun. Kita mula rapat semula pun semenjak kematian Yedam setahun lepas-"

"Kau... Cemburu ke?" Soalan Asahi amat menyentakkan Jaehyuk. Jaehyuk menggeleng. Dia menghadiahkan senyuman pada Asahi sekali lagi.

"Mianhae." Ucap Asahi. "Aku tahu aku bukan kawan yang baik. Dahlah tak reti berkawan. Bukan macam kau, peramah." Asahi mengutuk dirinya.

Jaehyuk membelakangi Asahi. Dia lap air matanya yang hampir tumpah menggunakan hujung lengan baju.

Itu yang dia teringin nak dengar dari mulut Asahi. Perkataan maaf selepas menjauhkan diri darinya dan datang semula padanya.

Asahi bangun. Kemudian merapati Jaehyuk yang duduk di hadapan almari baju. Dia terus memeluk tubuh lelaki itu dari tepi.

BUM!

Tiba-tiba pintu bilik Jaehyuk tertutup rapat membuatkan Asahi dan Jaehyuk melepaskan pelukan antara sati sama lain. Bilik Jaehyuk yang kelihatan tadi bertukar menjadi suram.

Jaehyuk menggigil ketakutan kecuali Asahi. Mata Asahi tertancap pada satu susuk di penjuru bilik.

"A-Asahi..." Panggil Jaehyuk perlahan tapi jelas didengari oleh Asahi. Asahi menggenggam tangannya bagi mengurangkan rasa takut.

"Wah! Ada orang gunakan semula kain buruk yang ditinggalkan." Yedam berdiri semeter dari Asahi sambil menepuk tangan. Dia memanjangkan leher bagi melihat Jaehyuk di belakang Asahi.

"Annyeong Jaehyuk hyung."

"Kau nak apa?" Soal Asahi dingin. Tiada langsung senyuman di wajahnya. Yedam mencebik. Sampai hati Asahi berlaku dingin dengannya.

"Aku nak semua kawan aku, ikut aku. Lebih-lebih lagi kau, Asahi. Aku nak kau ada dengan aku selamanya." Yedam menghilangkan diri. Hanya suara dia yang bergema memenuhi ruangan bilik.

Jaehyuk yang membongkok menyorok di belakang Asahi tadi berdiri tegak semula. Dia berjalan sehingga di depan Asahi.

"Jaehyuk duduk sini balik!" Berang Asahi. Jaehyun menggeleng.

"Ya tuhan, ni bukan telemovie bengong. Ni realiti. Aku serius. Kau duduk belakang aku sekarang!" Dia merentap tangan Jaehyuk.

"Kau dengar cakap aku pulak, Asahi. Aku penat asyik dengar cakap kau. Kau tipu aku. Banyak kali. Kau kata semuanya akan okey. Lastly, kau tahu yang kita mati?"

Asahi tergamam. Dia melepaskan cengkaman pada lengan Jaehyuk.

"Aww so sweet. Tapi aku taknak kau Jaehyuk hyung. Aku nak Asahi." Ujar Yedam.

"Cukuplah kau ambil Yoshi hyung dari aku. Kenapa kau nak ambil Asahi pulak!" Teriak Jaehyuk sambil mengalirkan air mata.

Yedam senyap lalu berdiri menjejak kaki ke lantai. Macam tu ke Jaehyuk rasa pada dirinya. Perampas?

Yedam menggeleng berkali-kali menafikan apa yang difikirkan tadi.

"Jaehyuk hyung."

"Kenapa?"

"Yedam nak main tarik-tarik. Jaehyuk hyung nak main? Ataupun, Jaehyuk hyung pilih kasih jugak?" Yedam tersenyum sinis. Pasti Jaehyuk takkan menolak kerana Jaehyuk bukan jenis menolak pelawaan orang.

"Tarik tali ke?" Teka Jaehyuk. Asahi yang berada di belakang Jaehyuk tak mampu membuka mulut. Mulut dan tubuhnya dia seperti ada orang yang mengawalnya.

Yedam menggeleng. "Bukan. Asahi nak teka?" Jaehyuk pusing melihat Asahi yang tidak memberikan apa-apa respon.

"Asahi kenapa-"

Tanpa memberi amaran. Yedam terus meluru ke arah Jaehyuk dan menarik tangan lelaki itu. Jasad tanpa roh Jaehyuk terhantuk pada dinding.

Yedam menggerakkan jari jemarinya sambil di halakan pada Asahi. Asahi sudah boleh bergerak tapi semuanya terlambat.

"Ken-kenapa kau buat dia macam ni..."

Asahi mengalirkan air mata. Dah lama dia tak menangis semenjak kematian ahli keluarganya 4 tahun lepas. Sekarang, air matanya jatuh hanya disebabkan oleh seorang kawan yang dia tak pernah hargai.

Bodohnya rasa.

Yedam tertunduk. Perasaan bersalah menyelubungi diri. "A-Asahi mianhae."

"Mudahnya kau tuturkan ayat tu." Asahi kesat air matanya kasar pada lengan baju. Wajah Yedam di tenung bengang.

Asahi mengangguk kemudian mendepakan kedua tangannya.

"KAU NAK AKU KAN?! CEPATLAH!"

"Jangan menyesal." Yedam terus menolak sekuat hati tubuh Asahi terhantuk pada cermin yang ada pada almari itu sehingga pecah berderai. Darah Asahi mengalir keluar dari badan membasahi lantai bilik Jaehyuk.

Yedam meneliti seutas gelang yang ada di tangannya. "Nah. Ini kepunyaan kau. Dari Jaehyuk." Dia menjatuhkan gelang berwarna perak itu di depan mata Asahi yang tertiarap lemah.

Tertulis nama 'Asahi' pada gelang itu. Sama seperti gelang selalu dipakai Jaehyuk. Inikah barang yang di cari? Hatinya remuk bila nostalgia dia menjauhi Jaehyuk sehingga mereka berdua rapat semula bermain di layar fikirannya.

"Kenapa aku sanggup buat macam pada Jaehyuk yang ikhlas berkawan dengan aku..." Gumamnya buat kali terakhir.

Asahi memejamkan mata lalu tidak sedarkan diri.

Ada second chance untuk Asahi? 🥺

Ada second chance untuk Asahi? 🥺

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
i, alive.  ✓Where stories live. Discover now