ꗃ 06 + jom tanya!

1.4K 227 164
                                    

"Aku syak, mangsa lepas ni haruto

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku syak, mangsa lepas ni haruto."

Jihoon menyuarakan pendapatnya selepas 20 minit semua membisu kegelisahan. Yang lain turut mengangguk sambil mengusap dagu.

"Hyung tak membantu langsung." Ujar Haruto dengan nada yang pasrah. Hatinya menjadi gusar. Kebangkitan Yedam dan kematian Jeongwoo betul-betul membuatkan dia tak senang duduk.

Junkyu mengangkat kepala melihat semua yang berada di ruang tamu itu. Jam sekarang menunjukkan pukul 2.39 pagi. Tapi mereka semua tak mahu tidur.

Yoshi dan Hyunsuk mengiringi mayat Jeongwoo ke kubur. Mereka tak mahu ikut dengan alasan mereka mengantuk dan takut. Ini bukan ciri-ciri kawan yang boleh dicontohi ;-;

"Aku ada idea!" Junghwan memetik jari. Dia terus bangun dan berlalu dari situ. Semua mata memandangnya dengan pandangan yang tertanya-tanya.

"Pelik betul adik hyung tu kan." Kata Doyoung kepada Junkyu dengan sengihan.

"Sedar sikit. Adik kau juga. Apalah dia nak buat tu, aku pula tak sedap hati."

Tak lama kemudian, Junghwan kembali dengan sebuah permainan papan memanggil roh yang dipanggil Ouija.

"Woi syikin semua ni!" Mashiho mengensot kebelakang sehingga terlanggar tubuh Jaehyuk. Jaehyuk membuat muka geram lalu memukul belakang badannya.

"Kau ni, jangan gelabah boleh tak? Asahi tengah tidur ni." Dia menunjukkan ke arah Asahi yang lena di bahunya. Jaesahi is real.

"Emm mianhae."

Pap!

Mashiho mendapat hempukkan kedua dari Jihoon. "Syirik la bengong, bukan syikin. Dasar budak wechat."

"Ceh, rilek la hyung. Mashi buat lawak je. Taknak gelak ke? Huhu..." Mashiho mencebik. Sakitnya dipukul dua kali lagi-lagi hempukkan dari si berotot Jihoon.

Junkyu menggeleng kemudian mengalihkan pandangannya melihat Junghwan. "Kau nak buat apa dengan benda ni?" Soalnya.

Asahi mencelikkan mata kemudian memandang Junkyu. "Main masak-masak la hyung. Tu pun tak tahu." Dia sandar semula pada bahu Jaehyuk selepas mendapat jelingan Junkyu.

"Kita mesti nak tahu siapa mangsa seterusnya kan?" Soal Junghwan.

Serentak semua kepala mengangguk kecuali Asahi.

"Kalau nak kepastian, kita tanya saja hantu- eh Yedam hyung tu." Cadang Junghwan sambil tersenyum meleret. Tak sangka, bijak juga dia ni.

"Tak sangka Hwan. Kau ni bodoh dalam bijak juga ya." Ucap Doyoung. Dia menepuk bahu Junghwan. "Aku ingatkan kau ni gila. Bangga aku dengan kau."

"Tulah. Pandang rendah lagi dengan aku. So, siapa nak main? Jihoon hyung dan Junkyu hyung?" Junghwan menghulurkan papan Ouija itu. Junkyu menyambut dengan hati yang berat.

Jihoon mengangguk tanda setuju. "Kita-kita je. Tak payah beritahu Hyunsuk ngan Yoshi. Nanti deme mengamuk. Kih kih kih." Ketawanya apabila semua bersetuju dengannya.

"Ada emas ke dalam mulut kau ni Kyu?" Tebak Jihoon lalu merangkul bahu Junkyu yang dalam delima.

"Aku..."

"Emm dia setujulah tu. Okey kajja kajja kajja!"

•••

Hyunsuk masuk ke dalam perut kereta bahagian pemandu kemudian menoleh ke arah Yoshi yang sedang termenung.

Belakang Yoshi ditepuk perlahan. "Kau mengantuk ke? Tidurlah dulu. Nanti dah sampai aku kejut kau."

Yoshi menggeleng. Dia menatap wajah tampan Hyunsuk lama. Ada sesuatu yang perlu diberitahu padanya.

"Hyun, Y-Yedam.. aku jumpa dia dua hari lepas."

"Hah? Apa kau merepek ni? Hahaha Yedam dah matilah tahun lepas-"

"Aku jumpa dia masa aku teman kau pergi tandas." Hyunsuk terdiam. Dia tak tahu nak percaya ataupun tidak. Matanya membulat bila teringat kejadian malam tu.

"Malam tu aku dengar kau cakap sensorang masa dalam tandas. Maksudnya... Kau cakap dengan..."

Hyunsuk membiarkan ayatnya tergantung sambil memandang Yoshi. Yoshi mengangguk. "Yedam. Dia tuntut janji kita semua."

"Wait... aku tak pernah berjanji dengan sesiapa."

"Ada. Kita dua belas orang dalam malam semua mabuk tu. Kita sahabat sampai mati. Ingat?"

Yoshi dan Hyunsuk saling berpandangan lalu melepaskan keluhan berat serentak. Mereka tak sangka janji seperti itu juga boleh dituntut. Lonely betul Yedam tu.

"So, kau nak kaitkan yang kematian Jeongwoo. Ada kena mengena dengan Yedam?"

"Yup. Kita semua akan jumpa dia. Cuma satu je aku boleh pesan. Jangan sampai kita pegang tangan dia kerana janji manisnya."

Hyunsuk terdiam sejenak. Fikirannya merewang memikirkan yang lain dirumah. Tak sedap pula hatinya. Jihoon dan Junkyu ada di rumah, pasti tiada apa yang terjadi walaupun dorang pun sama je masuk air dengan maknae.

"Aku tak sedap hati. Jom balik rumah sekarang." Ujarnya lalu menurunkan gear dan pedal minyak ditekan. Hampir luruh jantung Yoshi melihat Hyunsuk bawa kereta.

Kereta BMW X6 itu meluncur laju meninggalkan kawasan perkuburan sambil diperhatikan oleh suatu susuk di langit.

Yedam memerhati bersama senyuman sinis. Kemudian dia hilang. Banyak lagi tugas perlu dibuat untuk pastikan mereka mengikutnya. Dia pasti akan buat.

 Dia pasti akan buat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
i, alive.  ✓Where stories live. Discover now