ꗃ 01 + bang yedam

3.3K 313 262
                                    

"Aaa~ comelnya kucing ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aaa~ comelnya kucing ni." Puji Jeongwoo. Jari telunjuk dihalakan pada anak kucing yang berada di tengah jalan itu. Haruto dan Yedam memandang ke arah yang ditunjuk Jeongwoo.


Haruto, Jeongwoo dan Yedam baru pulang dari kedai runcit membeli barangan untuk masak sarapan mereka pagi esok. Apabila serumah dengan 12 orang yang kuat makan, mestilah ada makanan yang tiada.

Jalan di situ kosong, tiada kereta yang lalu lalang ketika ini. Malam yang gelap itu cuma diterangi oleh lampu di tempat pejalan kaki.

Jeongwoo meletakkan beg plastik yang dipegangnya. Dia menoleh ke kiri dan kanan sebelum melintas untuk mendekati anak kucing yang berada di seberang itu.

"Yah Jeongwoo! Paliwa, janganlah duduk tengah-tengah jalan tu. Kau ni pun." Ujar Haruto sambil matanya ralit lihat ke kiri dan kanan takut tiba-tiba ada kenderaan yang lalu.

'Kalau ye pun mahu usap kucing tu, duduklah tepi jalan. Ni tengah-tengah jalan juga dia duduk.' Monolog Haruto kerisauan dalam hati.

Jeongwoo mencebik. Dia tak mengendahkan kata-kata Haruto lalu kembali mengusap anak kucing itu.

'Bukan ada kereta pun. Tak rileks betul.' Getus hatinya.

Yedam menggeleng melihat Jeongwoo yang tidak berganjak dari situ. Dia turut risau kerana mereka berada betul-betul di selekoh. Bukannya dia boleh nampak bila kenderaan akan datang.

"Jeongwoo-shi. Bawalah kucing tu ke sini. Tak perlulah usap tengah-tengah jalan tu." Pujuknya lembut.

Jeongwoo mengangkat kepala melihat Yedam sebelum mengukir senyuman. Dia terus membawa kucing itu ke dakapannya. Lantas dia bangun. Perlahan-lahan dia mengatur langkah menuju ke seberang jalan di mana Haruto dan Yedam berdiri.

PINNNNNNNN!!!

Tiba-tiba sebuah lori ais laju membelok selekoh. Terbeliak mata Haruto dan Yedam. Pandangan mereka terus beralih pada Jeongwoo.

"Park Jeongwoo! LORI WOI!" Jerit Haruto panik apabila melihat sebuah lori bergerak laju menghampiri Jeongwoo. Apa yang perlu dilakukan, ugh!

Lori itu terus menerus membunyikan hon seperti tidak boleh memberhentikan saja kenderaannya.

Jeongwoo memejamkan mata serapatnya kerana jarak antara dia dan lori itu hanya sedepa. Kalau dia lari pun, takkan sempat.

Dia tak dapat meneruskan berjalan. Langkahnya bagaikan terkunci. Anak kucing dalam dakapannya dipeluk erat

'Aku akan mati.' Bisik hati kecilnya.

BUKK!

"Bang Yedam!" Teriak Haruto.

i, alive.  ✓Where stories live. Discover now