ꗃ 02 + the beginning

1.8K 255 126
                                    

Hyunsuk, Yoshi, Junkyu dan Haruto duduk di gladiator yang berada di dalaman rumah banglo dua tingkat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hyunsuk, Yoshi, Junkyu dan Haruto duduk di gladiator yang berada di dalaman rumah banglo dua tingkat.

"Sampai bila kau nak jadi macam ni? Asyik buat perangai dingin kau." Soal Hyunsuk memulakan perbincangan mengenai masalah Haruto dan Jeongwoo.

"Let me think... Sampai dia boleh hidupkan semula Yedam kot." Ujarnya tenang. Terbeliak mata ketiga-tiga mereka mendengar jawapan Haruto.

Yoshi melepaskan keluhan. Perkara yang keluar dari mulut Haruto sangat mustahil dan mengarut.

"Mengarut. Apa kau fikir Jeongwoo tu tuhan? Ke.. kau rasa dia Superman? Pfftt- dia juga manusia biasa macam kau Haruto. Cuma bezanya tiada tanduk. Lol."

Semua bertukar pandangan melihat Yoshi. Junkyu dan Hyunsuk menahan tawa manakala Haruto pula sudah tersentap dengan kata-kata Yoshi.

Junkyu menyilang tangan. "Please la Haruto. Kau dah besar wey. Berfikiran matanglah. Mak tak ajar?" Hyunsuk pula yang terkejut mendengar kata-kata Junkyu lalu memukulnya.

"Kau ni tak baiklah." Bisiknya pada telinga Junkyu. Junkyu tersengih sebelum mendekatkan mulutnya dengan telinga Hyunsuk. "Yoshi yang ajar hshshs."

Haruto tertawa sinis lalu memberikan pandangan yang tajam pada hyung-hyung nya itu. Dahlah mahu menegurnya tapi bagi dia sakit hati pula.

"Kalau dia boleh buat Yedam mati malam tu. Takkan dia tak boleh nak hidupkan semula walaupun Yedam walau hantu sekalipun."

"Yah Haruto! Berhenti cakap benda yang mengarut!" Hyunsuk menghentak meja. Dia tak suka bercakap tentang benda macam tu. Penakut la katakan.

Haruto menongkat dagu lalu senyuman sinis dilemparkan kepada Hyunsuk. 'Penakut betul dia ni. Nasib baik bukan dia yang bagi aku sentap.' Monolog Haruto dalam hati.

Yoshi mencapai tangan Haruto. "Bukan kau sorang je terkesan dengan pemergian Yedam. Aku pun sama..."

"Yoshi lagilah terkesan sebab dia yang paling rapat dengan Yedam. Semua orang terkesan. Haruto jangan selfish lah!"

"Bosanlah hyung ni."

Junkyu terkilan seketika dengan ayat yang baru diterima tadi. Haruto berdiri, berkira-kira mahu melangkah pergi dari situ.

"Watch your mouth, Haruto-"

"Aku tahu apa yang aku cakap. Kau senyap!"

✦ 𝓣𝓻𝓮𝓪𝓼𝓾𝓻𝓮¹² ✦

Asahi dan Junghwan mengintai dari sebalik tirai di ruang tamu. Dia melihat Haruto yang baru meninggalkan Hyunsuk, Yoshi dan Junkyu di gladiator dengan suasana yang tegang.

Mereka berdua sedang ralit bermain permainan video tiba-tiba terdengar Hyunsuk menjerit nama Haruto. Itu yang mereka terganggu dari teruskan permainan.

"Hwan, Hwan! Dia datang. Buat macam biasa. Cepat-cepat. Alah lambatlah kau ni. Patutlah Doyoung cadang nak buat kau korban tahun depan."

"Sumpah tak baik dia ni."

Asahi terus menarik tangan Junghwan supaya duduk semula di hadapan televisyen.

Di skrin televisyen yang tertulis pause bertukar pada play. Mereka main semula permainan video itu seperti tiada apa-apa yang dilakukan mereka.

Haruto menguak pintu ruang tamu dari luar. Dia mengerling sekilas ke arah Asahi dan Junghwan sebelum mengatur langkah naik ke biliknya.

Sebaik saja kelibat Haruto hilang, Asahi mengurut dada manakala Junghwan menghembus nafas lega. Kalau kantoi mesti mereka kena hadap api kemarahannya.

"Nasib tak kantoi." Junghwan tersengih. Mereka berdua pause semula permainan video itu.

"Macam teruk saja Haruto buat perangai dengan hyung-hyung." Asahi meluahkan apa yang dirasakan dari tadi. Dia juga sedih dengan pemergian Yedam. Tapi takdelah dia nak buat perangai seperti si Haruto tu.

Junghwan mengangguk. "Hwan kesian tengok hyung line yang macam nak mati tegur Haruto. Walaupun perasaan mereka dihiris macam bawang- yah!" Ujar Junghwan penuh dramatis sebelum dicubit dengan Asahi.

Asahi menayangkan wajah tidak berperasaan pada Junghwan selepas mencubit pehanya. Drama lebih je budak ni.

"Malaslah layan hyung ni. Baik Junghwan pergi jumpa Mashi hyung. Dapatlah juga belajar dance cover untuk content hujung minggu ni. Barulah subscribers tak hilang."

"Pergilah. Aku nak makan. Buat aku lapar je dengar kau cerita pasal kerjaya youtuber ni." Ujar Asahi sebelum memandang permainan video tadi.

Dia menunduk melihat wayar yang berselirat pada kakinya. "Hwan jom kemas dulu-"Ajaknya lalu mengangkat kepala. Figura Junghwan sudah tiada di situ.

Asahi memejamkan matanya menahan geram sambil mengepal penumbuk. Mulutnya terkumat-kamit menyumpah seranah si Junghwan berkali-kali.

Keluhan dilepaskan. Dia mencelikkan mata. "Brenset ngak ada akhlak punya lembu. Tunggu masa nak buat korban je kau ni." Dia mencangkung kemudian mencabut plug-plug yang berselirat di ruang tamu.

" Dia mencangkung kemudian mencabut plug-plug yang berselirat di ruang tamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
i, alive.  ✓Where stories live. Discover now