ꗃ 08 + junghwan dan haruto

1.3K 219 115
                                    

Tok! Tok! Tok!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tok! Tok! Tok!

Suasana di tuang tamu bertukar menjadi sepi. Lilin tiba-tiba saja terpadam membuat Jihoon memeluk Junkyu disebelahnya.

"Angin ketuk kot." Ujar Junkyu untuk menyedapkan hati semua orang dalam rumah ni.

"HAHAHA comel Jihoon hyung ni. Bolehlah jadikan content video ni." Mashiho menghalakan kamera pada Jihoon sambil menggelakkan nya.

Jaehyuk mendekati Mashiho.

"Ni live ke?" Mashiho menggeleng.

"Takpelah, pasti nanti mention aku. apa nama fandom kau? Teume eh? Ceh konon macam idol padahal youtuber je." Ujar Jaehyuk sambil membetulkan rambutnya depan kamera.

"Haah. My boo teume~ kau ni. Rosak mata subscriber aku asyik tengok kau betulkan rambut je."

Jaehyuk menjeling Mashiho sebelum melemparkan senyuman pada kamera.

"Annyeong yeorobun! Teume can i ask something? Umm... Are you keyboard? Cause you're my type. HAHAHAHAA!" Jaehyuk memukul Mashiho kerana berjaya memalukan dirinya.

"Fuyyo bagi pickup line siot! Mamat jiwang."

"Tak sangka, sejak bila kau manis ni? Selama ni kau telan biji kopi je tau."

"Ceh acah speaking brader tu. Kau lepuk dia sikit Haruto, bagi dia buka otak dia berfikir."

Haruto menggeleng perlahan kemudian memegang bahu Doyoung.

"Syaitan je tak suka tengok kita bahagia. Kau nak aku tukar nama kau dari Kim Doyoung jadi Kim Do Setan?" Pedas bidasan Haruto membuatkan Doyoung mencebik.

"Aku bagitahu Hyunsuk." Doyoung memeluk tubuh membelakangi Haruto. Dia pura-pura merajuk.

"Alah mianhae-"

"Senang rupanya kau nak cakap ayat tu." Sampuk Junkyu. Dia memeluk sebelah lututnya sambil melemparkan muka tak puas hati dengan Haruto. Ni nak gaduh ni.

Haruto menghela nafas berat. Dia tahu Junkyu mahu memerlinya. "Haah." Jawabnya. Kang kalau tak jawab kata biadap pula. Baik kita menjawab.

Junkyu tertawa sinis. "Kalaulah ayat tu senang kau nak cakap dengan Jeongwoo. Semua ni takkan jadi. Kita takkan main spirit ni!" Suara Junkyu berubah menjadi lebih garau seperti bukan suaranya.

"Hyung ni kenap-"

"KALAU KAU CAKAP AYAT TU DARI AWAL SEMUA NI TAKKAN JADI!!!"

Naik turun dada Junkyu menahan geram. Dia sudah tidak boleh mengawal badannya. Tiba-tiba tubuhnya jatuh terkulai ke lantai.

Tok! Tok! Tok!

"JANGAN BUKA PINTU HUWAAA!!!" Pinta Jihoon dalam ketakutan. Dia memeluk tubuh Junkyu yang lemah.

i, alive.  ✓Where stories live. Discover now